Para Pengikut..

Monday 28 June 2010

Satu..Dua..Tiga..dan Seterusnya...

Saya rasa sibuk sangat akhir-akhir ni. Tapi tak tahu sibuk untuk apa. Sampaikan banyak agenda saya tertangguh. Sehingga sesetengah orang cakap saya macam tak bersungguh-sungguh lakukan sesuatu. Maafkan saya cikgu!! Ini beberapa agenda yang tertangguh. Dan minggu lepas saya cuba settlekan walaupun ada yang 100% belum capai target. Sekurang-kurangnya yang lain berjaya dicapai. Terima kasih buat yang menemani saya.

Satu Pasang tinted dan spoiler. Berjaya dengan ditemani my best friend cikgu Nani yang comel kami pergi ke kedai Champion. Nasib baik mereka dulukan agenda saya. Terima kasih tokey. Satu setengah jam jugak la bergosip-gosip dengan cikgu Nani barulah tinted siap dipasang. Spoiler pula habis stok. Means kena datang lagi lain hari. Tunggu tokey hello la jawabnya.
Dua Pergi baiki laptop. Cadangnya nak baiki di kedai Dynabite. Namun masih berkira-kira nak baiki atau beli baru??nampaknya terpaksa bersabar dulu dengan kerenah laptop yang demand nak duk tempat yang beraircond barulah ia tak mati. Huh!ok!hanya yang nie 100% belum capai target.
Tiga. Pergi kedai cincin. Mula-mula nak jual cincin sebab nak amik cincin yang takde permata. Alih-alih mereka cakap harga lepas susutnilai tigapuluh sahaja. Sedangkan harga beli setahun lepas tigaratus.Ouch..errr..harga emas murah ke?takpaham saya. Jadi kesimpulannya bagi jer mereka baiki semula cincin yang rosak itu dengan sepuloh ringgit.
Empat. Pergi kedai baju ambil baju yang ditempah 6minggu lepas. Sangatla lama nasib baik tak bersawang baju ni. Akak tu pulak sampai termenung lama memikirkan nama saya. Betapa lamanya saya tinggalkan baju dikedainya. Tapi bila testing baju nie ketat la pula. Adakah berat saya naik mendadak sampai tak muat baju ini? dan lagi akak tu cakap tempahan raya sudah ditutup. Arghh..betul la. Raya pun dah nak dekat. Cepatnya masa berlalu. Kan?
Lima. Pulangkan buku yang dipinjam 4 April 2010 yang lalu. Itupun dengan bantuan kawan kakak saya. Kalau tak confirm tak terpulangkan lagi buku tu. Harga denda lewat adalah RM8.90 bersamaan 89 hari buku tu duduk diam-diam atas rak buku saya. Sekarang dah lega tak perlu fikir-fikir hari yang free untuk pulangkan buku.

Saya sudah sedikit lega. Namun banyak lagi agenda lain yang tertangguh. Harap Tuhan terus kurniakan saya kesihatan berpanjangan. Amin..=)

Hadiah dari Hati

Entri tentang hadiah coklat kerana juin contest. Dah tiga hari tertangguh untuk post coklat ini. Betul2 sibuk kah saya??


Wah!!!!Ini adalah coklat pemberian cik Yana yang comel kerana saya join contest beliau dan menang tempat ke3!!Excited balik kerja dapat bungkusan. Dah agak ia berisi coklat dari cik Yana.Tiba-tiba teruja nak anjurkan contest jugak.Tapi atas kesibukan masa terpaksa tangguh dulu.Tunggu ada masa yang senang barulah boleh post contest dengan senang hati..=)..terima kasih again n again n again cik Yana. Korang sila klik link dibawah untuk kenal dengan cik Yana..(sesi pomot)

Sunday 20 June 2010

Contest Gambar Best by AsaDa

Gambar menyimpan sejuta kisah. Right?. Saya teringin nak juin contest by Asada neh. Saja suka-suka dan satu lagi kerana syarat-syaratnya adalah sangat mudah!!!!

  • Buat satu entry khas dengan tajuk Contest Gambar Best by AsaDa. UPLOAD GAMBAR TERBEST yang anda ada. tak kiralah gambar anda sorang atau ramai-ramai. takpun gambar orang kenduri kawen. asalkan bukan gambar lucah. yang pasti, gambar tu anda punya.. bukan cilok dari pakcik google atau orang lain.
  • Ceritakan kisah sebelum atau semasa atau selepas gambar tu di capture secara ringkas mengikut kreativiti anda. jangan panjang sangat sampai cecah lantai. karang merangkak asada nak baca.
  • Copy banner di atas. letakkan di dalam entry dan di side bar blog anda. pastikan ia di-link terus ke entry ini.
  • Anda boleh letak seberapa banyak gambar. tetapi hanya satu gambar daripada anda dipilih untuk dipertandingkan.
TARIKH TUTUP PENYERTAAN IALAH 1 JULY 2010.. masuk je 2 july, tutup..

Penilaian pemenang adalah berdasarkan:
  • Gambar dan kisah di sebalik gambar yang TERBEST & MENARIK akan dikira sebagai pemenang.
  • Juri penghakiman adalah asada dan kawan-kawannya. hehe..
  • Jadi kalau anda nak tahu hadiah yang menanti blogger yang bertuah sila klik gambar dibawah..=D




 The story behind the images

1) Saya suka gambar ini. Masa ni saya bawa beberapa pelajar makan tengah hari bersama-sama. Bila hp saya berada di tangan salah seorang pelajar saya pon tak sedar bila masa dia snap gambar saya disebalik tea O ais dan tea ais itu. Saya nampak khusyuk kan. Ok! saya sangat lapar tika itu.=)


2) Ok! ni pulak gambar poyo. Tak kira saya nak cerita jugak. Masa ni saya ada kursus di Kota Bharu. Menginap di salah sebuah apartment disana. Apa nama eh? lupa pula. Sangat teruja bila tengah-tengah ruang tamu ada cermin besar. Ruang tamu pun jadi luas jer. Jadi saya rasa menarik jer bila bergambar dengan diri sendiri dalam cermin macam gambar-gambar orang kawin. Lalala(berangan). Seorang kawan dipaksa rela untuk snap gambar saya. Terima kasih cik kawan. Saya pun tak tahu kenapa saya suka gambar ni. Adakah kerana saya pakai baju pink?

3) Ini anak sedara saya. Muhammad Faiz Irfan. Masa umur dia 1-3 tahun dia tinggal dengan kami. Dan dia sangat comel keletahnya juga suka melukis. Juga suka kucing. Gambar ni selepas musim Aidilfitri. Tengok pelita pun masih ada. Kucing itam nie sangat lemah dis time. Tak tahu kenapa. Mungkin kurang kalsium. Tapi sekarang itam ni dah meninggal. Dilanggar oleh penjaja ikan. Bukan dilanggar. Terlanggar sebenarnya. Dah nasib dia. Kecian.

4) Gambar ni kesinambungan dari gambar ke2. Eh!bukanlah. Sebenarnya gambar ke2 tadi kesinambungan dari gambar ini. Pada malam berkursus di Kota Bharu, saya keluar bersama Kak Lin. Sangat respek dia. Dia sangat pro ambil gambar(promote..Kak Lin sila bg komisyen 10%). Saya ikut dia shoot kat airport. Ramai orang dan banyak kereta parking tepi pagar airport. Sampai saya tak pasti adakah mereka saja suka-suka lepak tengok kapal terbang mendarat? Biarla mereka. Saya malas fikir.

5) Gambar ni sangat mengimbau kenangan saya ketika melayari campus life. Kawan saya ni Anem. Kami sangat rapat sehinggakan saya rasa hati sangat kosong saat berpelukan dengan beliau untuk terakhir kali kami bersama. Gambar ni diambil saat-saat terakhir sebelum kami pulang ke kampung halaman masing-masing. Bertempat di kawasan yang paling tinggi di USM, kami memahat memori ini.

6) Hahaha! Tiap kali tengok gambar ni mesti saya tergelak. 10 kali tengok pun saya tetap akan tergelak. Sekarang pun saya gelak lagi untuk kesekian kali. Ini di Agro Resort ketika semua staf academic dihantar untuk Team Building. Sebelum balik sementara menungggu ketibaan bas, kami bergambar berpoyoan. Saya berlari mendahului untuk snap gambar mereka berjalan. Tapi semua berlari dan KLIK!


 7) Ini semasa zaman kegemilangan bergelar student. Masa ni saya jadi watak utama untuk short film arahan saya sendiri bertajuk DENDAM. Ini merupakan salah satu tugasan yang kami perlu hasilkan. Dalam cerita ni saya dendam dengan seorang perempuan dan membunuhnya. Lalu rohnya kembali mengganggu saya sehingga saya meninggal dalam keadaan misteri. Kira macam cerita Roh Kembali setiap malam Khamis tu la. Scene ni kami rakam betul-betul di bawah pohon yang sangat besar. Ok! saya sebenarnya berdebar jugak hasilkan cerita ni. Tambah-tambah masa dalam proses editing. Seram(takut..tak mau ingat suda)
OK! Sebenarnya masih banyak lagi gambar-gambar kesukaan yang berjaya saya temukan ketika  proses menggodek-godek. Cuma yang atas itulah yang saya pertaruhkan untuk Asada dan rakan-rakannya nilai..
Sekian dari saya.lalala.....

Sunday 6 June 2010

Tentang pengalaman itu..

Entri mengenai jalan-jalan ditempat orang..

Betullah kan orang cakap,jauh perjalanan luas permandangan,bertambah pengalaman dan taulan.. Saya hampir-hampir membatalkan hasrat untuk pergi bercuti. Tapi disebabkan En.Dia memujuk dengan semangat tahap gaban, berjaya jua saya keluar dari Terengganu untuk menghirup udara di bumi Kajang. Masa memang diakui sangat mencemburui kami kerana sempat berjalan-jalan selama 1hari 1malam sahaja. Namun saya seronok sangat. Langsung terlupa saya masih punya agenda yang maha banyak di opis. Terima kasih sangat En.Dia atas percutian yang mengujakan ini. Yang penting kami enjoy dengan keletah si Haiqal yang sangat comel dan sangat baik perilakunya. Maksud saya dia tak banyak meragam. Owhh!!Saya baru perasan sepanjang mengenali dan berteman dengan Haiqal saya belum pernah mendengar dia menangis. Saya pun nak lah anak macam dia. Thehehe. Yang paling tak boleh lupa ketika di KLCC. Haiqal langsung tak rimas bila dipakaikan spek itam bergaya. Malah dia sangat gembira. Mungkin dia nampak gelap dan tak silau kot. Semasa En.Dia dukung Haikal yang sedang bergaya dengan spek hitamnya ada pulak pasangan warga India minta izin untuk snap gambar Haikal kerana tertarik dengan aksinya. Wah2. Dah macam artis dah Haikal. Terus saya mengusik En.Dia. 'Habis la awak,nanti orang India tu bomohkan gambar awak.haha..'

OK! Ini Haiqal sebelum dipakaikan spek. Tengok apa jadi lepas pakai spek. Ngalahkan artis u.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Haha. Tengok..comel kan..
Betullah jauh perjalanan tu menambahkan taulan. Tapi saya sedikit terkilan 30 minit sebelum naik bas pulang ke Terengganu baru saya perasan kewujudan galeri lukisan ini. Tu pun setelah saya kedahagaan untuk membeli minuman favourite 100plus. Terpandang akan galeri itu terus mendekatinya. Best borak-borak dengan cikgu ini. Tulah. Bila cikgu grafik bertemu cikgu lukisan. Terkedu saya mendengar setiap ceritanya. Sampaikan En.Dia datang mencari risau setengah jam berlalu 100plus tak kunjung tiba. Saya khusyuk mendengar kerana beliau sangat kelakar. Lukisan yang dihasilkan pun cantik-cantik. Nantilah ada masa lagi saya promote beliau dalam entri lain ya.


p/s : Incik masa terluang, lain kali jenguk-jenguklah saya lagi supaya saya dapat bercuti ke pulau pula..lalala..

Thursday 3 June 2010

Doktor cinta kurang bertauliah..

Entri mengenai 'Awak terlalu baik,saya tak layak buat awak'..

Saya bukan doktor cinta. Bukan juga pencinta setia. Aku memang pencinta wanita, namun ku bukan buaya..Eh! termenyanyi pulak. Tapi bila seorang kawan lelaki bertanyakan pendapat tentang isu cinta dia, saya terpanggil untuk menjadikan ia juadah entri kali ini (mukadimah dah macam penceramah dah.hehe)

Dia (watak dalam entri ini) menyalahkan perempuan 100%. Katanya ..
'Kenapa perempuan masa sayang semua elok dipandang, bila dah tak suka atau ada pengganti semua yang elok dijadikan alasan untuk menjauhi'. owhh!! Sebagai perempuan saya terkedu. Kurang asam jawa dia berkata begitu dihadapan saya kaum hawa yang dikutuknya. Owhh lagi..

Saya tak menyebelahi mana-mana pihak. Jadi saya suruh dia berada dalam dua situasi. Perempuan kan berjiwa lembut, sensitif, ingin selalu didampingi. Jadi bila jantung hati jauh dari sisi kebarangkalian rasa sayang akan menyusut dengan sangat menebal. Tambah-tambah bila seseorang jejaka datang menjamah kekosongan. Lantas hati terus terusik. Dan terus dipertimbangkan siapa paling baik, siapa paling penyayang, siapa paling mengongkong dan biasanya yang berdekatan dengannya akan jadi best man win..owhh!!Lalu dia yang tak tahu apa-apa cuma terkedu bila diberitahu..
'Awak terlalu baik, saya tak layak buat awak..kalau ada jodoh kita adalah tu'


Gambar sekadar hiasan

Mungkin betul dia terlalu baik sehingga tiada alasan untuk berpisah dengannya. Dan kebaikan itu pula dijadikan alasan untuk melepaskan diri. Bila dipikir memang tidak adil kan. Seolah-olah dia dijadikan sandaran. Bila dah jumpa yang lebih baik terus ditinggalkan. Cuma saya cakap pada dia..
'Awak bersyukur masa masih couple awak diperlakukan macam ni,macam mana kalau masa awak sedang tunangan dengannya atau dah jadi suaminya. Tentu lagi menyiksakan bukan?'
'Maknanya Tuhan memang nak awak dapat yang betul-betul terbaik untuk awak'
Sian dia, dah 3x diperlakukan sebegitu sampai akhirnya dia tiada hati untuk bercinta lagi.

Hidup memang penuh dengan kejutan yang kadangkala buat kita rasa tiada semangant untuk terus hidup.Tapi cuba convert daripada sesuatu masalah yang negatif kepada pengalaman yang positif. Cuma kita kena jadi sedikit hipokrit la. Contohnya kita frust menongeng bila pasangan minta putus. Jadi cuba fikir dari sudut positif. oK! contohnya mungkin seperti...
'Tiada jodoh aku dengan dia, mungkin dia belum cukup baik untuk bimbing aku kelak'
Mungkin kita akan rasa sedikit lega bila berprasangka positif. CUBALAH..=)


p/s: Nampaknya saya kurang layak berbicara tentang cinta..haha..jadi jangan serang saya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...