Para Pengikut..

Sunday 20 June 2010

Contest Gambar Best by AsaDa

Gambar menyimpan sejuta kisah. Right?. Saya teringin nak juin contest by Asada neh. Saja suka-suka dan satu lagi kerana syarat-syaratnya adalah sangat mudah!!!!

  • Buat satu entry khas dengan tajuk Contest Gambar Best by AsaDa. UPLOAD GAMBAR TERBEST yang anda ada. tak kiralah gambar anda sorang atau ramai-ramai. takpun gambar orang kenduri kawen. asalkan bukan gambar lucah. yang pasti, gambar tu anda punya.. bukan cilok dari pakcik google atau orang lain.
  • Ceritakan kisah sebelum atau semasa atau selepas gambar tu di capture secara ringkas mengikut kreativiti anda. jangan panjang sangat sampai cecah lantai. karang merangkak asada nak baca.
  • Copy banner di atas. letakkan di dalam entry dan di side bar blog anda. pastikan ia di-link terus ke entry ini.
  • Anda boleh letak seberapa banyak gambar. tetapi hanya satu gambar daripada anda dipilih untuk dipertandingkan.
TARIKH TUTUP PENYERTAAN IALAH 1 JULY 2010.. masuk je 2 july, tutup..

Penilaian pemenang adalah berdasarkan:
  • Gambar dan kisah di sebalik gambar yang TERBEST & MENARIK akan dikira sebagai pemenang.
  • Juri penghakiman adalah asada dan kawan-kawannya. hehe..
  • Jadi kalau anda nak tahu hadiah yang menanti blogger yang bertuah sila klik gambar dibawah..=D




 The story behind the images

1) Saya suka gambar ini. Masa ni saya bawa beberapa pelajar makan tengah hari bersama-sama. Bila hp saya berada di tangan salah seorang pelajar saya pon tak sedar bila masa dia snap gambar saya disebalik tea O ais dan tea ais itu. Saya nampak khusyuk kan. Ok! saya sangat lapar tika itu.=)


2) Ok! ni pulak gambar poyo. Tak kira saya nak cerita jugak. Masa ni saya ada kursus di Kota Bharu. Menginap di salah sebuah apartment disana. Apa nama eh? lupa pula. Sangat teruja bila tengah-tengah ruang tamu ada cermin besar. Ruang tamu pun jadi luas jer. Jadi saya rasa menarik jer bila bergambar dengan diri sendiri dalam cermin macam gambar-gambar orang kawin. Lalala(berangan). Seorang kawan dipaksa rela untuk snap gambar saya. Terima kasih cik kawan. Saya pun tak tahu kenapa saya suka gambar ni. Adakah kerana saya pakai baju pink?

3) Ini anak sedara saya. Muhammad Faiz Irfan. Masa umur dia 1-3 tahun dia tinggal dengan kami. Dan dia sangat comel keletahnya juga suka melukis. Juga suka kucing. Gambar ni selepas musim Aidilfitri. Tengok pelita pun masih ada. Kucing itam nie sangat lemah dis time. Tak tahu kenapa. Mungkin kurang kalsium. Tapi sekarang itam ni dah meninggal. Dilanggar oleh penjaja ikan. Bukan dilanggar. Terlanggar sebenarnya. Dah nasib dia. Kecian.

4) Gambar ni kesinambungan dari gambar ke2. Eh!bukanlah. Sebenarnya gambar ke2 tadi kesinambungan dari gambar ini. Pada malam berkursus di Kota Bharu, saya keluar bersama Kak Lin. Sangat respek dia. Dia sangat pro ambil gambar(promote..Kak Lin sila bg komisyen 10%). Saya ikut dia shoot kat airport. Ramai orang dan banyak kereta parking tepi pagar airport. Sampai saya tak pasti adakah mereka saja suka-suka lepak tengok kapal terbang mendarat? Biarla mereka. Saya malas fikir.

5) Gambar ni sangat mengimbau kenangan saya ketika melayari campus life. Kawan saya ni Anem. Kami sangat rapat sehinggakan saya rasa hati sangat kosong saat berpelukan dengan beliau untuk terakhir kali kami bersama. Gambar ni diambil saat-saat terakhir sebelum kami pulang ke kampung halaman masing-masing. Bertempat di kawasan yang paling tinggi di USM, kami memahat memori ini.

6) Hahaha! Tiap kali tengok gambar ni mesti saya tergelak. 10 kali tengok pun saya tetap akan tergelak. Sekarang pun saya gelak lagi untuk kesekian kali. Ini di Agro Resort ketika semua staf academic dihantar untuk Team Building. Sebelum balik sementara menungggu ketibaan bas, kami bergambar berpoyoan. Saya berlari mendahului untuk snap gambar mereka berjalan. Tapi semua berlari dan KLIK!


 7) Ini semasa zaman kegemilangan bergelar student. Masa ni saya jadi watak utama untuk short film arahan saya sendiri bertajuk DENDAM. Ini merupakan salah satu tugasan yang kami perlu hasilkan. Dalam cerita ni saya dendam dengan seorang perempuan dan membunuhnya. Lalu rohnya kembali mengganggu saya sehingga saya meninggal dalam keadaan misteri. Kira macam cerita Roh Kembali setiap malam Khamis tu la. Scene ni kami rakam betul-betul di bawah pohon yang sangat besar. Ok! saya sebenarnya berdebar jugak hasilkan cerita ni. Tambah-tambah masa dalam proses editing. Seram(takut..tak mau ingat suda)
OK! Sebenarnya masih banyak lagi gambar-gambar kesukaan yang berjaya saya temukan ketika  proses menggodek-godek. Cuma yang atas itulah yang saya pertaruhkan untuk Asada dan rakan-rakannya nilai..
Sekian dari saya.lalala.....

2 comments:

  1. asada pilih 2nd last pic ea..

    tQ sudi join. gud luck! (^^,)

    **cam best lak dpt wat filem pendek. xnk ambik asada jd pelakon? hahaha..

    ReplyDelete
  2. thankz asada..=)yes2 2nd itu besh..=)

    **hehe..itu zaman dulu2..zaman muda2 ms bgelar student..=)..lo da knal asada mse tu mgkn leh jd plkon extra..muahaha..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...