Para Pengikut..

Tuesday 31 August 2010

The Art of Seeing

Entri tentang trip ke Kuantan untuk sesi b n w serta release tension (konon).

25 dan 26 hb Ogos. Hari yang dinantikan buat pelajar-pelajar saya dan cik Yatie. (Errr..sebenarnya dinantikan buat saya dan cik yatie juga..hee). Kami akan berkonvoi 3 buah kereta untuk ke Studio BeautyConnection yang terletak ditengah-tengah bandar Kuantan. Happy dan excited sangat sebab tengok semua pelajar bersemangat berkobar-kobar untuk pergi menuntut ilmu. Maklumlah sepanjang 3 semester saya (dan cik yatie) belum pernah bawa mereka jalan-jalan tambah-tambah untuk menuntut ilmu yang berkait dengan bidang mereka. Jadi suka jer tengok mereka post status di FB tak sabar mau pegi Kuantan.

Seawal 7.50 pagi dah ada pelajar text tanya saya dimana kerana mereka sudah pun sedia menanti. Saya belum pun panaskan enjin. Masih terkapai-kapai fikirkan barang-barang semua sudah masuk beg atau belum (ceh! lagaknya macam nak mendaki Everest). Bertubi-bertubi text suruh saya cepat. Wah! Sila pecut kereta dengan laju supaya mereka tak ternanti lama-lama. Kami menyewa 2 kereta dan sebuah lagi kereta persendirian kami. Nampaknya pemilik kereta sewa bukan janji Jepun. Katanya 8am kereta tiba tup-tup jam 10am juga muncul. (errr..hopefully dia tiada blog..keke)


Jadi 1030am (more less) bertolak kami sambil mendoakan semoga perjalanan dirahmati Tuhan dan dijauhi dari sebarang permasalahan. Ikut perancangan kami mahu check in homestay dulu baru mulakan slot 1 di studio. Tapi memandangkan kami sampai dah 2pm lebih jadi terus pergi studio. Dan owner studio, En Farouq menyambut mesra ketibaan kami. Pelajar-pelajar ni pulak taknak buang masa terus mahu start 1st session ..b n w session (black and white). Kami diajar teknik-teknik mencuci gambar manual dalam dark room. Semua enjoy dan semua nampaknya sangat bergembira dengan pengalaman ini. Semua tidak teragak-agak mahu mencuba. Sesi pun tidaklah formal sangat. Jadi mudahlah mereka menyesuaikan diri dengan suasana sekeliling.




 Sesi habis jam 6.30 petang. Setelah laksanakan kewajipan sebagai umat islam kami beredar ke padang MPK untuk berbuka disana. Sempat lagi capture visual untuk kenang-kenangan.
Credit to en Farouq for dis pic.Nice!!..
Kalian tentu konpius..
yang mana cikgu yang mana anak murid..lalala..

Ini pengalaman pertama saya menipiskan wallet di bazar kemudian berbuka di padang bersebelahan bazar. Wah!! kat Terengganu ada ke macam nie?




Jadi lepas berbuka kami terus check in di Homestay Inderapura. Sangat luas rumahnya dan tengok pelajar semua selesa jadi kami puas hati. Siap ada tv dan dapur untuk masak. Ada 4 bilik dan bilik utama ada aircond. Halaman muat untuk parking 3 kereta. Cuma tempatnya agak jauh dari bandar Kuantan. Takdela jauh sangat sebenarnya dalam 15 minit jer. Hee.. Lepas semua siapkan diri masa untuk keluar mengambil angin malam pula. Dan keadaan tak diduga terjadi. Salah sebuah kereta rosak. Nasib baik masa tu berenti di Esso. Kebetulan kawan saya yang tahu juga baiki kereta ada di bandar Kuantan tika itu. Jadi masalah settle 10 minit. Terima kasih en.kawan. Kemudian kami ke Pantai Teluk Cempedak mengambil angin malam. Cantik. Then bersahur di luar terus balik tido dalam kepenatan.

Esoknya pula sebelum 2nd session sempat kami pegi mall jalan-jalan touch n go. Habis sesi dalam jam 3pm. Kemudian en.Farouq bawa kami ke Galeri Rajawali . Ada dua orang pelukis tika itu. Pelajar-pelajar pun teruja tengok lukisan dan gambar yang disnap pelukis tersebut. Terima kasih sambut kedatangan kami dengan penuh mesra. Insya Allah lain hari kami bertandang lagi..=)

Bertukar-tukar cenderahati.
Di Galeri Rajawali.

Ni setelah selesai sesi di Studio BeautyConnection.

Khusyuk bace keratan akhbar pasal Rajawali.

Ini gambar skema yang harus ada. heee..
 Seterusnya kami beransur untuk pulang ke kampung halaman. Tak sempat berbuka di Kuala Terengganu , jadi kami singgah berbuka di Paka. Alhamdulillah semua sampai dengan selamat. Masa yang terluang harap dapat jenguk saya dan cik Yatie lagi supaya kami dapat bawa pelajar ke destinasi lain pula..=)

Friday 20 August 2010

Heart

Dimiliki hatinya anugerah terindah
sepanjang kedewasaan saya.
Terima kasih Tuhan
menganugerahkan rasa itu.
=)



p/s : Semalam hari terindah untuk sepanjang minggu. Masuk ofis tiba-tiba dapat suprise lovely gift. TQ Kak Ina. Sweet dia tau bg bear. I love!! Jadi akan sentiasa ingat Kak Ina bila tengok itu Browniey coz itu kaler kecintaan Kak Ina..=)


Wednesday 18 August 2010

Ini pengikut ke-50_SarahNajwan_

Entri dengan niat mahu menghargai kekawan blogger yang jadi pengikut saya..=)

Dulu saya kurang aktif berblog..
Sekarang dah agak aktif..
Dah makin ramai pengikut (walaupun tak sampai 100)..
Terima kasih follower jadi pengikut setia saya..
Jangan lupa klik nuff saya..lalala
~~macam promo iklan radio la pula..

Saya perkenalkan ini pengikut saya ke-50. -SarahNajwan- Anda jangan lupa add dia juga sebagai follower anda. Komen entri dia. Klik nuff dia. Selamat mendengar kata..hehe..

Blog Sarah Najwan tentang hari-hari beliau. Menjadi cikgu yang berdedikasi. Hidup bahagia bersama hubby terchenta dan 4 orang cahaya mata yang somel dan ensem2. Suka sebenarnya baca kisah-kisah kaum ibu nie. Tak sabar mau ada anak sendiri. Opsss..

Ok. Sudah tamat sesi promote pengikut. Anda mahu saya promote anda??Jangan lupe jadi follower saya ke 100 pula.Hee..

Monday 16 August 2010

Hari ke-5 ber Ramadhan

Entri ini berkaitan ramadhan..

Ramadhan datang lagi (sebenarnya sudah hari ke-5). Dan masuk kali ini sudah Ramadhan yang ke-3 kali saya ber Ramadhan di home sweet home terchenta setelah meninggalkan alam kampus di Kedah seterusnya Penang.

Di Kedah suasana seperti asrama masa sekolah dulu. Berebut ke kantin supaya dapat cop tempat sebelah-menyebelah geng-geng rapat. Dan dalam tray makan tu wajib ada ialah 2 biji kuih dan 2-3 biji kurma. Kemeriahan berbuka beramai-ramai sangat berbeza bila ke Penang. Namun pengalaman balik kuliah singgah di bazar dalam keletihan dan berbuka bersama beberapa geng rapat buat saya seakan mahu kembali ke alam kampus. Seronok!! Dan kembali ke home sweet home lagi bertambah seronok. Berbuka dan bersahur bersama keluarga tercinta. Sediakan menu berbuka bersama mak dan akak saya. Dan paling teruja bila seminggu sebelum Aidilfitri (akan menyusul entri lain pula.Hee..). Tengok anak sedara main bunga api dan saya tumpang sekaki. Heee..

Dan barangkali untuk Ramadhan akan datang adakah situasinya masih begini? Yang pasti semoga Tuhan sentiasa dekatkan saya dengan orang yang saya sayang supaya rasa ini terus utuh bersarang..lalala..

Kek ni makan untuk berbuka sedap kan..lalala (saja nak menguji ketahanan diri menahan nafsu makan)

PEMENANG~Contest Gambar Candid Kamu!!! by izaFiza


Salam semua peserta dan bukan peserta..


Hari ini 15 Ogos 2010 dan bersedia dengan diari. Untung anda pemenangnya boleh terus update dalam diari..Lalala..

Jadi setelah menolak menambah dan membahagi kriteria-kriteria yang menarik minat saya untuk letakkan gambar anda sebagai gambar yang paling menarik minat hati, akhirnya saya membuat keputusan pemenang contest Gambar Candid Kamu adalah...dumdumdum*pukul kompang..ehh..bukan majlis kawin la*

Tadaaaa...
Tahniah untuk cik Awynn..tepuk tangan skit..=D

..dan pemenang akan menerima hadiah berupa dibawah..

p/s: Cik Awynn sila pm alamat surat menyurat anda..lalala..=D

Saturday 14 August 2010

SHORT LIST~~~Gambar Candid Kamu!

Setelah mengambil masa selama 3 hari untuk mengadili gambar-gambar peserta (punyalah lama) saya telah menyenarai pendek 5 gambar paling mendapat tempat dihati saya. Jadi sila berdebar-debar. Mungkin anda peserta yang mengupload gambar yang paling menarik hati saya..=). Dan seorang pemenang bertuah daripada senarai dibawah akan diumumkan kemudian. Bersabar yer..=)













Thursday 12 August 2010

Ini bukan artwork saya.

Abaikan tajuk entri yang sebegitu rupa.

Ini kisah salah seorang daripada anak buah saya..Faiz Irfan. Berumur 5 tahun dan kegemarannya adalah terpengaruh tonton tv dan kemudian melukis apa yang dilihatnya. Seingat saya dia sudah mula bergiat dalam arena menconteng ni masa umur 2 tahun. Masa tu memang conteng-conteng jer kerjanya. Dah masuk 3 tahun dia mula melukis. Dan kebanyakan yang dilukis adalah robot atau raksasa. Bila umur 4 tahun dia berpindah ke Putrajaya apabila uminya pindah kerja disana. Jadi dah 2 tahun saya tak lihat perkembangan lukisannya. Dan sekarang dia ada disini. Disamping saya sehingga Aidilfitri barangkali. Dan saya gembira amat kerana suka melihat hasil karya dia.

Ikan terdampar di halaman rumah.

Jaga kau aku tembak!

Buah-buahan tempatan.

Ayam mengeram diatas lori.

Binatang2 yang pelik.

Serigala??

Paus mengajar anak berenang.

Dinosour.

Mickey Mouse yang dirobotkan.

Black and White Contest

Saya suka join contest..

Ini merupakan contest anjuran kisahcreativeheart. Saya ditag oleh mama rifqy. Terima kasih tag saya. Jadi anda hanya perlu renung dan fahamkan syarat yang saya copy paste dari blog kisahcreativeheart.

-Pertandingan ini bermula 26 July berakhir pada 6 September 2010...
-Hadiah merupakan wang Ringgit... dan akan dihantar melalui akaun bank... jumlah dirahsiakan...
-Anda hendaklah meng-Upload gmba hitam dan putih sahaja... dan untuk mengelakkan penipuan... gamba itu mesti gamba anda sendiri... kalo d orang lain menyelit2 tu takpe... janji anda mesti berada dalam gamba tu... Susahkan?? hahhaaaa... nak dapat duit memang la susah sikit...
-Anda hendaklah menjadi salah sorang follower saya...
-Banner atas nie mestilah diletakkan di slidebar blog anda... ala selalu yang kat tepi tu...
-Tag at least one person... banyak lagi bagus... dan pastikan orang yang anda tag tu tahu yang dia di tag..

*PENTING.... sila tinggalkan link yang anda upload gmba anda tu kat comment post tersebut.

Jadi setelah berjaya godek-godek gambar dengan sedikit editing akhirnya saya pertaruhkan gambar dibawah. Tadaaa..(saya yang ditengah-tengah..hehe)

Jadi saya dengan sukahati mau tag  encik kat..jum juin ini contest!!

Wednesday 11 August 2010

Pengumuman CONTEST-Gambar Candid Kamu!!

Pengumuman!!

Hari ini sudah 11hb. Jadi selepas saya post entry ini, maka secara rasminya tarikh contest ini telah ditutup. Jadi kepada yang tak sempat join tunggu saya anjurkan contest ke-2. Hehe..Tak sangka saat-saat akhir ramai menerjah dengan gambar-gambar yang menarik. Kena kentalkan mata untuk memilih yang terbaik antara yang terbaik. Hanya seorang pemenang bertuah akan dipilih. Dan hadiahnya akan dipertontonkan sejurus saya memilih pemenang muktamad. Jadi terus terjah blog saya untuk mengetahui pemenangnya...terima kasih semua.

luv
-izaFiza-

Wednesday 4 August 2010

Makanan yang mengebest

Salam semua..(sambil menyapu sawang-sawang yang mula membiak pada wall)
Wah! Lama rasanya saya berehat dari arena menekan papan kekunci untuk post entri (ayat skema setelah lama bertapa). Sebenarnya sibuk bukan semata-mata alasan untuk pergi bertapa. Cuma kadang-kadang keletihan memaksa diri untuk berehat dari bersengkang mata menelaah blog kawan-kawan. Rasanya dah lebih seminggu saya tak on laptop. Sudah sedia maklum kondisi laptop yang maha uzur. Memerlukan kesabaran tinggi untuk menatapnya. Silap haribulan tengah-tengah syok menaip tiba-tiba pap! mati terus tak tahu ape sakitnya. Lama saya tak belanja diri sendiri untuk ucapan tahniah kerana masih berjaya menyahut cabaran demi cabaran. Jadi mari belanja diri sendiri makanan yang mengebest!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...