Para Pengikut..

Tuesday 31 August 2010

The Art of Seeing

Entri tentang trip ke Kuantan untuk sesi b n w serta release tension (konon).

25 dan 26 hb Ogos. Hari yang dinantikan buat pelajar-pelajar saya dan cik Yatie. (Errr..sebenarnya dinantikan buat saya dan cik yatie juga..hee). Kami akan berkonvoi 3 buah kereta untuk ke Studio BeautyConnection yang terletak ditengah-tengah bandar Kuantan. Happy dan excited sangat sebab tengok semua pelajar bersemangat berkobar-kobar untuk pergi menuntut ilmu. Maklumlah sepanjang 3 semester saya (dan cik yatie) belum pernah bawa mereka jalan-jalan tambah-tambah untuk menuntut ilmu yang berkait dengan bidang mereka. Jadi suka jer tengok mereka post status di FB tak sabar mau pegi Kuantan.

Seawal 7.50 pagi dah ada pelajar text tanya saya dimana kerana mereka sudah pun sedia menanti. Saya belum pun panaskan enjin. Masih terkapai-kapai fikirkan barang-barang semua sudah masuk beg atau belum (ceh! lagaknya macam nak mendaki Everest). Bertubi-bertubi text suruh saya cepat. Wah! Sila pecut kereta dengan laju supaya mereka tak ternanti lama-lama. Kami menyewa 2 kereta dan sebuah lagi kereta persendirian kami. Nampaknya pemilik kereta sewa bukan janji Jepun. Katanya 8am kereta tiba tup-tup jam 10am juga muncul. (errr..hopefully dia tiada blog..keke)


Jadi 1030am (more less) bertolak kami sambil mendoakan semoga perjalanan dirahmati Tuhan dan dijauhi dari sebarang permasalahan. Ikut perancangan kami mahu check in homestay dulu baru mulakan slot 1 di studio. Tapi memandangkan kami sampai dah 2pm lebih jadi terus pergi studio. Dan owner studio, En Farouq menyambut mesra ketibaan kami. Pelajar-pelajar ni pulak taknak buang masa terus mahu start 1st session ..b n w session (black and white). Kami diajar teknik-teknik mencuci gambar manual dalam dark room. Semua enjoy dan semua nampaknya sangat bergembira dengan pengalaman ini. Semua tidak teragak-agak mahu mencuba. Sesi pun tidaklah formal sangat. Jadi mudahlah mereka menyesuaikan diri dengan suasana sekeliling.




 Sesi habis jam 6.30 petang. Setelah laksanakan kewajipan sebagai umat islam kami beredar ke padang MPK untuk berbuka disana. Sempat lagi capture visual untuk kenang-kenangan.
Credit to en Farouq for dis pic.Nice!!..
Kalian tentu konpius..
yang mana cikgu yang mana anak murid..lalala..

Ini pengalaman pertama saya menipiskan wallet di bazar kemudian berbuka di padang bersebelahan bazar. Wah!! kat Terengganu ada ke macam nie?




Jadi lepas berbuka kami terus check in di Homestay Inderapura. Sangat luas rumahnya dan tengok pelajar semua selesa jadi kami puas hati. Siap ada tv dan dapur untuk masak. Ada 4 bilik dan bilik utama ada aircond. Halaman muat untuk parking 3 kereta. Cuma tempatnya agak jauh dari bandar Kuantan. Takdela jauh sangat sebenarnya dalam 15 minit jer. Hee.. Lepas semua siapkan diri masa untuk keluar mengambil angin malam pula. Dan keadaan tak diduga terjadi. Salah sebuah kereta rosak. Nasib baik masa tu berenti di Esso. Kebetulan kawan saya yang tahu juga baiki kereta ada di bandar Kuantan tika itu. Jadi masalah settle 10 minit. Terima kasih en.kawan. Kemudian kami ke Pantai Teluk Cempedak mengambil angin malam. Cantik. Then bersahur di luar terus balik tido dalam kepenatan.

Esoknya pula sebelum 2nd session sempat kami pegi mall jalan-jalan touch n go. Habis sesi dalam jam 3pm. Kemudian en.Farouq bawa kami ke Galeri Rajawali . Ada dua orang pelukis tika itu. Pelajar-pelajar pun teruja tengok lukisan dan gambar yang disnap pelukis tersebut. Terima kasih sambut kedatangan kami dengan penuh mesra. Insya Allah lain hari kami bertandang lagi..=)

Bertukar-tukar cenderahati.
Di Galeri Rajawali.

Ni setelah selesai sesi di Studio BeautyConnection.

Khusyuk bace keratan akhbar pasal Rajawali.

Ini gambar skema yang harus ada. heee..
 Seterusnya kami beransur untuk pulang ke kampung halaman. Tak sempat berbuka di Kuala Terengganu , jadi kami singgah berbuka di Paka. Alhamdulillah semua sampai dengan selamat. Masa yang terluang harap dapat jenguk saya dan cik Yatie lagi supaya kami dapat bawa pelajar ke destinasi lain pula..=)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...