Para Pengikut..

Tuesday, 30 November 2010

Aktiviti kecintaan.

Salam kalian..
Boleh tak entri kali ni nak lebihkan visual berbanding tipografi? Ada saya kesah?

Wah. Saya masih berjaya mengekalkan pantai sebagai aktiviti kecintaan. Kalau korang putus cinta, serabut dengan kerja berbukit menggunung, tak tahu untuk buat keputusan mana terbaik, korang pergilah pantai. Tapi saya takdelah pergi pantai kerana putus cinta. Tapi pantai sumpah mendamaikan. Rasanya nak mandi kolam atau memancing kat tasik mungkin mendamaikan juga bagi sesetengah orang, tapi saya pernah baca artikel mengatakan fikiran akan damai bila lihat mende yang bergerak berulang. Macam tengok air terjun, air hujan atau daun nyior ditiup angin. Korang cubalah. Bila hujan duk kat tingkap tengok hujan. Tentu akan tenang. Kalau tak tenang jugak korang tadah la air hujan penuh empat baldi untuk mandi. Haha. Sila percaya. Tak. Jangan percaya. Saya tipu saja. Kalau tak tenang jugak, korang ambil wuduk. Tu yang sebaiknya.


Dulu, en.beliau selalu merungut. 'Takde kerja ke pergi pantai termenung tengok ombak. Baik pergi makan ayam goreng kat KFC.' Haha. Lama-kelamaan beliau sedia maklum. Dah berjangkit pulak dengan beliau. Tapi sekarang musim tengkujuh. Tak boleh lepak dekat ngan pantai. Kerana ombak juga boleh membunuh. Macam iklan dalam tv tu 'ombak jahat..ombak jahat'. Tak. Bukan ombak yang membunuh. Cuma Allah sayangkan mereka dan ombak menjadi mengantara. Macam mangsa yang lemas di Pantai Batu Buruk minggu lepas. Yang dibawa ombak besar. Jadi musim sekarang nak pergi pantai harus beware. Ya. Harus!
 
Gambar enterprem yang harus ada.

Visual ni saya suka bangat!
 Kecintaan en.beliau pula ialah menonton drift. Eh! Kejap. Macam ada kesalahan tatabahasa je. Menonton bukan untuk tv ke?

Ali sedang menonton tv.
atau
Ali sedang menonton drift.

(apesal tiba-tiba mood bertukar jadi cingu bahasa pulak. Adohai)
Tengok! ejaan cikgu pun dah salah.

Ok. Abaikan la penggunaan tatabahasa yang salah Saya bukan sedang mengajar pun. Murid-murid jangan hafal esei ni untuk subjek penulisan yer.

Berbalik kepada kecintaan en.beliau yang telah menjangkitkan kepada saya. Drift juga menjadi aktiviti kecintaan untuk release tension. Suka bila dengar tayar kereta bergesel dengal jalanraya. Sampai keluar api. Wow! Kalau kat tempat saya kami selalu pergi kat Stadium Sultan Mizan. Ala. Yang stadium runtuh sebab Otromen dan raksasa lawan tu. Korang tak tahu ke? Anak sedara saya yang empat tahun tu pun tahu tau. Macam gambar bawah ni.

Credit to goooogle
Ha..Kan betul saya cakap (pang!)

Kat kawasan lapang tu kalau hari Jumaat-petang-lewat2 sikit ada la mereka drift. Pergi la nak tengok. Bawak popcorn skali. Macam kanak-kanak bawah nie. Tekun menonton drift.

Dekat tapak mereka drift tu banyaklah tayar-tayar pembahagi selekoh juga tayar-tayar yang pecah semasa sedang drift. Gila dasat. Kereta yang mereka guna bukan kereta-kereta baru pun. Semua kereta-kereta lama stok simpan wat pekasam kat bengkel kereta. Mungkin mereka drift sekadar untuk kepuasan. Yang pasti ramai menonton ini drift. Dari budak-budak, kanak-kanak (eh, tak sama ke budak dan kanak?) sampaila remaja tak terkecuali perempuan macam saya ( eh, perasan remaja lagi nampak). Barisan mak cik dan pak cik juga ada tau. Agaknya anak mereka kot yang drift tuh. Theee...


Eh, eh comelnyer. Sangat!

 Dan petang Jumaat iaitu last week kami ke Pantai Kuala Ibai kawasan berlangsungnya Speedway. Ini drift versi kereta kecil pula. Kereta control. Wah. Cute miut ciut jer lumba-lumba atas litar mini tu. Macam tonton drift versi orang kerdil pula lagaknya.


Ok. Dah. Dah. Nak tutup diari dah. Bubye semua.

p/s : Akhirnya tipografi  jugak yang berjela-jela macam karangan budak tahun empat.

6 comments:

  1. Asid pun suka pantai. Tengok buat hati tenang... tambahan dengar deruan angin dan ombak membelah pantai. ceh macam nak berpuisi plak. :)

    ReplyDelete
  2. Drift kereta mainan ke betul2??
    macam pelik je haha
    1st time visit here..

    ReplyDelete
  3. asid : betul3. Hee. Xpe b'puisi skali skala..

    ReplyDelete
  4. haffiz: tq visit. Drift betul2 la haffiz. Yg keta kecik 2 drift kereta control..=)

    ReplyDelete
  5. lawa lah gambar =)

    ReplyDelete
  6. cik Epal yg femes: wah!maceh2 sngah di blog sy..gmbo pntai 2 ke?hehe.lawa kn pntai 2.meh la tganu cik epal. Nti sy blnje kopok lekor.ngeh3x.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...