Para Pengikut..

Friday 5 November 2010

Henpon dan gangguan mistik.

Tajuk macamla henpon kena gangguan sampaikan ada mistik segala.

Tapi iya dong (Tiba-tiba cakap indon maklumlah tengah tunggu tayangan Cinta dan Anugerah) Tapi bukan henpon saya kena gangguan meracau-racau macam durja ningsun itu. Sebenarnya ia hanyalah gangguan pada speaker (mungkin) yang menyebabkan kalian yang menalipon tidak dapat mendengar suara saya yang merdu ini. Owwhh..Tutup telinga plz.

Dan sebenarnya ia terjadi sudah hampir dua bulan.Maksud saya start bulan September. Cuma masa tu kadang-kadang jer terjadi. Dua minggu sekali kot. Tapi bulan lepas sangat amat sungguh kerap. Erghhhhh!

Dan kalau nak ok tiba-tiba jer ok. Bagi salam pun tidak. Bila ok terus saya dengan gila excited tanya si penalipon "Awak dengar ke suara saya?dengar ke?" ulang sampai empat kali. macam budak Empat taun baru dapat pegang henpon.

Dan bayangkan bila saya dapat panggilan no rumah atau pejabat tiba-tiba dengar jer encik tu duk hello-hello-hello dan saya juga sedangkan mereka tidak mendengar suara saya. Mana lah tau encik yang col itu dari peraduan teka-silang-kata. Melepaslah saya hadiah yang lumayan. Dah dah. Mengarut lagi.

Tapi ini betul. Saya sedih sangat. Dan saat paling sedih bila dua jam yang lalu bila En.Beliau call...

"Tak dengar apa-apa pun. Senyap jer. Tapi takpelah saya tak dapat dengar suara awak, asalkan awak dapat dengar suara saya. Ok. Saya baru balik Jumaat. Nak sambung kerja balik. Tet.Tet.Tet."

Waaaa....Sedihnya. Kenapa awak buat saya macam nie henpon. Dah la next week start kuliah. Amat penting henpon yang tak rosak untuk berkomunikasi dengan pelajar-pelajar kesayangan.

Jadi setelah awak buat saya begini..Perlukah saya cari pengganti untuk awak??

Dengan inikah????

Atau inikah????

Atau ini saja?????

Owwh tidak. Tak mungkin. Saya teramat sayang kan awak. Pertama kerana awak dihadiahkan oleh En.Beliau. Kedua kerana En.Beliau hadiahkan awak supaya sama dengan awak kepunyaan En.Beliau. Jadi kalau saya ganti awak kena ganti juga awak kepunyaan En.Beliau..Errr..Boleh ke macam tu?? Juga kerana gambar yang awak hasilkan sangat cantik dan selalu dipuji kawan-kawan opis saya (jaga-jaga awak, jangan riak) juga awak ada WIFI jadi saya tak bosan boleh berinternet via mobile tanpa buka laptop. Jadi awak tahu kan saya amat membutuhkan awak (cakap indon lagi).


ok. Akhir kata semoga awak kembali pulih esok hari. Saya nak pergi Indon kejap..=)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...