Para Pengikut..

Sunday 28 November 2010

Sajak untuk awak (side B)

Syukur sangat saya berada dalam hati awak
Walaupun kita sangat kontra
Sangat yang amat.

Awak sangat penyabar dengan kerenah saya
Juga yang selalu mengalah dalam semua hal
Juga tak pernah besar-besarkan perkara remeh
Juga tak pernah berkira dalam semua hal.

Ia.
Semuanya sangat kontra berbanding saya.

Bila fikirkan rasa malu dengan awak
Awak patut dapat yang lebih baik dari saya
Tapi saya tak mahu
Saya nak awak dapatkan saya jugak (pang!)

Jadi saya akan sentiasa berusaha
Untuk senangtiasa menjadi kegembiraan awak.

Terima kasih singgah di hati saya
Jangan cuba untuk keluar yer.

(<->)-->taip entri sambil tutup mata kerana segan dengan diri sendiri setelah mengepost entri ini. Thee..
Eh, tapi kalau pasal kaler apesal asyik tersama jer??

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...