Para Pengikut..

Monday 13 December 2010

Perlu ke cari baju dinner sampai ke negeri sebelah?

Jumaat dua hari yang lalu kami ke Kelantan. Saya, Long (abang yang paling sulong), Sue (adik yang paling bongsu) juga En.Beliau selaku en.driver kami. Terima kasih encik. Bukan semata-mata mahu cari baju dinner saya eh. Percaya la lagi tajuk entri tuh. Fitnah semata-mata. Kami pergi untuk suatu urusan kekeluargaan disana.. Ceewah.

En.Beliau dari Dungun dalam satu jam jugak la sampai rumah saya. Berehat minum pagi terus bertolak dalam jam 9.30 macam tu la. Cuaca panas. Sampai ke Kelantan pun bertambah panas. Seperti jangkaan sampai ke destinasi jam 12 tengah hari.

Dalam perjalanan tu adalah dua kali jugak saya tanya en.beliau 'Minyak ada lagi ke?'. Dia cakap 'Ada lagi. Tak luak pun lagi'. Biar betul. Saya hanya isi RM30 balik kerja hari Khamis sebelumnya. Agak pelik dan misteri la. Bukan ke minyak naik harga? Bila dah sampai destinasi tu barulah en.beliau bagitau.  Minyak jadi tak luak-luak pasal benda alah yang setongkol itu. Yer. Saya perasan ianya seperti charger. Jadi mula-mula ingat dia cas henfon.Memang kesian dapat awek kuno tak tahu pasal benda alah itu.  Takde la nak tanya lebih detail pasal charger tu. Tiba-tiba teringin nak memiliki jugak. Gila jimat. Tapi en.beliau cakap tu je ada. Tu pun ayah dia yang kasi. Jadi tak perlu la nak berangan nak pakai jugak takpun simpan duit 8-9 rats barulah dapat beli. Heh! Terkedu-menganga mendengar en.beliau cerita pasal benda alah itu.

Kemudian kami mengisi perut yang kelaparan. Terima kasih kedai yang lauk agak sedap. Dengan harga murah. Untuk makan tiga orang dengan lauk penuh pinggan beserta air hanyalah RM15. Woaahh! Mak cik memang pemurah la. Semoga rezeki bertambah murah. Kalau kedai depan opis kami tu sorang pun dah cecah RM7. Maaf kak, terlanjur membuat kenyataan disini.

Eh! eh, sebenarnya memang saya beli baju dinner disini. Tapi kebetulan saja. Pergi kat town PC. Banyak kedai tutup pasal Jumaat kot. Tapi ada satu butik bukak. Terus ajak adik berlari (kental gila) lintas jalan serbu kedai butik tersebut. Setelah terpengaruh dengan akak jurujual saya akhirnya terbeli baju kurung moden tersebut dengan harga tawar-menawar-bodek-membodek RM100 sahaja. Murah kan. Alah. Tak perlu la beli baju dinner nak ikut tema sangat. Bukan naik pentas dapat Anugerah Pekerja Mithali pon. Asalkan baju tersebut boleh pakai lagi next time. Beli baju berkilat silau mata memandang tak kan nak pakai pegi kelas pulak lelain kali. Tak pasal-pasal dorang tanya 'Cik nak g bertunang ke?'

Dah habis agenda kekeluargaan kami berangkat pulang. Tapi hujan mula turun. Macam lagu tu 'kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari' Tapi tak la tengah hari. Pasal kitorang bertolak dah petang. Dalam 4.30 macam tu la. Sampai pertengahan jalan hujan bertambah lebat. Dah separuh perjalanan en.beliau membelok masuk stesen minyak. odw nak balik baru isi minyak. Bagus kan? Terima kasih benda alah.

Hujan sangat lebat. Tiba-tiba en.driver jadi pemandu yang maha sopan. Memandu tak melebihi 65km/j. Orang belakang sila bersabar selagi kami boleh bersabar dengan orang depan.


....dan lebat lagi...

Tak nak buat copyright la. Kalau nak copy-paste untuk assignment 'Hujan lebat di kampung saya' boleh la amik gambar atas sebagai bahan rujukan. Haha.

Kemudian En.driver mengantuk. Mari singgah kedai kopi. Orang sibuk kemas meja yang di landa hujan lebat kami sibuk nak order minuman.


Minum tea panas dalam hujan lebat = Nikmat tak terkata.


Gambar enterprem. Eh, saya perasan la. Kalau naik bas ke tempat jauh masa zaman blaja dulu (sampai sekarang pun) dapat seat-drebar tutup lampu-tarik langsir mesti terus pejam mata tak ingat dunia realiti. Tapi kalau naik kereta saya boleh bertahan tak tidur. Betullah!! (tiba-tiba kagum). Hari tu masa Syapida kawan saya drive ke KL ketika saya menjadi co-pilot tak bertauliah juga saya tak tidur sepanjang perjalanan pergi dan balik. Jadi co-pilot memang tak tido. Jangan tido masa jadi driver suda. Heh!


Akhirnya kami selamat sampai rumah pada jam 7.00 malam. ( Tiba-tiba penutup macam karangan budak tahun 4)

2 comments:

  1. hey...awk tdo lah mase balik...mase tuh saye sudah pecut 100km/h....haha...

    ReplyDelete
  2. ok. Sy tido seminit kmudian tjaga bila k.da pngil sy.hehe.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...