Para Pengikut..

Friday 29 October 2010

S.E.B.A.K di hari Khamis.

Ini kali kedua saya post entri khusus buat awak setelah entri INI.

Hari ni awak betul-betul telah melunaskan janji. Awak betul-betul akan tinggalkan kami. Tempat awak akan kosong esok. Dan saya berharap Kak Ina akan melunaskan janji untuk mengganti tempat itu. Jadi hari Khamis harus makan diluar kerana lepas ini belum tentu setiap minggu dapat makan bersama awak lagi. Terima kasih Syed perkenalkan tempat makan best itu. [ Gambar dalam hp belum transfer setelah usb menghilangkan diri]

Jadi sebelum awak berangkat pulang mari kita bersalam berpelukan kerana lepas ini mungkin kita hanya akan berjmpa di Aidilfitri ( Tak! Ini hanyalah sangkaan meleset. Kita harus menderap selalu okey). Mula-mula kental tak mahu salam lagi nak tunggu sampai kat kereta. Sedangkan Kak Ina awal-awal dah lari jauh-jauh tak mahu dilanggar (teruknya bahasa) kesedihan ( kan Kak Ina). Jadi lepas punggah semua barang-barang club ke MyWhite ( Gile dasat bonet kereta awak. Macam-macam ada. Sempat lagi mengutuk setelah kawan berenti kerja), tibalah saat touching. S.E.B.A.K .

Ouchh.. Dan seperti yang awak kenal inilah saya. Air mata menitis lagi untuk seorang Sumayyah. Saya sayang awak. Dan akan merindui gelak tawa sepanjang berSISE dengan awak.

Okey. Nak publish sudah. Nanti hujan airmata lagi. Semoga saya dan Kak Ina terus 'tabah'. Doakan kami.

p/s: Sumayyah opismate saya sudah berenti kerja. Sekian.

Thursday 28 October 2010

Tentang Masa Lampau (Version 1)

Episod : Mengaji (digayakan seperti citer Doremon)

Wah! Mari mengimbau kenangan masa lampau. Ceh! Masa lampau seolah-olah saya hidup pada zaman T-rex pula. Masa kecil saya mengaji Quran di rumah nenek (sebelah ayah). Dan serius beliau merupakan nenek yang paling saya takut kerana garang. Dan rasanya semua cucu takutkan beliau. Tapi walaupun saya takut saya tetap cucu yang rapat dengan beliau kerana kebanyakan sepupu mengaji tempat lain kerana takutkan beliau. Rumah nenek di kampung sebelah dan zaman saya kecil kiri kanan masih bersemak samun harus melepasi kebun getah, kawasan perkuburan dan rimbunan pokok buluh yang asyik berbunyi menyeramkan juga sebuah banglo terbengkalai dalam pagar di tepi sungai (13PL). Grrr..

Dan antara pengalaman masa kecil yang tak boleh dilupakan adalah ketika negara gempar dengan kanak-kanak diculik dibawa ke negara jiran untuk dijadikan peminta sedekah. Tangan atau kaki dipotong, mata dicungkil untuk menambah belas (errr..adakah kalian pernah dengar? atau mungkin ini khabar angin untuk takutkan kanak-kanak nakal seperti saya)

Suatu hari selepas pulang mengaji saya membonceng abang untuk pulang kerumah. Dan dipertengahan jalan kami bertembung dengan sebuah kereta. Pemandu seorang lelaki dan perempuan disebelahnya berpakaian serba hitam. Kereta mereka tiba-tiba u-turn ke arah kami. Kami (saya dan abang) terjun dari basikal dan heret basikal melalui denai kebun seorang pak cik. Saya dibelakang lari tak terpijak bumi. Sangat takut. Tayar basikal terjatuh dalam lubang, sama-sama angkat basikal dan lari tak pijak bumi lagi. Dan akhirnya kami singgah di rumah kawan tok ki sampai rasa selamat baru balik rumah. Dan selepas peristiwa itu saya bertambah takut untuk pergi mengaji. Tambahan pula bila abang sekolah sesi pagi dan saya sesi petang.

Sekian.


Next Version : 'Banglo usang ditepi sungai'

Saturday 23 October 2010

Jalanraya bukan kau punya sorang!

Apa motif tajuk entri sebegitu emo?

Jadi entri kali ini bukan mahu membebel atau mengutuk sesiapa. Cuma pemerhatian saya dan dari sudut pandangan saya.  Berada di jalan raya bukan semudah bermain game lumba kereta. Terpaksa bersabar dengan kerenah pengguna jalan raya yang lain. Errr..sama juga macam pengguna lain yang mungkin terpaksa bersabar dengan kerenah kita di jalan raya. Jadi mari kita tinjau gelagat kita di jalan raya. (macam nak ajak tinjau ramalan cuaca pulak yer)

1. Sebenarnya untuk pengetahuan kalian signal bertujuan sebagai accesories sahaja. Tidak lebih dari itu penggunaanya. Jadi siapa yang percaya sila angkat tangan dan keluar sana belajar pandu helikopter. Mungkin ini paling mencabar kesabaran. Tambah-tambah yang suka-suka stereng jer nak potong line. Kalau ada budak kecil sebelah mau jer saya buka tingkap suruh dia sound 'Sila beratur, uncle mampu mengubahnya'

2. Encik lori dan bas. Yang berskala lebar. Sila jangan berada sejarak 2cm dengan kenderaan depan kalian yer. Yer saya paham. Anda tinggi tak dapat mengagak jarak selamat. Tapi plz..Kalian sangat mengerunkan tambahan lagi selepas fikiran masih terbayang-bayang kemalangan 1010 itu yang mereka post di FB..owhhh..

3. Jadi berbalik kepada pernyataan 2 diatas (dah macam soalan exam pulak) kalau bas dan lori berada rapat dibelakang pastikan anda dan kenderaan depan jangan terlampau dekat. (errr..rasanya xperlu bagitau pun semua sedia maklum kan)

4. Motosikal (..dan basikal. Beca dikecualikan). Tolongla kalian. Janganla riang-ria berada tengah-tengah jalan. Ketepi la sikit. Gerun bila lori brek mengejut kerana kalian. Sayang nyawa plz.

5. Kalau ada excident (atau kereta rosak..atau majlis bandaran tengah siram bunga tepi jalan) sibuk jer perlahankan kenderaan nak tahu apa terjadi. Hello..ni bukan drama Samarinda. Tu belum shooting Impak Maksima. Kalau tak maunya saya naik bot pergi keja. Ok. ok saya salah. Betul kalian concern. Berjiwa muhibah 1Malaysia. Tapi kalau bawak 20km/j di selekoh sambil menjenguk-jenguk kepala keluar tingkap baik kalian terjun jer tingkap pergi selamatkan mereka yang tercedera. ok. Paham aunty? (err...harap aunty tiada blog)

6. Waaaa..(nangis) dah kalian nampak anak panah punyalah besar menghala ke kanan pasai pa kalian jalan terus pulak. Kalian sesat ke? (cuba berfikiran positif ni) Tak pasal-pasal terbebel. Jangan buat lagi yer. Luruh jantung saya.







Eh..Ada lagi ke? malas dah mahu fikir. Jadi selamat menjadi pemandu berhemah kalian-kalian sekalian. Semoga sentiasa selamat dijalan raya. Jalan raya milik bersama. Pandu cermat jiwa selamat (ceewah. Dah macam iklan raya pulak)

Sunday 17 October 2010

répondez s’il vous plaît (RSVP)

Dah lama saya ternyanyi mengikut rentak lagu ni. Tapi semalam baru saya tahu ia didendangkan oleh Maulana AF. Maaf saya tak pernah ambil tahu. Tapi yang penting melodinya sangat best. Please respond..=)


Kali pertama ku melihat hati sudah rasa terpikat
Bila kau membalas senyuman
Ku berkhayalan…
Kita berdua jatuh cinta
Kau milikku dan ku kau punya
Tapi di dalam realiti belum pasti
Ku pinta kau répondez s’il vous plaît
Jangan biar ku fikir ku bertepuk sebelah tangan
Ku rayu kau répondez s’il vous plaît
Agar dapat berakhir angan yang mengganggu fikiran
Dah tak mampu berselindung lagi
Cinta yang lahir dalam hati
Aku tahu kau juga mahu tetapi malu
Andainya benar katakanlah agar dapat mengorak langkah

Bila ku ketuk pintu hatimu
Izinku masuk
Luahkanlah ku perlu tahu
Luahkanlah isi hatimu










Friday 15 October 2010

INSPIRA

Okey. Sebuah kereta telah dilahirkan lagi yang kata mereka bakal menggantikan WAJA dan semestinya keluaran Proton. Jadi inilah dia rupa wajahnya. Tengok rim unik kan..=)



Ok. Sekarang mari relakskan pandangan mata dengan paparan visual dibawah ini..kereta2 pelik dengan dekorasi dan rekabentuknya. Anda bersedia untuk drive ia ditengah pusat bandar??

Ini kereta alien

Ni pon kereta alien


Ni budak-budak tengok sure dia cari lubang nak masukkan syiling 50sen

Sesuai untuk travel. Tingkat atas tempat ibu memasak.

Ni kategori kereta hantu

Nasib baik asap tak keluar dari mulut naga

Tempat santai

Ok. Sekarang sila masuk laut cepat2.

Koyak rabak

Boleh duk bawah spoiler utk berpayung dr ujan.


Ini dah macam kapal terbang da

Mesin basuh

Cute rite.

Bercucuk tanam pun ok

Tengok macam tak berapa nak gerak jer

Ayam gergasi

Tuesday 12 October 2010

Surat untuk awak.

Sue, ini pertama kali saya tulis surat versi diari digital saya. Khas untuk awak Sue (sila terharu okey). Saya sedih awak dah nak quit. Memang niat awak murni tulus suci nak pergi sambung belajar ikut jejak langkah Kak Da. Tapi saya sedih sebab kurang dah kegilagilaan di opis tanpa awak nanti.

Saya ingat lagi masa mula-mula diperkenalkan awak. Tengok hidung saya dah tahu awak keturunan sharifah. Tepat tekaan saya. Dan saya ragu ‘boleh kamcing ke ngan dia nie’ (dialog saya la) pasal sebelum nie dari sekolah tadika sampai masuk u saya tak pernah rapat dengan kawan berketurunan seripah.

Saya ingat lagi masa mula-mula masuk saya pendiam jer. Berlagak skema la konon. Tapi lama kelamaan bila dah kamcing dengan awak dan Kak Da terus saya rasa saya dah ‘huha-huha’( google la untuk tahu maksudnya).

Awak ingat tak lagi masa pergi dinner tahun lepas. Kagum saya tengok mama awak jahitkan riben untuk awak. Dan kenangan dinner ada yang grrrrramm untuk diingat. Macam mana kita tidur berempat di atas katil single. Nasi baik kita kecil comey kan. Kesian awak tak dapat tidur sedangkan saya lena kepenatan.

Sue lepas nie kalau saya tersesat dalam Terengganu saya terus akan teringatkan awak. Jadi awak jangan risau okey. Lagi awak ingat tak kita keluar berdua dan saya berlagak tahu semua jalan dengan konpiden suruh awak masuk simpang kanan. Rupanya itu jalan sehala. Tup2 ada kereta bagi hadiah lampu tinggi. Kurang asam jawa punya kereta. Dia tak tahu ke awak dan saya lost bab-bab jalan nie.

Awak pun patut tahu pengalaman pertama saya makan di Chicken Rice Shop adalah dengan awak. Terima kasih perkenalkan saya tempat makan best itu. Dan tempat wajib kita adalah fast food. Pizza,McD,KFC..kalaulah kita dapat claim semula gov tax tu tentu banyak duit kita kan Sue.

Yang tak boleh saya lupa jugak baru-baru nie bila kita jeles tengok Kak Amy pakai pashmina. Terus kita interview lokasi tempat dia beli itu selendang. Dan sehari sebelum cuti raya kita curi2 keluar nak pergi beli kan. Tapi frust sangat bila pusing-pusing tak jumpa pun dengan selendang. Tulah buat kerja jahat lagi. Rupanya kita salah lokasi. Dan lokasi sebetulnya belum buka lagi jam itu. Frust sangat kita kan. Dan petangnya awak teman saya pegi bank bayar downpayment keta. Time kaseh sekali lagi awak. Tibe-tibe je odw nak balik kita buat keputusan mengejut untuk mencuba nasib lagi untuk beli itu pashmina. Sangat kental kita kan. Dan atas kekentalan kita akhirnya kita berjaya menemukan. Tahniah buat kita. Maafkan saya Sue tak tag gambar teknik-teknik pemakaian pashmina seperti dijanjikan. Tapi saya dah buat bengkel cara-cara pakaikan selendang tu kan. Jadi saya dah tak hutang awak lagi sue.

Sue awak banyak tolong saya Sue. Saya salute awak kental. Harap saya dapat bertukar jadi kental macam awak. (Errrr..kecuali bab mengenal jalan). Sue saya nak buat awak sedey lagi ni. Lepas Kak Da quit saya tak sedey sangat sebab ada awak dan Kak Ina. Nanti bila awak pula quit tentu sangat bosan kami menempuh hari-hari mendatang (ayat bunga belajar dengan cikgu bahasa). Macam mana nak bergumbira dinner nanti tanpa kalian. Harap kali nie Faizal Tahir jadi artis jemputan biar padan muka awak nak sangat quit. Huhu. Siapa lagi nak ajar saya sebagai cikgu tekno.huhu. Siapa lagi nak mencongak-congak budjet untuk program. Huhu lagi. Siapa lagi nak backup saya bila gaduh dengan penghayun buaian cinta. Lagi siapa nak habiskan daging sup kalau 'pakwe' saya bagi extra. Nampaknya Kak Ina lah yang kena habiskan.

Ohh..Ada lagi Sue. Saya mintak maaf. Sangat-sangat maaf. Saya tahu awak kecik hati kan. Bila saya jadi seorang yang tersangat pelupa. Kerap pula tu. Maafkan saya untuk segala kejadian yang disebabkan sikap pelupa saya. Yang pasti saya yakin saya tak kan lupakan awak sebagai seorang sahabat suka duka.

Dah la sue. Saya sedey sangat. Semoga awak Berjaya mendapat segulung master. Bye.

Lepas ni kami tentu akan sentiasa merindui puding buatan awak yang lazat berkrim disukai ramai.

Wednesday 6 October 2010

ASMARA..

Sekarang musim drama-drama besh di tv3. Mari kita bermula dengan ASMARA. Jarang sangat saya mengadap kotak berpetak (tv) untuk tonton buliten utama semata-mata mencup siaran tv3 supaya dapat terpaku tonton ASMARA jam 9.00 pm setiap Selasa. Selalunya hanya dengar berita dari dalam bilik.(pemalasnya..thee) Ok! Jadi mari bertukar kepada kekasih yang setia kepada tvnya bila time iklan pun tak nak pegi dapur hantar gelas tea o yang sudah kosong takut terlepas satu saat. Kalau Asmara tahu mesti dia kagum. =D

Mungkin segala pasal cerita ini banyak yang menjadi minat saya. Daripada penerbit yang saya kagumi dalam membikin drama-drama cintun (Suhan Movies) kemudian digarap (betul ke bahasa ni) atau diperah idea oleh Sharifah Abu Salem juga yang saya kagum dengan pengolahan buku dan skripnya. Seterusnya kepada lagu tema yang suaranya membuat saya terbuai-buai 6ixth Sense-Menyesal. (Menyesal kalau kalian tak tonton drama ni). Juga kepada pelakon-pelakonnya terutamanya Asmara yang hensem dan berbakat.

Credit to cik gooooogle..
 Drama ni mengisahkan Asmara yang terpaksa menjadi pak turut bagi Zalia yang termengandung gara-gara kekasihnya. Disebabkan Asmara nie kampung boy yang dibesarkan oleh neneknya dan Zalia budak bandar yang kaya raya maka sangatlah kontra perilaku mereka. Jadi sekarang masih diepisod Zalia yang tetap angkuh dengan suaminya. Dan sudah lazimnya tentu bunga di kebun hati akan kembang tidak lama lagi. Ceewah berpujangga saya. Jadi mari sama-sama tonton drama ini sambil minum tea o panas..=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...