Para Pengikut..

Friday, 31 December 2010

Dah lapuk basi lemau..pun nak post jugak!

Ish. Malunya nak post entri nie. Dah la lapuk, basi pulak tu. Tak nak lah story apa-apa. Tengok gambar je la. Boleh?











Done!

Cis, pemalas punya olang..




Sunday, 26 December 2010

CONTEST 'candid itu cun laa..!'


*Mari raikan 'Hari Rajin Sedunia' dengan menyertai contest.


Mari serbu ramai-ramai. Tarikh luput pada :
10th January 2011


Gambar candid itu cun laa..! yang menjadi taruhan saya seperti bawah.

Inilah dia pengembala kambing termuda abad ini. Cun kan kambing tu. awww.

Saya mau tag :

Saturday, 25 December 2010

bila hati rasa tawar.

Publish via mobile. Entri sepatah dua dan tiada gambar. Harap maklum.

Korang pernah tak rasa dahaga amat, singgah kedai makan order tea o ais. Pastu berangan tea o ais yang diorder sedap dan sejuk mengalir kat tekak.

Tiba-tiba sampai air td, minum seteguk, takde rasa apa. Tawar. Tak rasa tea, tak rasa gula. Rasa ais je. Mesti rasa nak siram je mamat order tadi kan. Takpun pegi dapur sound sebijik ' korang tak gheti buat air tea ke?'

Macam tu la apa yg saya rasa. Maksudnya bukan tea o ais yg diorder tawar. Tapi hati sy yang tawar. Tawar macam tea o tak bergula. Kan tak best langsung. Heh!

Nak marking paper takde rasa, nak main game hp yg sy addict 2 pun tiada rasa. Tawar jer hari ni.. Eh? Putus cintakah?

P/S: Sesiapa boleh tak tolong belikan sy sekilo gula untuk hati?

Friday, 24 December 2010

Status FB korang untuk setahun.

Wah. Dah nak masuk tahun ke seterusnya la. Cepat masa berlalu kan. Bukak fb tengok ada application untuk tgk balik status kita yang sudah-sudah. Terus like. Best jugak bace balik. Macam-macam cerita wujud disebalik status. Korang try la. Klik url bawah.




Awal tahun setiap weekend selama sebulan kena pergi training kat PTPL Kota Bharu.
 
Nenek saya meninggal.

Anem hadiahkan saya buku Jangan Bersedih dan kad yang sungguh mengharukan sempena besday saya.

Kem Jati Diri di Agro Resort.

Dengan selamba badak saya tersepak laptop jatuh gedebuk dari katil.

Paiz yang sentiasa buat saya tergelak dengan keletahnya.

Bawak student ke Studio Beuty Connection, Kuantan.

Melawat pusara nenda tanggal 2 Syawal.

Syapida n Supiyah tiada. Kami kebosanan amat.

Kenduri x-schoolmate, kak long.

Addict men game hp.

Belikan sy sekilo gula untuk hati.
31 keping gambar kau. Penat nak upload semua. Ni antara yang terkandung status yang memberi setahun kenangan. Ceewah. Seronok jugak sebenarnya baca balik status-status tu. Hee..: D

Giveaway Separuh Jiwang


Rajin betul saya hari ni (apa kes puji diri sendiri?). Yela bangun pagi-pagi terus blogwalking. Nak jogging kat padang takdela serajin itu. Jadi mari jogging dlm blog suda. Heh! terjumpa pulak GA. Tetiba terrajin pulak nak join. Nie 1st time join GA. Hadiaah tajaan wooo. Mari jon beramai-ramai. *Err..maksud saya JOIN bukan jon.




Tarikh tutup GA ni 31 Januari 2010. Sempat lagi la korang nak join. Pergi la terjah cepat-cepat.

Jadi saya mau tag 3 blogger comey ini. 

Thursday, 23 December 2010

Touch N Go at SOGO

Boleh tak nak publish gambar dulu. Pastu bila tulang dah ringan baru nak story. Hee.

*Tulang dah ringan dah. Mari story panjang lebar.*

Jadi setelah bertolak pada jam 10pm kami selamat sampai KL dalam jam 6am. Menginap di Hotel Sima seperti tahun lepas juga. Check in je, kemas-kemas baju skit, rehat-rehat terus iron baju. Nasib baik Kak Siti comey bawak iron. Dapatla kami berebut-rebut iron yang satu itu. Terus iron baju dinner supaya tak kalut sangat balik menderap nanti. Janji untuk keluar 9.30am. Jadi nak tidur takut terlajak pula. Baring-baring jer la. Tapi last-last terlelap juga barang setengah jam. Owhh. Bawah nie hotel kami menginap. Berbaloi la dengan bayaran.

Ni sambil tunggu kengkawan lain. Mari snap gambar enterprem.=D

Teruja di SOGO. Sales gilak. Dah nama pun YES. Memang konpem YES la duit ku melayang. Mari kita shopping kasut Sis Ina dulu.  tengok saya punyalah garang. Macam maksa Sis Ina beli itu kasut. Tapi seyes chantek. Jeles i tau. Dah la kaler kecintaan i..

Haa..Tengok! Punyalah teruja dapat yang baru. Terus dipakainya. Yang lama simpan dalam kotak.

Nak try jugak la. Berlagak macam mahu beli. Tapi akhirnya letak balik kat ruang display tuh. Kasut pegi kerja semua dah buruk. En.Beliau tolong belikan soploh pasang boley? Tengok! rileks jer saya pakai sandal merah tu. Senang skit kalo tersesat, dari jauh kawan-kawan dah dapat detect saya. Haha.

Nie bukan enterprem. Ini betul-betul candid. Khusyuk sangat duk sembang ngan Kak Siti pasal ape ntah. Dah henfon duk tangan Cik Yati. Habis di snapnya. Err..rasanya mata saya takla sebulat tu. Hee.

Naik kat bahagian pakaian lelaki pulak. Mari beli baju untuk en.Beliau masing-masing.

Finally..jumpa jugak tempat untuk mengeringkan wallet. Hbeg itu harganya cuma RM68 setelah mengalami sales yang gilak runtuh. I like! Boleh pakai pegi dinner pastu guna pulak untuk agenda lain.

Baiklah. perlu ke bergambar dengan pokok yang serabut dengan macam-macam aksesori itu.

Dah habis jelajah SOGO terus bergegas lintas jalan ke Jalan Tar. Terbeli la jugak selendang, anak tudung, kerongsang dan apentah lagi. Setelah dihitung kira dalam dua ratus jugak duit keluar. Tak bergambar sangat kat Jalan Tar. Coz masa tu dah ramai orang, bersesak-sesak dengan kereta-van penjual lagi . Naik balik SOGO untuk makan-makan kat food court sana. Mee sup tak best langsung. Terima kasih.

Kami pulang ke hotel dengan cab. Jam 3.30 sampai hotel. Berehat-rehat, kemas-kemas barang semua. Kul 6.30 bertolak ke PWTC untuk dinner. Wait for the next entry..=D
-end-

Monday, 20 December 2010

Bersama Teman yang Mesra menerjah Kampung Mempelam yang tidak wujud sama sekali.

Ini kisah sorang kawan karib. Bukan boyfriend karib!

Nak dijadikan cerita saya yang suka berjalan-jalan-menderap-bersiar-siar-makan-angin ikut la sorang teman yang mesra ni untuk menziarah keluarga kawan beliau yang kampungnya boleh dikatakan agak terpencil la. Ni kira rancangan terjah menerjah la. Pasalnya tak bagitahu pun mereka akan kepergian kami. Kawan saya ni pulak katanya baru sekali menziarah rumah kawan beliau tu. Itupun malam. Jadi dia ingat-ingat lupa la peta ke kampung tu . Cuma panduan yang masih diingat kawan beliau cakap itu hari 'lepas signboard Kampung Mempelam nie masuk la simpang kiri'.

Jadi dengan kentalnya kami menerjah. Dah la bawak saya yang memang 'pakar' selok belok jalan raya. Heh! Jadi sebagai co-pilot saya duk membulat mata besar-besar tengok signboard. Jauh jugak rupanya Kampung Mempelam nie. Nak jumpa Kampung Mempelam tu macam-macam kampung kami redahi (ceewah). Yang asal Terengganu kalau korang tak tahu wujudnya Kampung Tok Imam Lapar sila pindah duk negeri sebelah. Tak percaya?? Serius la saya bagitahu nie.

Flashback :
Alkisah pada zaman dulu-dulu ketika signboard belum tercipta, adalah sorang Tok Imam menetap di sebuah surau kerana tiada rumah untuk menetap. Jadi orang kampung selalu la bawak makanan sebagai menghargai jasa beliau jadi imam surau tersebut. Tambahan pula beliau sering kelaparan kerana tak mampu nak beli makanan. Jadi suatu hari raja mahu besarkan surau untuk dijadikan masjid bagi penduduk kampung yang dah melebihi syarat untuk solat Jumaat. Maka raja pun tanya la sorang penduduk kampung. 'Surau kampung mana yang nak dibesarkan?' Maka penduduk kampung tu menjawab 'Surau kampung tok imam lapar'. Selepas kejadian tu kekal la nama kampung tersebut hingga sekarang.

HAHAA..
Jangan percaya! saya reka saja. Mana lah saya tahu asal usul Kampung Tok Imam Lapar. Saya bukan Pegawai Kaji Selidik Nama Kampung. Errr. Wujud ke pekerjaan ni?

Kemudian jumpa pula Kampung Nasi Dingin. Korang ingat suhu dan cuaca jer ke dingin. Kalau bangun pagi bukak periuk nasi tengok ada lagi nasi malam tadi punya.. Ha tulah dipanggil nasi dingin. Jadi saya dan kawan yang mesra pun membuat kesimpulan 'Tok imam lapar tadi pergi ke kampung nasi dingin untuk makan nasi dingin. Ok. Baiklah. Sempat lagi melawak dengan nama kampung orang lain. Macam-macam lagi la nama kampung yang ada. Tak larat dah nak jadi Pegawai Kaji Selidik Nama Kampung.

Rasanya dah satu jam kami atas jalan sampai sudah tak jumpa jugak nama Kampung Mempelam. Macam-macam gosip dah keluar sampai akhirnya kami nampak signboard Kuala Berang. Waaaa.. Sah memang terlajak!! (Sombong!Cakap je la S.E.S.A.T) Yer. Kami sesat sebenarnya.

Jadi teman yang mesra membuat pusing U mengejut.

Saya dah pasrah kalau tak jumpa jugak Kampung Mempelam nak balik tido la jawabnya. Tapi kawan yang mesra tetap tak nak mengalah. Akhirnya kami jumpa satu signboard tertulis Kampung Pelam. Haha. Sila gelak kuat-kuat. Bukan mempelam tapi pelam. Kampung Pelam.

Punyalah mencabar jalan raya. Macam main game lumba keta dalam hp bila terpaksa mengelak 'kek' atas jalan raya. Korang paham ke? Banyak pulak sekawan lembu-lembu lenggang-lenggok beratur tepi jalan raya. Tak tahu nak g mana mereka ni semua. Dah paham 'kek' apa kan? Tak paham jugak korang pergi la redah cari Kampung Pelam sana.

Sampai jugak di rumah kawan beliau. Borak-sembang lepas tu balik. Kawan yang mesra mengidam spaggeti pulak. Ikut jela beliau pegi makan kat pizza sana. Bukan kat Kampung Pelam. Sana takde kedai bakery apatah lagi pizza.
Yer. Inilah dia teman yang mesra saya.


Bukan! Itu hanyalah makanan kegemaran beliau. Beliau bukan suka saya enterprem gambo beliau. Huh! Bajet hot la tuh. Hehe. YUSNANI. Saya mula kenal beliau masa form one. Masa tu kami kelas yang sama. Sampai sekarang masih mesra. Kalau nak tahu semua rahsia pasal saya korek la dari beliau. Tupun kalau anda bagi soploh ribu baru beliau cerita.
HAHAA.
Seingat saya start dari form one sampai hari ini kami tak pernah sekalipun bermasam muka, merajuk berkecil hati, berebut pakwe jauh sekali. Mungkin itulah yang menyebabkan persahabatan kami sangat akrab. Sama-sama kongsi masalah. Sama-sama simpan masalah tanpa heboh pada orang lain. Sama-sama suka jalan-jalan. Sama-sama suka window shopping. Dan yang paling penting kami berkongsi tarikh lahir yang sama iaitu 19 Januari. Jadi sila bulatkan pada kalendar masing-masing. Yeay!! --> Adalah motif taip sepanjang lebar di atas semata-mata mahu bagitahu tarikh lahir??

Wednesday, 15 December 2010

Saya sedang sawan. Korang pernah ke?

Pernah tak? Tak pernah kan.

Sawan dengar lagu ni. Best gila (kalau jadi artis terus kena banned guna istilah 'gila'). Dahla saya memang tergila-gilakan dia. Dengar suara dia terus sawan. Sabar je la. Sabtu lepas tengok dia nyanyi lagu ni. Berlari keluar bilik ok. Tu tengok dari kaca tv je. Kalau live mesti ternganga mulut luas-luas.

Kalau nak sawan jugak dengar lagu ni..=)

KITA SATU - SPIDER

Seringku bertanyakan
Dimanakah hatimu sayang
Kian lama ku simpan
Bersarang cinta dalam diam
Sampai bila harusku pendam
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan

Korus
Kita telah ditakdir bersama
Teman hidup di dunia
Malam siang kita jadi satu
Kerana engkau adalah milikku

Pegang tanganku seeratnya
Dunia ini berputar ligat
Mengapa harus ada sesal
Andainya tersungkur tetap bersama

Sampai bila harus ku pendam
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan .. oh ..
Satu….. wooooo..
Kita telah ditakdir bersama
Kerana engkau adalah milikku
Kerana engkau adalah milikku

~oh! macam mana la saya tak sawan tengok yang berbaju putih itu~
Dulu suka sangat dengar lagu KEKAL. Masa tengok muvie Gosok kan ada satu scene yang Tam nyanyi lagu KEKAL tuh. Sawan terus.


~Alamak, blur la pulak~


KEKAL
Tidak percaya
Dan pernah aku menduga
Kasih terpisah
Dalam sekelip mata

Sukar untuk dimengerti
Berat untuk difahami
Mengapa mawarku berduri

Kau pelangi mengiringi gerimisku
Kau.. kau di dalam hatiku
Kau dalam ingatan
Kau sebagai kasihku
Kekal sepanjang zaman

Kira kau dan aku
Satu hari nanti
Akan bersatu

Biar terbakar jiwa di perjalanan
Ku bersumpah
Akan pulang ke pangkuan

Kau cahaya menyinari duniaku
Kau kekal di dalam hatiku

Kau dalam ingatan
Kau sebagai kasihku
Kekal sepanjang zaman
Kira kau dan aku
Satu hari nanti
Akan bersatu ( 2X )

ok. nak pegi sawan dengar lagu nie repeat banyak2 kali. Bye.

Monday, 13 December 2010

Perlu ke cari baju dinner sampai ke negeri sebelah?

Jumaat dua hari yang lalu kami ke Kelantan. Saya, Long (abang yang paling sulong), Sue (adik yang paling bongsu) juga En.Beliau selaku en.driver kami. Terima kasih encik. Bukan semata-mata mahu cari baju dinner saya eh. Percaya la lagi tajuk entri tuh. Fitnah semata-mata. Kami pergi untuk suatu urusan kekeluargaan disana.. Ceewah.

En.Beliau dari Dungun dalam satu jam jugak la sampai rumah saya. Berehat minum pagi terus bertolak dalam jam 9.30 macam tu la. Cuaca panas. Sampai ke Kelantan pun bertambah panas. Seperti jangkaan sampai ke destinasi jam 12 tengah hari.

Dalam perjalanan tu adalah dua kali jugak saya tanya en.beliau 'Minyak ada lagi ke?'. Dia cakap 'Ada lagi. Tak luak pun lagi'. Biar betul. Saya hanya isi RM30 balik kerja hari Khamis sebelumnya. Agak pelik dan misteri la. Bukan ke minyak naik harga? Bila dah sampai destinasi tu barulah en.beliau bagitau.  Minyak jadi tak luak-luak pasal benda alah yang setongkol itu. Yer. Saya perasan ianya seperti charger. Jadi mula-mula ingat dia cas henfon.Memang kesian dapat awek kuno tak tahu pasal benda alah itu.  Takde la nak tanya lebih detail pasal charger tu. Tiba-tiba teringin nak memiliki jugak. Gila jimat. Tapi en.beliau cakap tu je ada. Tu pun ayah dia yang kasi. Jadi tak perlu la nak berangan nak pakai jugak takpun simpan duit 8-9 rats barulah dapat beli. Heh! Terkedu-menganga mendengar en.beliau cerita pasal benda alah itu.

Kemudian kami mengisi perut yang kelaparan. Terima kasih kedai yang lauk agak sedap. Dengan harga murah. Untuk makan tiga orang dengan lauk penuh pinggan beserta air hanyalah RM15. Woaahh! Mak cik memang pemurah la. Semoga rezeki bertambah murah. Kalau kedai depan opis kami tu sorang pun dah cecah RM7. Maaf kak, terlanjur membuat kenyataan disini.

Eh! eh, sebenarnya memang saya beli baju dinner disini. Tapi kebetulan saja. Pergi kat town PC. Banyak kedai tutup pasal Jumaat kot. Tapi ada satu butik bukak. Terus ajak adik berlari (kental gila) lintas jalan serbu kedai butik tersebut. Setelah terpengaruh dengan akak jurujual saya akhirnya terbeli baju kurung moden tersebut dengan harga tawar-menawar-bodek-membodek RM100 sahaja. Murah kan. Alah. Tak perlu la beli baju dinner nak ikut tema sangat. Bukan naik pentas dapat Anugerah Pekerja Mithali pon. Asalkan baju tersebut boleh pakai lagi next time. Beli baju berkilat silau mata memandang tak kan nak pakai pegi kelas pulak lelain kali. Tak pasal-pasal dorang tanya 'Cik nak g bertunang ke?'

Dah habis agenda kekeluargaan kami berangkat pulang. Tapi hujan mula turun. Macam lagu tu 'kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari' Tapi tak la tengah hari. Pasal kitorang bertolak dah petang. Dalam 4.30 macam tu la. Sampai pertengahan jalan hujan bertambah lebat. Dah separuh perjalanan en.beliau membelok masuk stesen minyak. odw nak balik baru isi minyak. Bagus kan? Terima kasih benda alah.

Hujan sangat lebat. Tiba-tiba en.driver jadi pemandu yang maha sopan. Memandu tak melebihi 65km/j. Orang belakang sila bersabar selagi kami boleh bersabar dengan orang depan.


....dan lebat lagi...

Tak nak buat copyright la. Kalau nak copy-paste untuk assignment 'Hujan lebat di kampung saya' boleh la amik gambar atas sebagai bahan rujukan. Haha.

Kemudian En.driver mengantuk. Mari singgah kedai kopi. Orang sibuk kemas meja yang di landa hujan lebat kami sibuk nak order minuman.


Minum tea panas dalam hujan lebat = Nikmat tak terkata.


Gambar enterprem. Eh, saya perasan la. Kalau naik bas ke tempat jauh masa zaman blaja dulu (sampai sekarang pun) dapat seat-drebar tutup lampu-tarik langsir mesti terus pejam mata tak ingat dunia realiti. Tapi kalau naik kereta saya boleh bertahan tak tidur. Betullah!! (tiba-tiba kagum). Hari tu masa Syapida kawan saya drive ke KL ketika saya menjadi co-pilot tak bertauliah juga saya tak tidur sepanjang perjalanan pergi dan balik. Jadi co-pilot memang tak tido. Jangan tido masa jadi driver suda. Heh!


Akhirnya kami selamat sampai rumah pada jam 7.00 malam. ( Tiba-tiba penutup macam karangan budak tahun 4)

Sunday, 12 December 2010

Henfon adalah kekasih ke-2.

Jadi mungkin ini last entri sebelum entri seterusnya selepas seminggu atau dua minggu akan datang. Adakah?

Heh! Bold dan underline skit statement atas tu. Mentang-mentang dah ada kelonggaran sikit terus berblog yer.

Hari ni sila kesian kat saya. Saya tertinggal kekasih kedua dirumah (kekasih pertama tertinggal dalam hati. Ceewah). Yer. Kenapa hari ini begitu terasa hidup macam tak stabil jer. Inilah 1st time tertinggal kekasih kedua dirumah. Terus haru biru nak cal student, mentee.. Nasib baik balik rumah, cek hp takde panggilan penting.

P/S : Pengajaran untuk hari ini jangan last minute nak g opis baru nak cas henpon!

Friday, 10 December 2010

Lirik Lagu Kurnia - Mizz Nina ft Noh Hujan

Dengarkanlah lagu dulu
Tinggalkanmu itu menunggu
Jangan biarkan hati
Dikunci oleh rasa benci

Resah yang tiada henti
Bila kau melangkah pergi
Apakah yang harus ku lakukan
Untuk merubah hatimu
Kurnia bagaikan khayalan
Takkan ku lepas walaupun apa yang mendatang
Kurnia bagaikan khayalan
Ku takkan lepas walau hanya khayalan

Senyumanmu igauanku
Tiada yang setandingmu
Suara yang bermain
Memanggil-manggil namaku

Pintaku cuma jangan pergi
Tak bisa berasingan jauh oh darimu

Bilakah oh nanti akan pergi
Berlari biarkan pergi
Buat selamanya biar kita berdua disinari
Oh mentari oh mentari


~kurnia~

Wednesday, 8 December 2010

Nak pengsan untuk seminggu atau dua boleh??

Assalamualaikum..salam sejahtera..salam 1Malaysia (Sambil angkat tangan tunjuk isyarat 1Malaysia).

Minggu depan merupakan minggu sibuk saya. Tipu. Bukan hanya saya. Tapi ramai lagi orang di luar sana yang seribu sibuk nak dibandingkan saya.

15 & 16 hb - Ni ada audit. Jadi harus settlekan semua dokumen pada 12 hb. Sedangkan masih banyak yang rongak. Rongak tahu? Macam gigi. Bila rongak terus nampak macam tak siap.

17 hb - Malam jam 10pm bertolak ke KL. Kuala Lumpur..aku cabar kau!!Tiba-tiba jadi Rosyam Nor dalam KL Menjerit. Heh! Baju dinner belum beli lagi woiiii!!

18 hb - Dinner di PWTC. Lepas dinner terus bertolak balik Terengganu.

Bermula 20hb - Bermula exam mid term. Arghhhh!!silibus belum habis lagi. Harap sempat habiskan minggu depan.


Jadi mungkin ini last entri sebelum entri seterusnya selepas seminggu atau dua minggu akan datang. Adakah?

P/S : Nak pengsan untuk seminggu atau dua. Bila terbangun pura-pura tanya 'Alamak hari ni berapa haribulan? saya dah terlepas tarikh penting. Arghhhh!!!' Sedangkan dalam hari bersorak riang. Pang sebijik!! untuk hadiah berangan..

Tuesday, 7 December 2010

Cuba teka sapa nie..

Mengantuk siapkan soalan. Mari publish entri suka-suka hati.

Dua hari lepas saya dapat picture msg dari seorang student a.k.a mantee saya. Yang selalu panggil saya mummy. Muda benau nak bergelar seorang mummy. Hep! Dengan caption seperti tajuk entri saya ingatkan dia mahu perkenalkan awek beliau sedangkan saya sudah sedia kenal bakal menantu itu.

Terkezut tengok gambar yg di send. Bukan gambar pelik pun. Bukan jugak gambar larangan apetah lagi gambar seram.

Terus saya reply msg beliau :

Haha. Dari mana awak dpt neh.
Masa gala dinner dulu. Da lama da sy simpan. Hehe.
Ada lg eh. Stahun dh. Hee..
Ngee. Sy suke gmbr tu..

Baiklah. Pasrah jer dia suka gambo gedix tu. Yah! Mari kita saksikan gambar yang menjadi kesukaan itu. Adeh!
.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

[saja nak korang scrollllllllllll lama-lama]

.

.

.

.

.

.

.

.Tadaaa.....



Haha. Mari meluat bersama-sama. Saya pun tak sedar bila gambar nie dipaparazikan. Ni setelah habis acara dinner tunggu orang datang ambil pastu nampak student duk berebut belek-belek spek sapa ntah itu. Jadi mari pakai spek malam-malam hari supaya orang cakap kau sakit mata. Hehe..

Suda habis entri gedix. Mahu sambung siapkan soalan. Caiyok2 untuk diri sendiri.


Tutorial Photoshop : Gambar kasi cun skit berbanding asal.

Nie 1st time saya kongsi ini tutorial. Editing pics menggunakan software Adobe Photoshop. Kali ni kita nak edit gambar yang ada objek fokus ditengah. Kiranya editing ini sesuai untuk gambo yang ala-ala macam tu la. Nak ajar edit yang bombastik saya tak reti. Jadi kita edit simple aje eh.

[Double click untuk gambar lebih terang jelas]
Mula-mula korang open la gambar yang nak edit tu. Godek-godek mana yang berkenan mana yang sesuai.


Ha. Dah jumpa. Terliur plak tengok jus watermelon neh. Korang akan perasan dekat bawah kanan tu keluar layer yang tulis Background. Ada kan.

Jadi kat layer Background tu korang Double klik hingga keluar palet (box) tu, tak yah ubah apa-apa setting, korang klik je ok. Ni untuk memudahkan kerja korang edit-mengedit.

Hah? Tak jumpa kat mana? Ni la saya tengah mengajar korang duk main msg. Tu FB la tu. Mentang-mentang hp canggih main update status FB guna hp yer. Tengok betul-betul gambar bawah nie. Bukak anak mata luas-luas. Jangan kasi terkeluar pulak anak mata tu.

Tengok besar anak panah hijau tu. Kat situ la korang double klik hingga keluar kotak kat tengah tu. Pastu korang klik jer ok. Dah. Pandai pun.

Ok. Pastu korang klik kat anak panah hijau tu. Tu untuk create a new layer. Nampak tak atas layer Background tu ada Layer 1.

Kemudian korang pilih icon Paint Bucket. Yang iconnya macam tin cat nak tumpah tu atau tekan G kat keyboard. Yang saya dah panahkan hijau itu. Kemudian pilih kaler hitam. Kaler tengok kat icon yang paling bawah yang ada kotak berwarna tu. Lepas tu tanpa segan silu korang klik la tengah-tengah document tu. Tengok! Terus bertukar kaler hitam. Jadi jangan takut yer. Laptop korang belum rosak lagi..

Kemudian korang klik kat icon sebelah kiri yang bernama Rectangular Marquee Tool atau nak jimat masa korang klik je M kat keyboard tu. Kat atas tu korang akan perasan ada tulis Feather. Ubah jadikan 80px. Seterusnya korang klik sambil drag cik tikus mengikut ruang atau saiz pilihan korang pada dokumen tu. Bergantung pada gambar la.

Dah dapat ruang pilihan tu korang klik Delete pada keyboard. Kemudian dekat layer tadi yang ada tulis Opacity, korang ubah la berapa pun mengikut kesesuaian dan tahap kecomelan gambar korang.

Haa tengok gambar atas tu..nampak tak garis putus-putus tu. Tulah kawasan yang dah korang pilih dan delete. Disebabkan Feather tadi la rectangular tu berubah. Paham tak nie korang? Saya anggap korang paham la yer.
Dah siap. Ni hasil akhir yang jadi. Saya ubah Opacity sebanyak 70 %. Nampak tak di keliling gambar tu dah jadik gelap sikit. Jadi gambar korang tak la nampak flat sangat.


Yang bawah ni pun menggunakan style editing yang sama.

[Gambar asal]

[Setelah edit-mengedit]

Ok. Semudah mengeja B.U.K.U kan. Selamat mencuba yer. Kalau blur lagi boleh terus emel saya nanti saya ajar lebih detail. =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...