Para Pengikut..

Friday, 28 January 2011

contest KAU cinta pertama AKU ;)


Mari juin contest. Best tengok tajuk contest. Jadi saya terus excited mahu join. Contest nie anjuran CIK IMAKASIHDANI. Klik untuk baca lebih detail tentang contest.


 Kerana ini ialah contest bertemakan cinta, jadi kaler juga harus kaler pink.

 1st love saya adalah en.beliau. Opss. Sebenarnya beliau bukanlah betul-betul 1st love. Cuma dengan en.beliau hubungan itu menjadi serius dan semakin serius. Jadi beliau adalah 1st love saya. Lalala..

1.letakkan gamba korang or tpi if reveal gmba 1st love pun ag menarik!hehe..tp if xnk reveal pun xpe,*jge sensitiviti* huhu ;p

*Itu ialah saya. Yang jadi photograper itu ialah en.beliau. Hee.
 
2.first love tuh mse korang umo brape?

* Ketika berumur awal 20-an.

3.ceritakan keistimewaan first love korg tuh n mcm mne leh jatuh cinta

*part nih cite byk sket,menarik punya! *

Rasanya kehadiran en.beliau macam dah dijanjikan. Masa tu saya baru hampir pulih dari melupakan xbf. Macam en.beliau datang pada waktu yang tepat. Kalau la masa tu saya masih berpacaran dengan xbf mungkin saya takkan layan en.beliau.

Macam mana saya mengenali en.beliau hingga jatuh cinta?
 Rasanya takde la kitorang love at the first sight pun . Sebab kitorang kenal pun melalui sepupu en.beliau. Masa tu bilik saya satu aras ngan sepupu en.beliau. Jadi disebabkan kami satu negeri selalu la dia datang lepak sembang-sembang kat bilik saya. Masa tu saya baru berjinak-jinak pakai henpon pemberian abang saya. Jadi pahamlah bila orang baru belajar guna gajet. Asal ada orang msj atau miskol terus layankan saja.

Nak dijadikan cerita suatu hari sepupu en.beliau datang bilik saya merungut-rungut ada orang kacau dia. Orang tu miskol dan msj tapi tak tahu siapa gerangan. Jadi saya dan roommate pakat la ngan sepupu en.beliau untuk kenakan orang tu. Num hp saya dijadikan bahan kajian. Terus  balas-balas msj ngan si pemiskol. Dari siang bawak ke malam. Tapi gaduh-gaduh la dalam msj.

 Memang laser la mulut si pemiskol. Kacau-kacau orang dia plak marah-marah orang. Yang saya ingat dia kutuk habis-habis saya melayu tak sedar diri sebab speaking ngan dia. Haha.

Keesokannya sepupu en.beliau bagitahu si pemiskol tu rupanya sepupu dia (en.beliau). Haha. Gelak puas hati. Penat seh. Ingatkan lanun mana salah number.

Sejak dari tu kami selalu la duk msj. Kebetulan masa tu celcom bagi free msj start jam 12am. Jadi jimat la kredit tak jalan. Saya pun tak tahu macam mana boleh terpaut pada msj-msj dia. Sedangkan takde pun dia bagi ayat bunga-bunga. Ya. En.beliau bukan mat bunga. Dia adalah seorang gangster. Ok. Tipu. Jadi jangan berangan nak beromantik-romantik segala.

Dalam bulan Disember saya cuti sem. Jadi kami planning nak jumpa.

Opss. Sebelum tu baru saya teringat ada lagi kisah tragis. Yer. Saya paksa en.beliau pos gambar beliau. Tapi macam-macam alasan diberi. Saya pun ugutla kalau tak pos gambar saya tak nak jumpa. Gambar saya pula saya pos gambar yang sama yang dilihat oleh en.beliau dalam album sepupu beliau (kawan saya tadi).

Jadi akhirnya gambar en.beliau tiba juga. Ok. Terkejut gila. 100% berbeza seperti yang saya angankan. Gemuk, gelap dan selekeh. Waaaaa..Mak !!saya tak nak kawin ngan dia!! Tapi saya fikir positif la. Lagipun bukannya ada apa-apa lagi. Konon berpegang pada prinsip berkawan biar seribu.

Akhirnya Disember yang dinanti (oleh beliau yer bukan saya) tiba juga. Kami jumpa kat town. Dia datang dengan kawan dia. Tapi masa jumpa saya semua kawan-kawan beliau entah kemana. Masa tu saya pakai baju kurung. Ayu kau! Jap kaler ape eh..yer! kaler hijau.en.beliau pulak pakai jeans biru baju putih dan cap. Saya tunggu punya tunggu rupanya beliau dan mengintai saya dari jauh. Yer! Yang datang pada saya seorang lelaki tinggi, tegap dan yer. Dia sangat berbeza berbanding gambar yang di pos itu.
 Mak, saya dah jatuh hati!!

*Keistimewaan 1st love
Mungkin banyak sikap kontra antara kami yang membuatkan kami saling melengkapi. Yang pasti beliau sangat penyabar melayan kerenah saya. Thankz awak.

4.kenangan paling manis sewaktu korang bersama
Alamak. Yang mana satu nak pilih yer? Setiap saat saya keluar habiskan masa dengan en.beliau itulah kenangan manis kami.

5.kenangan paling pahit sewaktu korang bersama
Kenangan pahit? Rasanya takde la pahit sangat. Ok. Masa tu mungkin dah setengah tahun kenal beliau. Dan sebenarnya ketika itu saya masih was-was dengan beliau. Dengan kata lain belum terima beliau seadanya. Saya masih simpan gambar xbf. Dan saya dengan tindakan bodoh minta putus dengan en.beliau dengan alasan saya masih teringatkan xbf. Seminggu saya jauhkan diri dari beliau. Saya tukar nombor hp. Kemudian sepupu beliau dapat contact saya dan pujuk saya supaya kembali pada beliau. Dan saya kembali la kat beliau. Saya bagi semua kenangan tentang xbf dalam kotak (surat,gambar,kad dan macam2). Pastu suruh en.beliau bakar semuanya. Tula kot kenangan pahit.
6.tema lagu percintaan korang mse bcinta
 Eh? ada lagu tema jugak ke kami? rasanya takdela sampai jadikan ia lagu tema. Cuma kalau bosan-bosan pergi karok mesti sama-sama duet lagu Ketawa dan Air Mata. Hee. Kira tu la lagu tema kot. Korang tahu ke lagu tu? yela-yela tak tahu. Jap nak copy paste 

Ketawa dan airmata
Itu sebenarnya cinta
Kalau kau sedih pasti ku rasa
Begitu sebaliknya

Ku senang engkau cemburu
Itu tanda kau sayangiku
Tahu kau takut kehilanganku
Begitu juga aku

Ku juga suka bila kau curiga
Ia mengajarku erti setia
Apa pun sikapmu aku terima
Asalkan ada kebaikan
Walaupun sering kau ku tinggalkan
Itu tiada bermakna
Kau ku abaikan

Memang sesekali sikapmu
Membuat aku jemu
Hingga kau takku pedulikan
Untuk menyedarkan

Belum pernah ada cinta
Di dalam kehidupan manusia
Sepanjang masa bahagia
Tanpa air mata...

8.first love tuh masih kekal sampai sekarang atau dah berakhir?

Alhamdulillah. Sampai sekarang dan semoga kekal sampai bila-bila.=)

9.korang boleh lupe or sayang die lagi x?hehe jujur k

Harusla.

Ok. Dah habis berceloteh. Owhh..Siap tertidur yer dengar saya bercerita. Sekarang saya mahu kalian pulak berceloteh. Kalau sudi bercerita saya mahu mendengar..


12 comments:

  1. sooo sweeeeeettttttttt jaja...

    sob3~

    kisah cinta yang tragis...!!!

    ReplyDelete
  2. hafiz:

    ahakz..sila menangis baca kisah chenta sy..

    Kak linn:

    heheh..slmt berjiwang..=)

    ReplyDelete
  3. Follow dah, nice first love. saya pon da join contest ni juga. huk3.

    ReplyDelete
  4. nasib g jumpa,klo x u melopong kan..ehhehe :) thanks for joining dear :D

    ReplyDelete
  5. cik ima : tula..nsb baik i pg jumpa..theee..

    ReplyDelete
  6. r-5 :

    tq..gud luck both of us..lalala..

    ReplyDelete
  7. hadusss!! saya di tag! tak reti nak karang ayat jiwang ni..hehheee

    ReplyDelete
  8. awww..sweeet...kena tag pulak tu. i malu lah sayam nak bercerita kisah suke duke ni..byk duke dari suke. kan menangis melalak kan susah..gegeggege

    ReplyDelete
  9. senarai peserta da update..klo rajin bce kisah mereka! :D

    ReplyDelete
  10. http://kasihdani.blogspot.com/2011/03/winner-contest-kau-cinta-pertama-aku.html

    jom tgk spe menang :)

    ReplyDelete
  11. cik ima : terjah sekarang!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...