Para Pengikut..

Thursday 6 January 2011

Whoaaaa..shopping yang langsung tak meletihkan.

Mari menjadi sang penglipur lara sebelum terlena di ulit mimpi. Ceewah, berpujangga gitu.

Minggu lepas saya tiba-tiba gila shopping. Mentanglah gaji masyuk habis kau borong yer. Mula-mula terjumpa blog best nie http://chantekdress.blogspot.com/ . Usha-usha shawl yang ada terkenan pulak dengan shawl combo itu. Tak pasal-pasal saya angkat itu shawl.

Kombinasi corak yang menjadi kecintaan.

Sold to Noor'Hafizah

Sampai rumah 9.00 malam. Bukak muka pintu terus mak tanya 'posmen hantar apa?'. Ok. mak pun teruja mahu tengok. Jangan terkejut suda saya borong 6 item sekaligus. Excited mahu pakai, bukak lemari terus pilih baju yang boleh match in untuk ke opis esok.. Lalala. (sambil menyanyi riang)

Ambil gambar pandang arah lain senyum skit. Pang!

Ok. Rancangan Jangan Tidur Lagi belum tamat yer. Tak cukup dengan itu, saya bersiar-siar kat fb ketemu ini pula. Butik Pesona . Dia takde blog la. Tengok hbeg lawa-lawa. Memandangkan hbeg saya dah uzur koyak rabak without think twice terus angkat itu hbeg.

Lantakla korang cakap tak cantik pun saya tetap beli jugak. Pagi tadi abg posmen hantar. Suka suka. Tengok gambar macam kecil jer. Rupanya besar jugak. Tahun depan nak balik rumah mak mertua tak perlu bawak beg balik kampung. Pang!!

Dah!
Rancangan nak habis dah.
Sila pergi tidur semua.
Saya nak sambung shopping.
Lalala..
*Baru nyanyi sebaris ayat, terus hujan turun dengan lebatnya*

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...