Para Pengikut..

Saturday, 30 April 2011

Ubi kayu paling besar di dunia!!

Salam uollsss..

Siapa tak kenal ubi kayu? Meh sini nak hempuk dengan kayu. Opss. Sori. Terkasar pulak.

Dulu tok wan saya pernah cerita. Lepas mengaji sambil tarik uban beliau. Bosan-bosan pun dengar jugak beliau bercerita. Masa zaman dulu-dulu boleh dikatakan setiap rumah kat kampung tanam ubi kayu. Sebab ubi kayu ni antara tanaman paling mudah nak tanam. Kadang-kadang kalau kita cucuk je dahan ubi tepi-tepi pagar tanpa gali lubang pun ia tetap akan berisi. Maklumla. Diam-diam ubi berisi. Ceewah. Bangga ubi dijadikan peribahasa.

Ubi kayu plak susah binatang nak kacau. Dah duk dalam tanah siapa nak usik. Tikus tanah je la kot kalau hade. Dan macam-macam makanan boleh dibuat dari ubi kayu nie. Pengat ubi, sira ubi, kerepek ubi, bingka ubi. Macam-macam lagi la. Malas sebenarnya nak pikir. Tu makanan versi kampung saya. Tempat korang mungkin nama lain kot.

Kami sekeluarga banyak kenangan dengan ubi nie..

Dulu mak saya buat kerepek ubi. Bila ada pak cik datang beli dengan van berebut la kami adik beradik nak tolong angkat masuk dalam van. Pssstt..nanti dapat upah. (Tak ikhlas betul menolong. Theee)

Bila dah cabut ubi biasanya mak ayah sandarkan dahan ubi tepi pagar. (untuk tanam balik nanti). Jadi sebelum ayah potong dahan ubi tu pendek-pendek untuk pacak dalam tanah kami dah siap sedia pilih 5-6 dahan untuk buat tiang pondok.. Haa...Jangan main-main. Rumah banglo tiang ubi gituwww. Biasanya time kecil-kecil memang akan ada pondok khas untuk lepak-lepak. Dan lokasinya akan sentiasa berubah.

Eh??!!Ade lagi ker ha? banyak lagi la kenangan dengan ubi nie. Tapi nak cerita pun susah bila nak terjemahkan dalam perkataan neh. korang?? Yang duk KL korang kenal tak ubi??Tak kenal sila google images sambil menaip 'UBI KAYU'.

**Atau korang tilik gambar bawah.

Balik kerja ayah bagitahu ada ubi kayu lebih besar dari peha saya. Auuwwww. Tak puas hati tengok dengan anak mata coklat sendiri.




Ok. Ini adalah kenyataan. Sepanjang penceritaan saya diatas belum pernah terjumpa dengan ubi kayu sebesar itu. Rupanya dia tak malu pun membesar dalam teknologi yang semakin canggih ini. Cayalah ubi kayu.

Tengok. Itu tapak tangan saya yang diletakkan atas ubi kayu. Jadi sila korang bayangkan sebesar manakah ubi kayu tersebut. Makan 40 hari 40 malam pun tak habis jugak.

Pssstt. Sebenarnya mau cerita pasal ubi kayu terbesar dalam dunia kehidupan saya jer. Tapi dah flashback zaman dolu-dolu pulak..=)

5 comments:

  1. mak aiii! besar gile kentang ubi nye!!xpenah aku tengok...hehehe..mane dapat ubi beso gabak tu???=)

    ReplyDelete
  2. fiera : tu ubi ayah tanam..=)

    psstt..maceh folo sy..=)

    ReplyDelete
  3. fuyyo 40 hari 40 malam kenyang? klu ade kentang besar2 cam ni mesti kita hari2 boleh makan mr.potato dengan harga yang murah en? hehehe

    ReplyDelete
  4. r-5: woww..heee..tula.xpyh mkn nasi.mkn kentang jer dah konyang coz besar sangat.=)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...