Para Pengikut..

Saturday 14 May 2011

Sedekah??Ikhlas ke korang??

Salam uollllsss..

Itu hari ada dengar sorang ustaz tu bagi ceramah pasal pahala bersedekah ni. Beliau ada cakap...
"Jangan persiakan peluang untuk bersedekah..sedekahlah seminimum yang boleh dengan niat ikhlas. Sebab kita tak tahu bila lagi kita berpeluang untuk bersedekah.."

Selalu kat tempat saya ada jer peminta sedekah tunggu kat luar bank. Kadang-kadang kat pantai pun ada. Memang agak menyerabutkan. Tiap kali lepak pantai ada jer dia datang mintak duit. Muka sama pulak tu. Tengok tenaga ada. Boleh jer kalau cari rezeki dengan bekerja. Dah mungkin bersedekah je kerja yang dirasakan paling sesuai jadi itulah pilihan mereka.

Yang paling tak boleh bla itu hari ada sorang remaja belasan tahun kot. Masa tu saya ngan ex-boy. Remaja pompuan tu datang hulur tangan minta sedekah kat ex-boy (maybe dia nampak saya dah menjeling. Saya kan garang. Warghhh!!)
"Bang, mintak duit sikit, saya yatim piatu. Takde mak ayah."
Hokeh. Saya tak tahu la kenapa ex-boy boleh terpedaya dengan bibir manis budak tu terus dihulurnya RM5. Kalau 10 orang macam ex-boy mungkin budak tu dah boleh beli kain pasang buat raya.

Lepas seminggu dua saya keluar makan dengan sorang kawan kat area stesen bus saya ternampak budak tu lagi. Saya cam dia. Hitam manis, badan gempal. Dia datang minta sedekah dengan akak meja sebelah.
"Kak, nak duit sikit. Mak saya sakit. Tak makan lagi"

Huh! suara lemah longlai. Kalau berlakun kalah la Tiq Zaqyah. Tapi bukan ke ari tu dia cakap anak yatim piatu. Cepat benau dapat mak angkat. Tapi yang harunya, bila dia sampai turn meja saya dia terus pusing blah. Hokeh! Memang kau pelakun terhandal abad itu.

*****
Sebab tu kadang-kadang kita jadi terbantut rasa mau bersedekah. Tapi tu atas masing-masing la. Hanya Tuhan yang tahu amalan kita diterima atau tak. Yang penting kalau nak bersedekah kena ikhlaskan hati. kalau was-was tak perlu la kot.

*****
Tapi saya pun pernah jer tersedekah. Dalam erti kata lain didesak hingga kita bagi duit. Sedekah kah??


Kisah ni berlaku masa saya bergelar pelajar di USM. Jumaat. Masa tu semua kaum Adam sedang bersiap-siap untuk pergi menunaikan sembanyang Jumaat. Saya pulak dalam perjalanan ke Wijayamala (komputer lab). Jumpa la sorang pak cik ni. Umur dalam lingkungan 40an. Beliau bersungguh-sungguh mahu pinjam duit.


“Pak cik nak pinjam duit boleh tak?. Motor pak cik rosak.. Tayar bocor. Pak cik nak pergi rumah sedara. Jauh pak cik tolak motor tadi “

“Maafla pak cik. Bukan saya tak nak bagi pinjam. Saya pun tiada duit.”

“Kan dapat PTPTN. Takkan takde duit kot. Pak cik nak pinjam dalam RM40 je. Nanti lepas sembanyang jumaat pak cik tunggu kat bus stop ni bayar balik duit awak.”

Bersungguh-sungguh benar pak cik tu merayu. Kesian pulak tengok. Bukan saya takde duit masa tu. Tapi saya berbelah bahagi. Boleh percaya ke dia akan datang semula untuk bayar balik duit saya. Saya bukannya kenal dia. Lain la kalau saya jumpa dia hari-hari .

“Tak percaya pak cik ke? Takkan pak cik nak menipu hari Jumaat ni.”

Tapi lepas dipujuk rayu akhirnya saya pinjamkan pak cik tu duit. Empat Puluh Ringgit Malaysia Sahaja. Lepas sembahyang Jumaaat saya pergi kat bus stop yang dijanjikan. Tapi bayang pak cik tu pun tak kelihatan. Berserah je la. Mungkin tiada rezeki saya untuk hari itu. Saya pun terfikir. Kalaulah saya orang ke10 yang berjaya diperdayakan oleh pak cik tu. Mungkin dia dah bergembira dengan RM400 yang diperolehinya.
*******

Saya cerita pada kawan-kawan. Kaw-kaw la kena marah sebab terlalu mempercayai stranger.

*******

Kemudian berlaku lagi kejadian seumpamanya. Masih juga berlaku masa studi di USM. Saya keseorangan masa tu. Terjumpa seorang mamat ni. Muka Chinese look. Saya agak dia orang Sabah dari gaya pertuturan.

“Awak, boleh tak pinjamkan saya duit. Saya nak balik Sabah. Ada emergency tapi saya memang takde duit,”

Saya terpegun. Mudah benar dia minta duit dengan orang awam yang dijumpai di hadapan kedai bakery semata-mata nak beli tiket balik Sabah. Beria-beria jugak dia nak pinjam duit. Bukan pinjam. Dia sedekah minta simpati. Bertegas jugak saya katakan tiada duit. Saya tahu kalau saya bagi dan ceritakan kat kawan-kawan haru kena marah lagi sebab semudahnya terpedaya dengan pujuk rayu stranger lagi.

"Takpe la kalau takde pun. Tapi bagi la berapa pun. Saya takde duit langsung. Saya lapar. Nak beli makanana pun takde duit"

Terus rasa ditipu. Tadi nak beli tiket, nak balik kampung, sekarang lapar pulak. Saya malas nak melayan lagi saya hulurkan jugak kat RM10.  Yer! mudahnya saya terpedaya. Sedangkan sudah terang lagi bersuluh dia memang tak ikhlas.
******

Serik juga rasa. Sebab kita tahu keikhlasan kita. Lepas banyak kejadian seumpanya berlaku, saya lebih hati-hati. Kalau rasa tak ikhlas, ragu-ragu tak perlu hulurkan, kalau Tuhan dah tiupkan rasa ikhlas pada kita, tanpa perlu fikir panjang pun kita akan terus hulur duit.

Jadi bersedekah la wahai diri. Semoga Tuhan permudahkan urusan kita dan permurahkan rezeki kita. Amin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...