Para Pengikut..

Wednesday 24 August 2011

Wordless Wednesday


**Semoga en.beliau cepat2 sembuh =(




Saturday 20 August 2011

Theme color for wedding day : Teal / Aqua

Teal color seakan-akan aqua color jugak eh. Santek jugak. Coz color ni differ from others. Jadi kalo u pilih color ni nampak lain dari yang lain. Cuba mix & match dengan color pastel yang lain tentu nampak lagi santek.




Teal + red + white. Santek. Contrast.


Creative.

Owhh. Terus rasa nak terjun laut. Errr. Lupa tak pandai berenang.

+ Black. Sangat elegen.

+ Red. Even dua-dua color sangat kontra tapi sangat santek bila dipadankan bersama.





Kasut. Tak semestinya perlu ada aksesori untuk nampak santek kan.














Friday 19 August 2011

Warna tema : Sunshine yellow / Canary yellow

Ni boleh d.i.y kalo rajin. Theheeee.


Black + white + canary yellow.

Canary yellow + blue. Yeah. I loike.

Grey + canary yellow. Pon santek!

Santek gilos. Harusla tetamu pandang kat kaki saya saja.

Awwww. Ni nak petik belakang rumah ada tak?

Nyummm. Ni perisa apakah?
Ok. Ok. Fine. Semua SANTEK. Boleh saya mau pingsan sekarang?



Wednesday 17 August 2011

Wordless Wednesday : Tiffany blue for wedding theme. Sob!

 Theme color : Tiffany blue







Sumber : Google

Santek . kan. kan. kan.
Mengangguk pat belas kali.




Tuesday 16 August 2011

Dugaan dalam alam pertunangan - Part 2

Salam uolls..

Ini Part 2. sambungan dari EPISOD LEPAS

So, lepas tengok gambar tu memang hangin la aku. Kau pun kalau berada tempat aku tentu hangin jugak kan. (errr.terus bahasakan kau-aku) . Aku kan memang jenis terus terima apa yang aku nampak bulat-bulat. Bukan nak bersabar tunggu orang bagi penjelasan dulu. Dah sah-sah ada bukti depan mata aku kan. Tiap kali tengok gambar tu mesti keluar ayak mata (sensitif kau!). Pastu aku selawat (serius). Memang terus tak ingat dalam beberapa ketika. Aku cuba nak lupakan apa yang aku nampak tapi tetap teringat la. Bila agak-agak air mata nak keluar terus aku selawat cuba untuk lupakan. Mula-mula (sebelum tengok gambar puaka tu) aku bajet nak hantar sendiri hp kat rumah dia. Konon nak suprisekan dia. Dah dia jauh-jauh sanggup datang semata-mata nak berbuka puasa ngan aku apa salahnya aku hantar hp dia yang tertinggal ni. Tapi bila dah tengok gambar tu terus aku lupakan niat tu.

Macam-macam dah plan ada dalam kepala. Nak pulangkan cincin wat-so-ever. Kemudian aku tetiba je bukak cincin dari jari. Sebab aku rasa macam dah tak layak aku pakai cincin ni sedangkan dia ada yang lain (sungguh fikiran tak waras). Serius aku bukak dan simpan cincin tunang dalam laci. Baru rasa lega. Kemudian aku call bff aku cikgu nani yang mengajar di Kemaman. Petang Sabtu dia nak balik Kemaman jadi aku kirim hp en.beliau kat cikgu nani. Sebelum tu aku tukar wallpaper hp dia yang asalnya gambar aku tu. Tukar gambar puaka tu jadikan wallpaper. Nanti bila dia tengok sah-sah dia tahu dia dah kantoi. Sob.

Petang tu aku tengah prepare masak untuk buka puasa. Then telefon rumah berdering. Terus rasa berdebar. Aku dah agak dia yang call. Biasa kalau dia call hp aku tak berangkat mesti dia akan call rumah. Adik aku yang angkat terus sound panggil aku. Dah agak takde orang lain mesti dia. Aku dah terfikir-fikir menyusun kata-kata untuk bercakap. Sebak jugak dalam hati tapi aku tahan. Konon nak tunjuk yang aku kuat. Kuat la sangat kan. Aku bagitahu dia aku tengah sibuk sangat dan aku suruh dia call malam kang. Terus aku letak tepon. Dan aku pun tak pasti apa penjelasan yang dia nak bagitahu. Tunggu malam nanti lah jawabnya.

(mula-mula aku ingat nak sambung lagi..tapi better aku habiskan sini la. 
Akak aku pun desak-desak nak tahu cerita sebenar. Thehehe)


                                                                                *******

Malam tu dia call la. Aku senyap jer. Biasalah aku. Konon menyerah pada takdir. Andai kata Tuhan dah tetapkan tiada jodoh tu tiadalah. Aku berserah pada Tuhan saja. Tunguu jer apa keputusan dia. Tapi dia tiba-tiba gelak. Lama pulak tu. Aku rasa nak pelempang. Kau bayangkan kau nampak gambar tunang kau dengan pompuan lain pastu dia boleh bantai gelak. Terus rasa nak bantai jer dia. Warghhhhhh.

Dia tanya kenapa jadikan gambar tu wallpaper.
Aku cakapla buatpe nak letak gambar aku kalau dah ada gambar pompuan tu. Tak yah la hipokrit (ceh.aku kan saiko, padahal dalam hati cermin retak sejuta Tuhan saja yang tahu)
Pastu dia bantai gelak lagi. Dan lagi.
Pastu dia bagitahu dia tunjuk wallpaper tu kat ma (mak dia).
Malu la wes. Ni memang perangai tak bleh blah dia. Apa-apa mesti nak bagitahu ma dia.
Dia cakap ma pon gelak jer.
Pastu dia cakap pompuan tu adik sepupu dia.
Ok. ok. Tak payah cerita lagi pasal sepupu-sepupu dia yang semua katanya tak macam sepupu tapi ibarat adik beradik. ok.
Siap dia suruh aku call ma kalau tak percaya.
ok.
ok.
FINE.
Malu la aku beb. Memang sah-sah ma dia plak bantai gelak kat aku.
Tu lah. Padan muka.
Siapa suruh aku jadi seorang yang kurang sabar?
Siapa suruh aku jadi seorang yang suka berfikiran negatif?
Tak pasal-pasal diri sendiri termalu.

Pastu senyap-senyap buka laci sarungkan semula cincin tunangan..



Monday 15 August 2011

A Picture of something that you do not want to forget

yer.
sampai bila-bila
=)






GA Sapa Nak Shawl Nie?

Hye..sape nak shawl free angkat tangan!
Pastu klik url bawah.



Cepat-cepat, sementara penyertaan belum tutup lagi. Yeay!






Sunday 14 August 2011

Dugaan dalam alam pertunangan-Part 1

Tak tahu kenapa tajuk tu begitu skema. Okeh. Anggap saja tu tajuk tesis.

Korang yang biasa ikut blog saya memang sedia maklum la berkali-kali saya bgtahu saya seorang sensitif. ( bajet ada pembaca setia). Ini cerita tentang sensitif. Yang kalo tak dibendung boleh membunuh perhubungan. Hai cucu cicit akan datang, nenek cerita ni untuk dijadikan pengajaran yer.

Alkisah Jumaat (kelmarin). En.beliau a.k.a en.tunang datang kemari. Konon nak berbuka puasa bersama. Dahla dia datang lambat. Pastu kami dah tak tahu nak terjah kedai mana.. Akhirnya jumpa Mama Tom Yam. Order je la lauk-lauk peberet beliau. Ok. Ni baru mukadimah. Kemudian lepas Isyak en.beliau pun nak berangkat pulang. Maklumlah perjalanan beliau jauh lagi. Dalam 1 jam jugak nak sampai rumah beliau. Peel en.beliau ni satu dia agak pelupa. Hari tu pernah dia datang sampai rumah saya baru perasan tak bawak wallet. Segala ic mak nenek semua dalam tu. Kira bagi saya kalau tahap tak bawak wallet tu pelupa tahap maksima la.

Nak dijadikan cerita dia suruh saya pegang hp dia..senyap-senyap dalam poket sampai saya pun terlupa. Ok.dia pun lagi la tak ingat langsung pasal hp. Dahla masing-masing ada satu hp je. Saya tunggu jugak kot dia patah balik takde pulak. Jadi malam tu cik tunang pun menggeledah la hp encik tunangnya. Terkejut yang amat. Tengok gambar beliau dengan sorang perempuan. Cantik, seksi. Terpancar kegembiraan pada wajah keduanya. Terus mengalir air mata seorang saya..

Bersambung..





Percaya Padaku - Ungu (Lirik)

Aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu

seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu

reff:
berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga akhir waktu menjemputku

ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga akhir waktu menjemputku

saat ku tahu kau akan pergi jauh
izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)

agar kau tahu betapa ku terlalu
mencintaimu aku akan menunggu
hingga dirimu kembali untukku

repeat reff

tolonglah aku bagaimana diriku
ungkapkan itu rasa yang membelenggu
dalam hatiku ku cinta padamu

repeat reff

berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga akhir waktu menjemputku


okey. okey. saya percaya awak.winkwink.




Photographer untuk majlis kawin. Awwwww.

Salam uolls.

Eh. Jap. Jap.
Nak tanya korang B2B sekalian. Bila korang mula menempah incik photographer?
A. Setengah tahun sebelum majlis
B. Tiga bulan sebelum majlis
C. Sebulan sebelum majlis
D. 2-3 hari sebelum majlis (agak-agak la wei)

Haha. Ada jugak ke 2-3 hari sebelum majlis baru nak menempah incik photographer? Ada la jugak kalau incik photographer tu bff korang takpun sedara mara atau adik beradik. Kalau orang luar harus la awal-awal. mengecop. Kot tak dan dicop oleh b2b lain korang jugak yang ternganga melopong.

Hari tu saya ada la jugak ushar-ushar kekawan punya incik photographer. Mahai ya ampun. Gulp. Marah incik photographer kat luar nanti. Yer yer incik photographer saya paham. Korang keluar modal bape riban nak beli full set semua kan. Harusla nak cover semula modal yang keluar tuh. Okeh. Saya paham.

Tapi nak menempah incik photographer kena la berpadanan dengan bajet memasing. Kot macam saya yang bajet ciput-ciput toksah berangan nak booking yang mahai-mahai punya. Tapi seseorang tu pernah cakap kat saya 'gambar yang cantik tak semestinya menggunakan camera yang 'cantik', tapi menggunakan idea yang cantik'. Haha. paham ke korang? Tak paham sudah. Malas nak hurai panjang lebar. Theee.

Nasib baik kat opis ada incik photographer jugak. Nak booking tak payah calling2. "Bob, nanti bulan tiga aku booking mu deh" Okey. Means incik photographer dah settle. Sekarang berfikir-fikir untuk menempah pelamin pula. Hooohooo. Sekarang baru rasa betul-betul nak delete bulan Mac 2012. Sob!

p/s : Sesape nak booking incik photographer bleh inform yer. Harga berpatutan. Gambar tip top. Atau mudah lagi terus contact orang rumah beliau (Mama Rifqy)



Tuesday 9 August 2011

Buka puasa dekat hotel.

Salam uolls.

Hari ni pertama kali kot dalam sejarah sepanjang kerja disini. Dapat buka puasa di hotel. Ceh. Setakat buka puasa dekat hotel pun nak kecoh. Haha. Well, mekasih kerana mengundang kami yer.


Sini la. Hotel Tanjung Vista. Decoration cantik. Coz hotel ni masih agak baru. Dari bandar Kuala Terengganu dekat jer. Dalam 5 minit boleh sampai.

Mula-mula hidang kuih-muih macam-macam warna. Ok la rasa. Boleh tahan.
 Lepas tu makan nasi dengan lauk-pauk berikut. Pon ok jugak rasa dia. Tapi tak la sampai..
 'Owwh, sedap gila lepas ni hari-hari aku nak makan sini'.
Yer. Takde sampai macam tu sekali.

Dah. Nak makan free harusla senyum sampai ke pipi.






Monday 8 August 2011

Resepi air asam jawa

Errrr....
Sebenarnya...
saya takde pun resepi air asam jawa tu.
Sebab ramai sangat duk post pasal resepi masing-masing tiap-tiap hari berbuka itu ini.
Haha.

Dua hari suda. Bukak puasa dengan air asam jawa. Bukan saya buat. Kerana saya tak rajin untuk beria-ia buat air asam jawa. Beli dalam botol suda. Pastu nak minum air paksa diri minum air suam. Yer. Paksa diri. Selamat tinggal ais untuk minggu ini.

Dah tiga hari saya selsema dan batuk. Mula-mula tekak sakit. Nak telan liur pun sakit. Akhirnya hari kedua terus batuk. Hari ketiga selsema dan hari ini semua pakej dia sapu. Selsema-batuk-pening kepala-lenguh badan. Owhhh. Rasa nak pitam.

Opis mate dah syorkan saya resepi gula batu +asam jawa yang katanya mujarab untuk batuk.
Tapi saya asyik terlupa untuk singgah kedai mini depan opis untuk beli gula batu.
Tipula. Sebenarnya saya malas.

En.beliau a.k.a doktor tak btauliah membebel suruh pergi klinik. Tapi saya beria-ria cakap dah makan ubat dan makin pulih. Tipu jugak. Panadol pun tak jamah. Inikan pula ubat klinik. Yer. Malam ni mesti kena marah kerana suara ni tak dapat menipu..suara orang selsema sumpah memang senang nak cam.huhu. Owh..pura-pura tido sambil silent hp.

Bye isi donia.








Saturday 6 August 2011

Putus Tunang. Sob!

Orang tua-tua selalu pesan.
'Ikat (tunang) jangan lama-lama'


Akhir-akhir ni selalu sangat dengar kisah putus tunang. Perkataan yang paling tak enak didengar sewaktu alam pertunangan. Mula-mula kisah cik jejari runcing dan tunangnya. Owhh. Dah jadi x-tunangnya lah ya. Bila dah masyur berita macam tu la laris untuk disensasikan. Tambah-tambah bila ada pelakun tambahan gedik-gedik nak berlakun jugak. Tapi dah nak buat macam mana dah tiada jodoh kan.

Kalau perpisahan tu keputusan terbaik bagi kedua-dua pihak buat pe diteruskan lagi hubungan itu.

Lepas tu masih panas lagi cerita tentang mereka berdua (yang tak habis-habis lagi kisah hingga hari ini) muncul pulak cerita putus tunang Ally Iskandar orang kampung saya.

Sweet sangat diorang ni. Pun nak buat macam mana dah tiada jodoh kan.

Harap ikatan pertunangan saya dan en.beliau kekal sampai naik pelamin
Harap kami sama-sama diberi kesabaran untuk tempuh alam ini
Harap segala ujian yang Tuhan berikan dapat kami tempuh 
dan
Saya tahu Tuhan tak uji hambanya dengan ujian yang tak termampu ditanggung oleh hambanya
Jadi ujian yang Tuhan turunkan InsyaAllah sama-sama kita tempuh ya awak.

^_____________________________^ (senyum kambing)







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...