Para Pengikut..

Tuesday, 16 August 2011

Dugaan dalam alam pertunangan - Part 2

Salam uolls..

Ini Part 2. sambungan dari EPISOD LEPAS

So, lepas tengok gambar tu memang hangin la aku. Kau pun kalau berada tempat aku tentu hangin jugak kan. (errr.terus bahasakan kau-aku) . Aku kan memang jenis terus terima apa yang aku nampak bulat-bulat. Bukan nak bersabar tunggu orang bagi penjelasan dulu. Dah sah-sah ada bukti depan mata aku kan. Tiap kali tengok gambar tu mesti keluar ayak mata (sensitif kau!). Pastu aku selawat (serius). Memang terus tak ingat dalam beberapa ketika. Aku cuba nak lupakan apa yang aku nampak tapi tetap teringat la. Bila agak-agak air mata nak keluar terus aku selawat cuba untuk lupakan. Mula-mula (sebelum tengok gambar puaka tu) aku bajet nak hantar sendiri hp kat rumah dia. Konon nak suprisekan dia. Dah dia jauh-jauh sanggup datang semata-mata nak berbuka puasa ngan aku apa salahnya aku hantar hp dia yang tertinggal ni. Tapi bila dah tengok gambar tu terus aku lupakan niat tu.

Macam-macam dah plan ada dalam kepala. Nak pulangkan cincin wat-so-ever. Kemudian aku tetiba je bukak cincin dari jari. Sebab aku rasa macam dah tak layak aku pakai cincin ni sedangkan dia ada yang lain (sungguh fikiran tak waras). Serius aku bukak dan simpan cincin tunang dalam laci. Baru rasa lega. Kemudian aku call bff aku cikgu nani yang mengajar di Kemaman. Petang Sabtu dia nak balik Kemaman jadi aku kirim hp en.beliau kat cikgu nani. Sebelum tu aku tukar wallpaper hp dia yang asalnya gambar aku tu. Tukar gambar puaka tu jadikan wallpaper. Nanti bila dia tengok sah-sah dia tahu dia dah kantoi. Sob.

Petang tu aku tengah prepare masak untuk buka puasa. Then telefon rumah berdering. Terus rasa berdebar. Aku dah agak dia yang call. Biasa kalau dia call hp aku tak berangkat mesti dia akan call rumah. Adik aku yang angkat terus sound panggil aku. Dah agak takde orang lain mesti dia. Aku dah terfikir-fikir menyusun kata-kata untuk bercakap. Sebak jugak dalam hati tapi aku tahan. Konon nak tunjuk yang aku kuat. Kuat la sangat kan. Aku bagitahu dia aku tengah sibuk sangat dan aku suruh dia call malam kang. Terus aku letak tepon. Dan aku pun tak pasti apa penjelasan yang dia nak bagitahu. Tunggu malam nanti lah jawabnya.

(mula-mula aku ingat nak sambung lagi..tapi better aku habiskan sini la. 
Akak aku pun desak-desak nak tahu cerita sebenar. Thehehe)


                                                                                *******

Malam tu dia call la. Aku senyap jer. Biasalah aku. Konon menyerah pada takdir. Andai kata Tuhan dah tetapkan tiada jodoh tu tiadalah. Aku berserah pada Tuhan saja. Tunguu jer apa keputusan dia. Tapi dia tiba-tiba gelak. Lama pulak tu. Aku rasa nak pelempang. Kau bayangkan kau nampak gambar tunang kau dengan pompuan lain pastu dia boleh bantai gelak. Terus rasa nak bantai jer dia. Warghhhhhh.

Dia tanya kenapa jadikan gambar tu wallpaper.
Aku cakapla buatpe nak letak gambar aku kalau dah ada gambar pompuan tu. Tak yah la hipokrit (ceh.aku kan saiko, padahal dalam hati cermin retak sejuta Tuhan saja yang tahu)
Pastu dia bantai gelak lagi. Dan lagi.
Pastu dia bagitahu dia tunjuk wallpaper tu kat ma (mak dia).
Malu la wes. Ni memang perangai tak bleh blah dia. Apa-apa mesti nak bagitahu ma dia.
Dia cakap ma pon gelak jer.
Pastu dia cakap pompuan tu adik sepupu dia.
Ok. ok. Tak payah cerita lagi pasal sepupu-sepupu dia yang semua katanya tak macam sepupu tapi ibarat adik beradik. ok.
Siap dia suruh aku call ma kalau tak percaya.
ok.
ok.
FINE.
Malu la aku beb. Memang sah-sah ma dia plak bantai gelak kat aku.
Tu lah. Padan muka.
Siapa suruh aku jadi seorang yang kurang sabar?
Siapa suruh aku jadi seorang yang suka berfikiran negatif?
Tak pasal-pasal diri sendiri termalu.

Pastu senyap-senyap buka laci sarungkan semula cincin tunangan..



6 comments:

  1. hahaha..super duper nak tumpang gelak gak..insyaallah moge semuanye dalam keredhaan NYA..
    amin...

    ReplyDelete
  2. hehe aduh kelakar pun ade.dugaan bertunang memang begitu.kdg2 cpt je nak marah kt tunang kan.pastu terlebih sensitif.macam yg tgh zimie alami skrg la.sobsob.cepatlah habis semua ini..

    ReplyDelete
  3. sis ina : thehe.malu i beb.

    cik zimie : hehe.tula cik zimie.sensitif jer memanjang kan.hope kita terus diberi kesabaran tempuh fasa ni kan.=)

    ReplyDelete
  4. haishh..dh menikah nnt kena lebih rasional dulu baru emosional tau..

    ReplyDelete
  5. Malu. Hahaha. Patotlah aitu xnak ckp dia col tep0n umah. Kant0i. Haha

    ReplyDelete
  6. tulip : heeee.orait sis.kena blaja jadik rasional.thankz

    HH : ngok nget.lupa kau ada ditempat kejadian.kira kau pelakon tambahan la kan.haha.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...