Para Pengikut..

Monday, 5 December 2011

Keserasian dalam perhubungan. Perlu ke?

Salam uolls.
Penting ke punya citarasa yang sama dengan pasangan?

Topik hari ni pasal citarasa. Macam mana korang dengan pasangan korang? Citarasa sama tak? Penting ke tu semua dalam perhubungan? Sebab saya dan en.beliau boleh dikatakan 90% tak sama. Dari pemilihan warna sampai pemilihan makanan. Hampes semua tak sama. Tak sehati sejiwa ke kalau macam tu?

Kalau bab makanan ni saya lebih sporting terhadap pemilihan makanan. Means apa ada depan mata semua haku bedal. Baik makanan segera, makanan ringan atau makanan berat. Baik gulai ayam kampung ,singgang, belut, haruan, keli atau pizza. Pendek kata mulut perut saya memang boleh terima semua. Kontra sangat en.beliau ni gulai ayam kampung tak makan hokeh. Lidah omputih ke bang? Kutuk tunang sendiri habisla tak dapat gaji bulan ni. Haha. Segala ikan sungai tu pun dia tak makan. Alamaknya nanti i mengidam anak haruan pergi mengail sendiri la.

 Lepas tu tiap kali order mintak air panas. Nescafe 0 panas. Time panas terik pun boleh plak dia order air panas. Tiap kali pergi kedai itulah air yang diorder. Kalau saya pulak pilihan sentiasa berubah-ubah. Dan rasanya sepanjang enam tahun ni tak pernah pun dia order fruit juice. Sedangkan tulah my peberet. Lagi satu my peberet milo ais. Owh. Durhaka la kalau bikin milo ais untuk beliau. Memang tolak awal-awal. Dia tak minum milo sebab nanti sakit perut. Pelik nya awak.


Ok. Now pasal pemilihan pakaian atau eksesori. Luckily i got him yang suka window shopping. Tulah taste yang sama kot. Tapi time nak beli baju. Hoi. Baik masing-masing beli untuk diri sendiri supaya nanti baju tu tak jadi hiasan lemari. Tiap kali beli baju untuk dia mesti tak muat la atau besar la atau adik dah ambik jadikan harta dia la. Fine. Beli sendiri.

Sama jugak kalau dia beli baju untuk saya. Biasanya dia akan terbeli baju kecik-triple xs maybe. Atau baju yang sangat la-owh comelnya baju ni. Hingga saya naik segan untuk memakainya. Fine! Owh. Ada lagi. Dah dua kali dia belikan jam tapi saya rasa ia amat tak sesuai dgn minat saya. Pakai jugak. Harus hormati pemberian orang. Dah habis bateri terus simpan jam dalam kotak. Bye. Dia pun dah serik nak beli kan saya jam. Sebab selalunya dia beli tu sangat tidak kena dengan minat saya. Sob!

Situasi yang selalu terjadi.

Di kedai kain pasang.

Saya: nak beli kain pasang la.corak A ni cntik tak?
Dia: Ni corak untuk orang tua la. Tak sesuai. Ambil yang ni cantik jugak.
Sy: Tak boleh. Corak tu menegak. Nanti nampak i makin kurus. Nanti org tertukar dengan tiang letrik.
Dia: Ok. Habis tu nak yang mana?
Saya: Yang ni ok ke?
Dia: Ok la. (angguk tak ikhlas. Haha. Comel)

Fine. Padahal I tau u nak komen kan.haha. Taste langsung tak sama. Jarang sangat kot jumpa something yang like...

'owh. Lawanya. U berkenan tak?'
'owh.owh.owh. Lawa gilos. I nak. I nak'.

Hampes, sungguh amat jarang sekali dialog itu muncul.

Hmm. Ada lagi yang paling ketara. Saya ni boleh dikatakan peminat bola sepak la. Tapi Malaysia punya la. Omputih tu i tak layan. Kalau ada siaran langsung perlawanan bola harus muka ngadap tv. Duk jarak paling dekat dengan skrin tv kalah ayah ngan adik laki. Ok. Sangat berbeza dengan en.beliau yang memang tak layan la bola-bola neh.

Hari tu masa Sukan Sea gigih saya bersorak marahkan Indon yang maen kasar. Then duk mesej-mesej ngan en.beliau dia tanya la. Bola Terengganu lawan apa? Fine. Memang betul-betul tak ambik tahu pasal sukan la. Yang dia tahu kerja dan kerja.

Haha. Rasanya kalau nak story lagi sampai esok tak habis. Memang kami tak serasi. Tapi rasanya itulah yang buat kami jadi SERASI sampai hari ini setelah enam tahun setengah bergelar buah hati en.beliau. Thankz kamu sangat memahami saya.=)




7 comments:

  1. SWeet!!!!!!!!

    haha..

    ade 1 serasi mungkin.. kau suke caler PINk.. DIa pun suka kan?? #bajettahu

    ReplyDelete
  2. keserasian tu memang penting tapi kalau laki-perempuan.errrr confirm la 100% berbeza.hihi nak tak nak kena terima seadanya.

    terbalik la pulak dengan iza.kite tak minat bola.laki biasala minat gila.hihi ada je benda tak sama minat kan.okla kan.kalau semua sama pon boring gak kut :p

    ReplyDelete
  3. hh : wek..sape minat pink?dia minat pink okeh.i minat hijau.=p

    zimie : hee..tu la zimie.perbezaan tu la yg buat hidup xboring.kikiki.

    ReplyDelete
  4. hurmmm.. jeles tgk org bahagia. bile mase kite nih?? >.<

    tp serasi itu penting! huhuhu

    ReplyDelete
  5. eyda : InsyaAllah nnti muncul la.Jgn ptus asa mencari.=)

    ReplyDelete
  6. heee...perlu sgt..:)

    ReplyDelete
  7. ira :heee..perlu2..=)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...