Para Pengikut..

Tuesday 20 December 2011

Update checklist hantaran.

Salam uolls.

Ok. Mari kita sambung diari bergerak (maksudnya kena mengerakkan jari ketika tekan keybod). Dah pertengahan bulan disember dah. Kalau dihitung kira lebih kurang 2 bulan setengah je lagi saya bertukar status kepada PUAN. Tapi persiapan tak berapa nampak jelas lagi. Masih samar-samar. Sekarang mari kita buat check list barang-barang hantaran untuk en.beliau dan untuk saya.

Untuk en.beliau.
  1. T-shirt / kemeja  (Done. OU)
  2. Kain sampin
  3. Perfume (Done.Sogo)
  4. Kasut (Done.Sogo)
  5. Sireh
  6. Cincin
  7. Kek
  8. Buah
  9. Coklat
  10. Penjagaan diri
  11. Suprise
Untuk saya.
  1. Kasut (Done. Sogo)
  2. Handbag (Done. Sogo)
  3. Perfume (Done. Sogo)
  4. Wang hantaran
  5. Barang kemas
  6. Sireh
  7. Cincin
  8. Kek
  9. Buah
  10. Coklat
  11. Alat makeup / penjagaan diri
Sampin tu mungkin beli kat Pasar Payang la. Banyak pilihan skit. Lagipun ada cousin i jual atas tu. Haha. Boleh tawar harga murah-murah skit. Tapi biasa sampin yang murah ni yang tak berkualiti sangat. Kan.


Sireh. Masa tunang i gubah sehari sebelum majlis. Guna span basah ngan sireh ori ngan bunga ori baru santek dan segar. Kali nie kena fikir dua dekorasi la nak gubah.

Cincin en.beliau dan barang kemas saya tak tahu nak beli kat mana. Tunang hari tu ayah tempah cincin en.beliau dengan kawan dia. RM300++ jer. Sekarang tak tahu nak tempah ke nak beli yang siap. Survey dulu la nampaknya. Dengar kata harga emas makin naik. Betul ke? Nak beli awal-awal macam tak selamat jer.

Buah dan coklat tu boleh beli seminggu sebelum majlis. Kek pulak saya berkenan dengan foundant kek. Nampak sangat menarik dekorasinya.

Penjagaan diri en.beliau cakap nak beli sendiri. Suka hati la. Taruk la apa-apa yang dia nak. Rojak jela.

Alat makeup atau penjagaan diri. Mana satu yang korang pilih??

******

Waaa. Lepas list baru tahu rupanya tak sampai separuh pun lagi yang dibeli. Tapi yang lain-lain tu boleh jer kalau nak beli  kat kampung kan. Sekarang plan dah bertukar dah. Future mil request nak saya design hiasan hantaran untuk pihak laki jugak. Jadi kena fikir dua tema, dua kaler dan dua rekabentuk. Adus. Nampaknya gigih la membelek koleksi majalah pengantin. Sob.



5 comments:

  1. tu maknanya fiza pandai create hantaran..untung lah...die suruh fiza buatkan fiza punya hantaran sendiri..ekeke :P xpe syg selow2 keh..

    ReplyDelete
  2. Beli sampin kat Pasar Payang je. Klu dh kenal, mesti lagi murah tue.

    ReplyDelete
  3. terujanya!! teringat zaman2 i nk kawen hari tu..huhuhuhu

    ReplyDelete
  4. jijah : ala.i lipat2 gulung je u.buruk gila.hee..


    liya : tulah pasal.byk pilihan sket.=)

    ReplyDelete
  5. sis mieyza : heee..i yg poning neh..adeh.=)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...