Para Pengikut..

Monday 31 October 2011

Maaf. Sini bukan kaunter pertanyaan.


Salam uolls.
Suka hokeh bila diTAG. Suka time saya sedang rajin la. Kalau time malas toksah la nak tag memang tak layan la. Kali ni ditag oleh Cik Kupu-kupu (sila translate english sendirik).

  1. Apa jenis lagu yang anda suka? Sertakan tajuk.
  2. Adakah anda percaya cinta pandang pertama?
  3. Celcom or Maxis or Digi? Kenapa?
  4. Apa yang anda lakukan pada waktu lapang?
  5. Siapa yang paling anda percaya dalam hidup?
  6. Kalau anda ada masalah, siapa orang yang mula-mula yang anda akan luahkan?
  7. KFC or McD or PIZZA HUT?
  8. Apakah jenis handphone milik anda sekarang?
  9. Dah berapa lama anda guna handphone tersebut?
  10. Adakah anda sedang bercinta? Dah berapa lama?
  11. Apa pesanan anda untuk orang yang mengetag anda ini? kehkeh

Haha. Comel jer soalannya. Tapi sepatutnya saya kena tag orang lain then tanya soalan kat orang lain kan. Malasnya. Haha. Jadi tag berantai ni kira habis kat saya la kan. Haha.


Jenis lagu yang disukai.

Banyak genre yang saya suka. Ikut mood la. Kalau sedang teringat buah hati pasang lagu jiwang-jiwang sket. Macam lagu-lagu Kangen Band ke. Peewit. Kalau drive suka lagu rancak-rancak. Saya jarang dengar lagu omputih. Sekarang ni lagu yang asyik duk putar-putar repeat-repeat banyak kali adalah.




Cinta Pandang pertama.
Percaya ke? Dulu pernah la percaya. Bila ingatkan si dia yang pertama kali bertentang mata terus sama-sama jatuh chenta itu mr.right saya. Tapi akhirnya dia hilang tanpa kata. Terus rasa macam cinta pandang kesepuluh pon boleh bahagia nak dibandingkan cinta pandang pertama yang berpura-pura itu. Haha.

Celcom or Maxis or Digi
Celcom. Yeeeehaaa. Sebab Celcom baik hati. Tiap-tiap bulan dapat kredit free. Tiap-tiap tahun dapat seminggu call n msg free. Errr. Siaran ini tidak berbayar.

Waktu lapang?
Tak tahu la bila waktu lapang neh. Biasanya time waktu lapang tengok tb kot, takpun belek majalah-majalah lama, kadang-kadang selongkar lemari buang baju-baju tak pakai.

Percaya.
Kalau sebut paling tu haruslah seorang jer kan a.k.a Fatimah binti Sulong. My emak kesayangan.=)

Orang pertama tadah telinga dengar masalah.
Errrr. En.beliau kot.

KFC,MCD,PIZZA.
Of cos MCD sebab ada kecintaan saya.

Spicy Chicken Mc Deluxe!!


Jenis Henpon.
N78

Dah berapa lama guna.
Tak ingat la. Dua tahun dah kot.

Sedang berchenta ke?
Lama sangat dah bercinta. Hee. *Blushing*





Pesanan penaja
Majulah sukan untuk negara.=p


Haha. Okeh. Dah settle. Siapa yang sedang bosan sila tag diri sendiri.=)



Sunday 30 October 2011

Apa yang ada dalam folder webcam anda?

Salam uolls.

Siapa yang lappy ada webcam tu mesti korang selalu photogedik depan lappy kan. Biasa la. Time sedang bosan, time stress boleh la berphotogedik depan webcam. Boleh hepi-hepi sket. Tapi saya benci jugak webcam. Sebab ia buat muka saya jadik bulat. Ok. Tipu. Sebenarnya memang BOOOLAT.

Haha. Kadang-kadang kualiti gambar kat webcam menjadikan muka langsung takde cela.
Terima kasih webcam.

Haha. Ada efek macam-macam. Suka-suka. Ni efek bengang.

Ni nak menangis pun ada. Nak ketawa pun ada.

Ni senyum palsu.


Tengah-tengah ambik gambo feeling cute ada pulak burung melintas depan mata.
Tak boleh jadi. kena tangkap neh. Jari dah siap sedia...

Zupppp! Alamak, laju plak dia terbang.

Ok. Dah habis drama. Mari pilih border yang santek.

Maaf. Terover lighting pulak. Border cantik. Nanti jangan lupa ambik masa majlis kawen. Hehe.
Haha. Bangga sangat kau dapat gelas hijau kan.

Hurmm. Thinking.

Eh. Sebenarnya nak toleh kanan tengok burung terbang. Salah toleh plak.
Yer. Ini baru betul. tapi mata dah juling dah.
Peewit. Border ini pun santek.

Ok. Puas dah merapu-rapu.  Nak tutup laptop dah.
=)



Tuesday 25 October 2011

Surat untuk ex-boyfriend.



Salam x-bf.


Saya tahu awak takde belog kan. Dan saya harap awak tak tahu kewujudan belog saya. Melainkan kalau awak gigih stalk page FB saya. Tapi saya yakin tak la. Macam dah takde kerja lain awak nak buat kan kalau awak gigih stalk info saya.


Malam tadi dapat msj senyum dari awak. Alamak. Kalau awak baca konpem awak tahu awak yang dimaksudkan. Tak jugak. Bukan awak sorang je yang hantar msj senyum kat saya malam tadi. Ok. Sambung pasal msj senyum atau simbol =)

Beria-ria awak senyum kan. Hepi semacam je. Terus saya dapat mengagak. Awak bakal jadik ayah kan? Haha. Tepat. Tapi tepat yang terlambat. Sebab dah 3 bulan wife awak pregnant.
Tahniah awak. Kan saya dah cakap awak akan kawin dulu. Tengok dah nak dapat anak dulu dah. Psst. Kalau anak awak laki kita jadi besan nak? Haha.


Hmm. Bulan lepas terjumpa awak kan. Akhirnya awak kenal en.beliau saya. Terjumpa tengah-tengah jalan kat bank. Tapi nak tegur macam kekok je kan. Jadi tegur dengan senyum je la. Hmm. Tak sangka pulak malam tu awak msj and say something. Tapi nak buat macam mana. Tuhan dah rencanakan semua. Tapi suka. Kita tetap jadi kawan kan. Macam masa mula-mula kenal kita kan kawan. Harap kita akan jadi kawan sampai bila-bila.


=)






Sunday 23 October 2011

D.I.Y | Bunga Kertas

Salam uolls.

[Percubaan pertama menghasilkan bunga kertas]

Gigih la sangat kan. Mula-mula pergi kedai cari tissue paper. Tapi sampai ke sudah tak jumpa. Konpius jap. Kedai apa sebenarnya jual tissue paper? Mustahil la nak cari kat kedai tayar Ah Seng.

Lepas tu last week kan pergi Mesra Mall. Jumpa la satu kertas neh kat Popular. Tak tahu la untuk apa tujuannya. Tengok material kasat skit. Jarang skit. Pikir-pikir terus beli kaler pink dan biru.

Godek-godek YouTube : How To Make A Tissue Paper Flower

And finally i got dis.

 Keke.

Hasilkan sejambak letak dalam botol kaca. Mak masuk bilik terus dia kepelikan. Dari mana datang bunga ni? Nak kata beli macam tak logik la kan. Bila tersipu-sipu cakap i buat sendiri terus mak cakap.
" Buat la banyak-banyak, buat untuk bunga telur"
Gedebummm!

Haha.
Mak sangat genius. Terima kasih mak. Tapi untuk bunga telur tak boleh la kot. Pasal bunga ni sensitif. Nak letak banyak-banyak dalam kotak tak boleh nanti habis berkedut-kedut dah tak nampak rupa bunga dah. Nampak bagai pinang dilenyek lori adalah.

Letak dalam pasu saja lah.
=)


Mini Pelamin | Nikah

Salam uolls.


Kalau nikah kat masjid kan senang tak payah deco-deco pelamin untuk nikah. Kalau nikah kat rumah harusla bikin mini pelamin. Takkan nak terselit duduk sebelah mak. Nanti tok imam pusing kepala cari pengantin perempuan kat mana. Haha. Tak bleh blah imaginasi negatif.

Dekorasi mini pelamin Design by Sher.

Santek, simple, nice.



















Sila terjah untuk cari idea.








Saturday 22 October 2011

Another character in 'Kisah Hidup Seorang Saya'

Salam kamu, kamu dan kamu.


Tentu kamu sedang hepi sekarang kan. Masing-masing dah punya life yang berbeza dengan saya. Kamu dah ada masterji dan jadi prof. Sedihnya saya. Saya pun teringin nak sambung jugak ke peringkat yang lebih tinggi. Tapi mungkin tiada rezeki saya untuk itu. Mungkin rezeki saya masih disini mencari rezeki untuk tunggangan tanggungan saya si putih yang hensem itu. Tak pe lah. Saya tak kisah sangat pun tentang itu. Sekurang-kurangnya saya tumpang bangga dengan kamu saja la.

Kamu yang pertama. Kamu tahu tak. Saya dah bosan gilew sejak kamu tiada. Mula-mula kamu pergi, lepastu saya pindah duk tempat kamu. Konon-konon nak jadi prof jugak. Prof atas meja saja. Kemudian kamu yang kedua dan kamu yang ketiga pulak pergi. Haha. Saya pun pindah tempat lagi duduk di tempat yang pernah kamu dan kamu duduk. Sweet tak saya. Kan. Kan. (padahal tak tahan sejuk)

Dah takde pencetus idea untuk aktiviti gila-gila. Sob.

Dah takde gegaran taufan ida kat kerusi saya. Sob.

Dah takde penasihat warna tema perkahwinan saya, hiasan kerawang untuk pelamin saya dan dekorasi untuk hantaran saya. Sob.

Ya. Saya sunyi. Serius. Tengok gambar kenangan bersama kamu, kamu dan kamu supaya terubat sedikit rasa ini.

^_____________________^ (ini simbol sunyi)

Ini Syapida. Hmmm. Maafkan saya. Prof Syapida. Perlu bold dan uppercase ke? Ok. Fine.
PROF SYAPIDA.

Dulu henpon saya selalu ada banyak gambar kamu-kamu. (kamu yang paling banyak ialah Syapida) Kalau henpon tercicir tepi jalan mesti orang yang jumpa ingat kamu empunya henpon saya. Sebab banyak gambar poyo kamu kot berbanding saya tuan henpon yang comel ni. Tapi tak kisah la. Sebab sekarang bila kamu-kamu-kamu dah tiada dan bila saya godek-godek balik gambar-gambar itu buat saya senyum sorang-sorang. Macam-macam ragam kan.
Kan ini takde kerja namanya. Dengan siapa lagi saya boleh ambil gambar gial-gial (baca gila) seperti  ini.
Dengan plastik sampah pun kami mampu bergambar. Korang ada?
Ok. Betul. Saya memang comel berbanding Syapida.

Hah. Ini bukti. Kalau kamu jumpa gambar ini dalam sebiji henpon cuba teka sapa pemilik henpon itu. Tentulah yang tengah-tengah itu. Kan. Gial. Saya nampak mata saja. Haha.
Ni sah konpem mesti gadoh berebut spegeti. Konpem korang gadoh.
Noted. Memang sadis dah takde aksi begini dalam folder images dalam henpon saya.

Ini sewaktu jengjalan di jalan tar. Masa pergi dinner baju merah putih itu. Sila ingat segala kisah tragis yang terjadi. Wakaka.

Ya. Ini baru betul tuan empunya henpon. Eh. Tiba-tiba saya rasa bukan bergambo dengan Syapida.

Kau sempat lagi bergayut kan. Eh. Kamu-kamu-kamu tahu kan. Gambar ni la yang ada orang tu cakap saya Tiz Zaqyah. Haha.
Ini gambar sangat ada drama didalamnya. Sampaikan kita reka dialog macam-macam mewakili gambar itu kan. Haha. Yang pasti Melati sedang kejutkan Syapida yang sedang tido. Haha.
Ini CTS di Kota Bharu. Pon macam-macam cerita suka-duka-sedih-gembira sepanjang sebulan (weekends) kita ke sana kan.
Saya suka ambil gambar kekawan yang hepi.
Kisah lori ini kamu ingat ke? Konon-konon nak pergi Wakaf Che Yeh tapi buta peta. Berenti trafic light merah tanya abang-abang bawak lori. Terus mereka suruh follow mereka. Haha. Terima kaseh abg lori.
Ini gambar. Sweet. Eh. Gambar ini lah yang kita sama-sama pakat tukar jadi profile pic kat FB kan. Lepas tu semua pakat berbalas komen sehingga jadi seperti bawah. Comel.

Ini besday korang. Konon-konon nak buat suprise tapi tak jadi sangat. Sebab korang pandai berlakon terus korang buat-buat terkejut kan. Otromen atas kek Syapida masih ada atas meja saya.
Ini ada meeting kan. Then sebab bosan menunggu macam tunggu giliraan cek perut di klinik terus bergambar dengan kamu. Suka gambo nie.
Ini futsal. Tak. Bukan kita main. Kita tengok student main. Lepas tu habis futsal berlari ke tengah padang nak bergambo berlatar belakang kaler hijau.

Melur yang senangtiasa cool.
=)

Ini di pantai Batu Buruk masa program Cakna pantai. Ajak student kutip sampah di pesisiran pantai.
Alam sekitar tanggungjawab bersama **tiba-tiba


Ini masa ajak student main bowling. Sempat lagi berdrama king di luar TER. Eh. Tapi apesal pakai baju kurung. Betul ke main bowling ha?

Haha. Ok. Ingat. Ini masa Syapida n saya gigih ke rumah Kak Yam untuk bikin cup cake untuk mentees. Lepas tu semangat sama-sama deko cup cake tu kan. Haha.


Haha. Dah macam roper orang asli dah. Gigih petik bunga-bungaan di laman rumah semata-mata nak jadi kumpulan dekorasi kek paling cantik. Tapi sia-sia aje. Keh.

Melati apesal takde Bunga Melati pun. Baik awak tukar nama jadi Bunga Raya atau Bunga Kertas takpun Bunga Kemboja.

Last but not least..

Dah takde gambar-gambar seperti ini. Sob. Serius. Folder imagaes dalam henpon saya dah takde gambar-gambar gial-gial untuk dikenang. Sedehnya. 

Akhir kata terima kasih kamu-kamu-kamu jadi watak penting dalam novel 'Kisah Hidup Seorang Saya'.
Harap bab-bab seterusnya ada klimaks yang lagi menarik.
{Big HUG}






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...