Para Pengikut..

Tuesday 3 January 2012

Flashback to 2011.

Salam uolls.

Dah 2012 dah. Sekejap jer masa berlalu. Baru jer rasa meningkat usia tahun lepas. Ni nak meningkat usia lagi. Adui. Umur makin meningkat. Kesihatan makin membimbangkan. ^______________^

Now, nak kembalikan memori 2011. Macam-macam suka duka terjadi. Tapi nak flash back yang suka saja.

Januari

19 Januari. Dis time anak-anak buat saya terkejut. Opocot mak!! Serius memang tak dapat detect apa-apa pun. Pandai diorang. Terharu, terkejut, hepi, nak nangis pon ada. Cover. nanti nampak sangat i manja. Haha.

Lagi cerita panjang lebar di entri Pengsan lagi akhibat Jamuan Hari Jadi Mengejutkan.

Februari

 
Bbq time. Bukan senang nak keluar ramai-ramai. Set masa biar semua boleh pergi. Itupun ramai jer yang tak boleh join. Bila lagi yer kita dapat kumpul ramai-ramai macam ni yer?


Mei


Majlis pertunangan adik angkat Ila. Rindu sangat Ila. Saya kenal dia lama dah. Almost three years dah. Kenal sebab tunang dia kawan baik en.beliau. Masa tu dua-dua belum tunang. Awal tahun 2011 baru kami kenal lebih rapat. Keempat-empat orang semua sekepala. Gilew-gilew. Selalu la dia kongsi kisah suka-duka dengan saya. Sebab kampung dia pun tak jauh dari rumah saya nak pergi mana-mana ajak dia. Nak keluar bergosip kat pantai ajak dia. Now dah sunyi sebab ila dah kerja kat Klang. Sob.

Jun


Trip to Mundok. Nasib la pernah ke Mundok. Nanti kerajaan dah nak sekat laluan ke sana kan. Punyalah bertarung nyawa naik bot bersesak-sesak harungi sungai yang air maha deras. Semata-mata nak ke Mundok. Penat hewwww. Sumpah lepas ni kalau ada sesiapa nak ajak ke Mundok tak nak join dah. Tapi barang-barang agak la murah. Tambah-tambah kelengkapan dapur. Tambah-tambah buat yang pandai dialek Kelate boleh la tawar-menawar 70%. Haha.

Oktober

 
Wah. Berjumpa kekawan yang dirindui sangatla menggebestkan. Kental saya dan Ani ke Kemaman semata-mata mahu berjumpa Cemak. Lepak dan bersukaria di Monica Bay (Pantai Teluk Mak Nik)


November

Shooting. Seminggu jugak la kelas huru hara gara-gara shooting time. Macam-macam yang kitorang tempuh. Yang kelakar, yang tragis, yang memenatkan, yang menggembirakan. Yang mendebarkan pon ada. Fuhh. 


Disember

Rasanya dinner kali ni paling tak boleh lupa dalam kenangan sepanjang berkhidmat di sini. Pertama sebab ada Tam & Spider. Artis yang jadi kegilaan zaman remaja-remaja dulu. Then kedua sebab dis time konvoi dengan ibu Shauqi bawak en.beliau sekali. Konon-konon nak beli barang hantaran kan. Nah kau beribu jugak habes. Kering wallet wa. 

Eh. Lupa satu lagi perkara yang sangat tak boleh dilupakan.

(03/06/2011)


Bergelar tunangan kepada Mohd Zulriduwan bin Othman.

Masa hari tunang saya gabra sangat. Nasib baik makeup tu tebal. Jadi tak nampak muka saya pucat sebab neves. haha. Kawan baik saya Ani datang awal. Jadi dia ada masa make up session. Dia je la tahu betapa berdebarnya seorang saya. Rasa serba tak kena. Sampai lupa pakai sarung kaki. Then masa rombongan sampai en beliau msg 'b dah sampai depan rumah'. Aiyooo. Lagi mahu buat orang berdebar-debar. Tu pun nak bagi tahu. Nak karpet merah ke bang?

Then kakak ipar bukak pintu cakap 'its the time' speaking you. Kerlass kak ngah. Boleh pulak tanya kawan-kawan dalam bilik tuh 'bunga ni nak bawak tak?' (hb). Haha. Punyala neves kan. Masa sarung cincin ma pulak yang berdebar. 'Muat ke tak ni yang' haha. Sebab ma yang beli sendiri cincin ukur dengan jari kelingking en.beliau. Masa hari tunang baru saya tengok cincin tu. Simple je. Sebab saya dah pesan siap-siap kat ma nak cincin biasa yang takde permata. Nasib baik muat uolls.

Kebetulan pulak ma pakai baju kaler hijau. Jadi bising sedara-mara diorang usik-usik cakap kitorang pakat pakai baju kaler sama. Haha. Kebetulan je kot.

Alhamdulillah dah settle tu baru rasa lega. Lewat petang baru makan.

****

Itulah kenangan sepanjang 2011. Banyak lagi yang tak tercatat dalam diari online ini. Tapi tetap tercatat dalam ingatan saya.

Bye 2011. Semoga 2012 berjalan dengan lancar. Penuh suka berbanding duka.









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...