Para Pengikut..

Monday 13 February 2012

Entri GEDIK SANTAI

Salam uolls.

*25 hari lagi sebelum diijabkabulkan.

Gedik santai kan nak countdown segala. Lama dah tak update belog. Maafkan saya belog. Sangat menyibukkan diri dengan hal opis, hal kawen-kawen sehinggakan saya rasa ramai manusia terabai. Ceewah. Terabai la sangat kan.

Ok. Berbalik kepada entri gedik santai.

Semalam en.beliau menemani saya ke Pusat Pakaian Hari-hari. Saya plan nak beli something. Dah muka kami comel macam budak baru lepas SPM kan so sah-sah orang akan ingat kami pakwe-makwe walhal esok lusa dah nak bergelar isteri. Ok. Nak tambah ayat gedik..esok lusa dah nak jadik papa mama seseorang. Fine. Sila menangis terharu. ^_____________^

En.beliau merangkap penasihat fesyen. Dia memang akan ikut saya kesana kemari dalam kedai tu dan akan komen itu ini. (ok. Sebenarnya merangkap tukang komen jugak). Then masa dia berdiri agak jauh dari saya ada la sorang sales girl ni menegur saya ramah.
"Bagusnya pakwe dia sanggup tunggu lama-lama". Aish.budak ni bercakap dengan aku ke. Saya senyum angkat kening. Sebab ingatkan dia sembang dengan kawan dia. Dia pun ulang lagi sambil pandang en.beliau.
"Tu, bagusnya pakwe tunggu pilih baju. Kalau pakwe saya memang tak la"
Haha. Gelak sorang-sorang. Sangat la peramah kan. Sampai komen pakwe sendiri kat kita.

Saya senyum jer (sebenarnya kombang idung). Terus bawak baju blah pergi bayar.

Itulah en.beliau.
Terima kasih kamu merangkap penasihat fesyen saya.
Merangkap tukang komen dan membebel.
Merangkap tukang habiskan makanan sebab tak suka membazir.

dan yang paling penting...


Merangkap tukang buli.

^______________^

Terima kasih sudi singgah dalam hati kita.
Sila duk situ diam-diam jangan keluar sampai bila-bila.
=)




2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...