Para Pengikut..

Monday 20 February 2012

Updated : 17 days to go

Salam uolls.

Haccummmm (bersin) . Sampai bersin masuk entri sendiri. Nak buat macam mana lama sangat blog dibiar berhabuk bersawang. Kering idea dah nak menulis. Sebab fikiran asyik memikirkan macam-macam perkara sampai tiada ruang untuk membebel.

17 hari mencari cinta (ceewah. macam tajuk cerita la pulak. eh, tajuk cerita ke tajuk buku? lantakla)

Cuma nak updated perkara yang belum 100% siap.

1. Baju nikah
Sabtu minggu lepas saya dah terjah kedai tempah baju nikah tu. Baju simple jer. Kurung moden jer. Alhamdulillah baju dah siap. Cuma kain agak longgar skit. Jadi tukang jahit nak baiki lagi. Sabtu ni nak roger akak tu dah siap ke belum. Harap dah siap. 

2. Veil 
Ini lah yang menjadi masalah sekarang. Saya macam nak sewa jer veil. Al maklumlah sangat malas plus tak reti plus takut outcome tak memuaskan jadi baik sewa saja. Cuma nak sewa kalau boleh nak tengok depan mata supaya boleh match in dengan naik nikah tu. Jadi sabtu ni nak tanya Butik Perkahwinan tu boleh tak kalo nak sewa veil sahaja. Harap dapat.

3. Pelamin etc
Sepatutnya Sabtu lepas pergi fitting baju. Tapi my encik tunang pulak sibuk. Saya pulak ada karnival kat opis. Jadi Sabtu ni InsyaAllah kami menerjah Butik Perkahwinan E'wan. Yahooo. Tak sabar nak jumpa kamu. Errr. Bukan kamu en.beliau. Tak sabar nak jumpa baju sanding kita nanti. =p

4. Mini Pelamin
Sebab nikah kat rumah plus pelamin sanding luar rumah jadi kena buat jugak mini pelamin untuk nikah. Yang ni masih kabur-kabur tak tahu nak design yang macam mana becoz sekarang saja ada 5 sketch idea untuk mini pelamin. Sebab tengah meeting pon sempat lagi sketch idea. Fine. Yang penting kena beli dulu material dan bunga untuk deco.

5. Hantaran
Barang-barang hantaran ada beberapa lagi yang tak settle macam sireh, bunga telur, coklat, cakes. Yang tu lagi dua hari sebelum majlis sempat la nak siapkan.

Deco hantaran untuk en.beliau dah settle.
Cuma deco hantaran untuk diri sendiri tak siap lagi. Almaklumlah pengantin pompuan sendiri yang deco hantaran untuk diri sendiri harusla cerewet sikit. Hahaha.

6. Wedding card
Wedding card dah lama siap. Akhir bulan 12 dah siap. Cuma sekarang baru nak edarkan. Jumaat lepas saya dah ikut mak edar kad kat rumah sedara mara mak, besan dan kawan lama dia. Fine. Mak jumpa kawan zaman sekolah rendah dia. Riuh rendah satu rumah tu diorang duk sembang.

Wedding card untuk anak murid pun dah edarkan. Baru separuh yang datang tuntut card. Haha. Jadi kawan-kawan lain tunggu saya edar dis weekend yer.

7. Deco dalam bilik pengantin
Tadi lunch hour keluar beli frame gambar. Ada sesuatu yang akan dibuat pada frame tersebut. Harap-harap menjadi la yer. Thehee. Tu untuk deco dalam bilik. Bilik dah cat. Mekaseh abang tolong cat. Untung jugak ada ramai abang dan adik laki. Hehe.
Perabot akan sampai akhir bulan nanti. Harap perabot yang diorder tu sampai ikut masa.

8. Dokumen nikah
Alhamdulillah. Semua dah settle. Dah hantar kat pejabat agama. 3 hari sebelum nikah pergi ambil balik dokumen tu semua. Macam-macam hal yang berlaku dalam proses menyiapkan dokumen tu. Dah la en.beliau lain daerah. Jadi prosedur lain sikit. Nama ayah dalam ic saya dan ic ayah pun lain. Kena jumpa pesuruhjaya sumpah lagi. Adoiiii. Sabar jela. Yang penting semua dah settle. Rasa lega sikit disitu.

Ok. Rasanya tu je kot update untuk kali ni. Seminggu sebelum hari kejadian akan updated lagi InsyaAllah kalau berkesempatan. Anyway, sesapa yang tahu kat mana-mana saya boleh rent veil just let me know.
Sob. Sob.




3 comments:

  1. semoga dipermudahkan segala urusan.. =)

    ReplyDelete
  2. eyda : hehe.sedang sabar dear.

    fara : Amin.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...