Para Pengikut..

Tuesday 19 June 2012

Tahun ke TUJUH.

Tahun ketujuh.


14 jun 2012. Tepat tarikh ni bersamaan tujuh tahun saya kenal awak.

Saya tak terfikir akan jatuh cinta pada awak. Tak terfikir akan jadi sebahagian dari kisah hidup awak. Sebab apa yang saya rancang bila mula kenal cinta adalah 100% tak sama. Betullah. Kita hanya merancang. Dan tak semestinya apa yang kita rasa baik untuk kita itu sebenarnya jadi hak kita. Kerana yang kurniakan itu adalah Tuhan. Bila-bila masa Tuhan boleh ambil semula.

Lapan tahun dulu saya kenal seseorang. Memang tepat kalau dikatakan cinta pandang pertama sebab bertentang mata dengan dia kemudian ada rasa debar dihati. Saat tu rasanya bulan dan bintang semua milik kami. Sambil tanak nasi pun tersenyum-senyum Nampak dia dalam periuk. Sampailah suatu masa bila kami terpaksa berjauhan dan mungkin kerana hal itu dia terus menghilangkan diri. Berhari-hari saya menangis macam kucing kehilangan anak. Pelajaran entah kemana. Rasa hidup sangat kosong. Semua perkara yang dibuat serba tak kena.

Sampailah suatu masa Tuhan hantar awak buat saya. Kita mula kenal dengan bergaduh dalam msj. Bukan bergaduh gurau-gurau kan. Bergaduh siap cakap aku-kau lagi. Tapi bila perselisihan faham tamat kita mula berkawan macam biasa. Tapi sekadar dengar suara di hp. Masa tu saya langsung tak letak kan apa-apa harapan pada awak. Harapan saya yang satu adalah agar dia yang tinggalkan saya itu kembali pada saya.

Saya tak tahu kenapa awak boleh setia pada saya. Sedangkan banyak kali saya bagitahu hubungan kita tak kan sampai kemana sebab saya tak dapat lupakan dia dan akan kembali pada dia bila dia muncul suatu hari nanti. Tapi awak terus setia pada saya. Mungkin sebab kesetiaan awak tu lah kot dia tak muncul-muncul.

Terima kasih sebab hapuskan ingatan saya pada dia. Terima kasih sebab bakar semua kenangan saya terhadap dia. Terima kasih sedarkan saya dari kenyataan.

Terima kasih sebab awak sudi terima saya. Ya. Walaupun tahu saya sakit kan. Sampaikan ma ayah awak bawak saya berubat traditional. *Sobsob. Touching. Sampai satu saat saya bagitahu awak hakikat yang penyakit ini tiada ubat. Boleh bawak mati bila-bila masa. Tapi awak tetap terima saya.*Touching lagi.

Ok. Maafkan saya dulu sebab pasal futsal pun boleh cari gaduh dengan awak. Sangat tak manis hokeh. Sebab awak tak bagi sangat saya main futsal jadi awak datang semata-mata nak temankan saya tengok kawan-kawan main futsal.

6.12.2006
Bila dah kenal. Dah bercambah bunga-bunga riang dalam hati, tengok kasut tanpa pandang tuannya pun dah berdebar. Kemain hoii. Eh. Bila tengok gambar zaman muda-muda baru perasan kiter suka ambik gambar benda-benda yang berpasang.


Kasut awak dan pasangannya sandal saya.

15.2.2007
Henfon awak dan pasangannya henfon saya
Ok. Again. Kasut awak dan sandal saya.

3.8.2007
Lagi kasut awak dan pasangannya selipar saya. Tapi versi edited. Tengok. Kasut dan selipar pun boleh edited kalau dah nama dalam hati ada taman. Kan.
19.2.2010
Fine. Ada lagi. Kasut awak dan selipar jepun saya. Gilew kentang keluar dating pakai selipar Jepun jer. Sempoi tak. Muahaha.

19.03.2010
Spek awak dan spek saya.

15.10.2011 
Bayang-bayang awak dan bayang-bayang saya.

10.6.2012
Makwe awak dan pakwe saya.

Isteri awak dan suami saya.
^_____________^

Untuk ketujuh tahun ini saya mengharapkan agar Tuhan panjangkan jodoh kita sampai ke
 tahun-tahun yang seterusnya.

Ameeen.

8 comments:

  1. Jaja awak sakit ape ?

    ReplyDelete
  2. HH : awak tak tahu eh jojo..ada jer dlm entri sy yang lama2..awk godek2 la kalau rajin..

    ReplyDelete
  3. so suwiittt , mohon carikan saya seorang buleh ? sobbbss ! titew singlee ~

    ReplyDelete
  4. sooo sweeeeett.aaamiiinn.

    ReplyDelete
  5. sweett like candy....♥♥

    ReplyDelete
  6. eyda : alamak..sy tak reti carikan..nanti salos cari..

    kak cik : aminnn =)

    Kak ina : kamulah candy itu..rindu kamu kak inaaaa!!!!!

    ReplyDelete
  7. Anonymous1:34 pm

    yang las paling sweet..isteri kamu dan suami saya...berasa nak ade belog sendiri la pulok..asyik bc blog org je..hehe

    ReplyDelete
  8. puan anon : heee..sila2 buat blog =).bleh sy tgk progress anak2 buah =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...