Para Pengikut..

Wednesday 4 July 2012

Perubahan lepas kawin.


Salam uolls.
Saya perasan ada dua perubahan yang agak ketara pada diri saya berlaku lepas kawin. Rasanya ia bukan betul-betul  lepas kawin, tapi beberapa bulan sebelum kawin .Tapi lepas kawin menjadi-jadi pulak. Adeh.


1. Takut guruh+kilat+petir dan seumpamanya.


Kalau setakat bunyi guruh tu sayup kedengaran xde la takut pun. Tapi kalau guruh tu kuat disertai pulak kilat dan petir terus menjerit. Atau rasa nak menyorok bawah meja. Atau nk tutup tingkap bagi takde langsung biasan kilat nampak dimata. Tapi masih boleh dengar pulak. Ok. Sampai tutup telinga dengan bantal, mata pejam rapat-rapat. Tiba-tiba rasa macam ia adalah penyakit yang sangat dasyat. Atau adakah saya kembali kepada seorang kanak-kanak yang sentiasa takut petir. Tapi saya tak nangis. Fine. Hari tu satu malam tu petir sangat kuat. Rasa macam nak tercabut atap dibuatnya. Apalagi terus saya menjerit kuat-kuat. Nasib masa tu hero saya ada. Thehehe. Tapi kesian en.beliau. Dia cakap masa tu berdebar gilew ingat kan isteri dia histeria. Rupanya takut PETIR!!dang!!

2. Tak boleh tengok mayat kucing dijalanan.


Kalau dulu ternampak si kucing mati kemalangan saya masih boleh gagahkan diri tengok kondisi kucing sambil duk ulang-ulang 'siannya kucing tu' sampailah kelibat hilang dimata. And now rasa macam dah tak mampu tengok. Kalau dari jauh nampak bergolek kucing dilangar lari mesti pandang arah lain. Sangat bahaya tengah drive pulak tu. Ok. Kadang-kadang jeling sebelah sampai ekor mata pun tak kan nampak kondisi kucing tu. Ia bukan seperti perasaan geli tengok keadaan kucing tersebut tapi mungkin rasa tak sanggup atau simpati melampaui batas sampai dah tak sanggup nak tengok. Tapi memang la. Kita sebenarnya tak digalakkan sangat tengok mayat kan. Jadi saya harapkan lepas ni takde lagi kekejaman tu dinampakkan dimata saya.

Ok. Tu la dua perubahan selain perubahan pertambahan berat. Tapi en.beliau jangan risau. Setakat ni penimbang maintain takat 50kg. Makan sikit berat turun 49kg. Kalau makan banyak berat tak naik pulak. Naik pun sampai 50kg jer. Sekarang kalau makan banyak akan ada bisikan-bisikan kecil mengusik 'makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang.' FINE!!

4 comments:

  1. hahhaa..yg ke2 tu sama ngan k.sya....huuu...sejak dari dulu kot xleh nk pndang mayat kucing yg excident...uwaaa...siyes sgt takut, kesian......huu...

    ReplyDelete
  2. Kak Sya : heee. Saya dulu boleh jer tgk. Lately dh tak boleh tgk dah.

    ReplyDelete
  3. tak sngup tgk kucing mati jgk.. wuu..T_T

    p/s: org pekneng xleh tgk bende pelik2 ye....hehehe

    ReplyDelete
  4. asma : tu ah.sian.

    p/s : xpekneng lg yang.hehe..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...