Para Pengikut..

Thursday 2 August 2012

Cerita yang saya pernah tulis.


Salam uolsss.
(AWAS. Ini entri SKEMA)

Berbalik kepada entri yang lepas pasal BERCAKAP PASAL HOBI. Ini lah antara cerpen yang saya pernah tulis. (Ceh. Ini konon-konon entri mengimbau kenangan ke hape)



Eleeza Azwani.

Iaitu kisah seorang gadis yang sering disiksa oleh ibu tiri kemudian lari dari rumah dan maut dalam kemalangan jalan raya.
*Haha. Masa ni fikiran masih kolot. Bila fikir pasal ibu tiri terbayang ibu tiri yang garang macam cerita bawang putih bawang merah. Ades. Tapi sekarang bukan ibu tiri yang kejam, malahan ibu sendiri pun ada yang macam gitu. Hadoi.

Andai Sudah Suratan.

Kisah seorang gadis jugak, Sarah yang benci sangat pada adik kandung dia sendiri. Di sekolah pulak dia sering berselisihan faham dengan seorang pelajar, Syam. Namun sebenarnya Sarah dan Syam ada pertalian saudara yang hanya diketahui oleh Sarah setelah pelbagai konflik muncul dalam hidupnya.


* Ini lepas sorang kawan yang asyik mengadu pada saya tentang kenakalan adiknya.

Berakhir Sebuah Kerinduan.

Fakhriey yang kehilangan mak ayahnya hidup dengan kakak yang sangat bertanggungjawab. Halangan kemiskinan tidak menghalang Fakhriey untuk berjaya dalam SPM dan menyambung pelajaran ke university di ibu kota sehingga terjumpa kembali dengan ibu bapanya disana.

* Ni sebab mood nak mendepani SPM kan. So, tulis cerpen untuk bagi semangat pada diri. Konon.

Tinggal Sayang Tinggal Memori.

Cerita ni agak complicated. Bila saya baca balik cerita saya tu saya pun pening sebenarnya. Kisah persahabatan, percintaan, konflik dua orang kembar yang bertemu kembali setelah lebih 10 tahun terpisah dan persaingan untuk merebut seorang gadis. Ceeewah. Konflik la sangat kan.

Cerita ni cerita panjang kot untuk versi tulisan tangan saya. Sebanyak 36 helai. So,kira ini bukan cerpen la kot. Tapi lebih kepada cerpan (cerita panjang). Nak cakap novel pun tak la sampai beratus-ratus mukasurat kan.


Tapi cerita ni sad ending. Sebab last tu si heroin mati sebab penyakit.

Nurina Fizati.

*Ceewah. Nama kemain kan. Bagi nama anak cantik gak ni. Heee. Cerita ni ala-ala santai skit. Nurina ni anak yatim yang kematian ibu. Dia tinggal dengan ayah yang sangat menyayangi beliau. Hero cerita ni pulak mamat gangster yang jiwang. Ala-ala macam cerita Lagenda Budak Setan jugak kot.

Cerita ni lagi bertambah panjang. Sebanyak 44 helai.

Rindu Semalam.

*Mula-mula bagi tajuk Secarik Wajah Rindu. Suka hati je wajah pun ada carik. Bukan bulu ayam je boleh carik eh. Carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga. Ok. Sila abaikan tajuk tersebut. Lepas tu tukar tajuk Rindu Semalam. Tapi bila siap tulis dan baca sampai habis. Eh, apa rindu-rindu ni. Bukan pasal rindu saja cerita neh. Haha. Selalu akan ada konflik dalam diri bila nak bagi tajuk. Kadang-kadang saya fail untuk bagi tajuk untuk cerita saya. Ni satu-satunya cerita yang saya taip dan print elok.


Pasal keegoan seorang lelaki kaya yang sukakan sorang perempuan yang hidup dalam serba sederhana. Sebab terlalu ego hinggakan dia bercinta dengan perempuan lain semata-mata mahu insan yang dicintainya cemburu. Hoii. Ada ke laki macam tu sekarang. Berani terus-terang la kan. Cubaannya itu akhirnya memakan diri sendiri.

*Malas pulak nak ulas panjang lebar boleh. Heee.

Hmm. Saya harap saya diberi masa yang lapang supaya saya dapat mengembalikan semula hobi ini. Amin.





5 comments:

  1. wah..kagum ngan ija..hani minat menulis..penah berangan nak tulis novel..tp hampeh..angt2 tahu ayam..hehe...teruskan usaha ija!=)

    ReplyDelete
  2. byknyer...kalu publish mesti leh terbit buku ni....teruskan la berkarya..

    ReplyDelete
  3. oneyy : hehe..tu sebagai hobi di masa lapang jer yang.heee..


    cik dah : heee..skrg dh sibuk la cik dah..tak sempat nak menulis dah.

    ReplyDelete
  4. iwani3:37 pm

    Fizah, wani nk baca rindu semalam boleh?? macam best je sinopsis cite.hehe

    ReplyDelete
  5. wani : hehe..citer tu versi budak2 skolah menengah la wani..mcm tak sesuai je tahap kita baca.hehe..tp lo ada masa fizah akn tulis balik dh ubah skit utk sesuaikn dgn versi kita.hehe..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...