Para Pengikut..

Thursday, 20 September 2012

Car Reverse

Salam uolls.

Masa raya hari tu kan saya ikut famili en.beliau mandi air terjun kan. Apetah nama saya pun tak tahu. Nak dijadikan cerita kereta adik ipar ni ada problem sikit. Gear rosak ke auto rosak??apentah. Saya pun tak pasti apa yang rosak. Muahaha*dasar tahu naik kereta jer*.

Jadi kalo nak naik bukit kereta tu tak dapat naik dengan jayanya. So, adik ipar terpaksa guna gear reverse baru berjaya. Masa datang kereta dia belakang sekali. Jadi kami yang duk depan ni tak dapat tengok macam mana gaya me-reverse tu. Balik dari air terjun kereta kami follow belakang. Risau jugak kan. Bayangkan la ko bawak kereta reverse. Susah kot.*bagi saya larh.

Jadi kereta kami kat belakang ni bagi double signal la. Nak warning orang depan dan belakang. Konon jadi marshal gitu. Muahaha. Bahaya jugak. Kiri kanan semak dengan hutan. Pastu banyak selekoh tajam pulak tuh. Jalan turun naik bukit pulak kan. Harusla kena hati-hati.

Ni Mak Ngah en.beliau la yang beria-ria suh saya upload kat fb. Kemain semangat nak upload dan tag beliau tapi internet pulak slow mengalahkan siput sedut. Jadi teringat la kat akaun youtube neh. Upload punya upload dapat la. Spesel buat Mak Ngah en.beliau.

Selamat menonton.


1 comment:

  1. aiyo, kalo kita mesti terhegeh-hegeh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...