Para Pengikut..

Wednesday 3 October 2012

Weekend yang lalu.

Salam uollls.

Ewah-ewah. Weekend yang lalu tapi baru hari ni tergedik-gedik nak post. Dah nk masuk weekend yang baru lah pulak kan. Weekend lepas Jumaat kerja sebab ikut HR. Sabtu dan Ahad cuti. So, hari Sabtu melepak-lepak dulu kat rumah mak, settlekan bayar bil itu-ini (maklumlah baru dapat gaji swasta). Kemudian lepas Asar baru gerak balik rumah mak mertua. Tetiba ajak en.beliau lalu highway baru. Dia pon macam konpius skit kan cakap tak kenal jalan. Jadi bini yang muka over konpident pon beria-ria lah cakap kenal, senang je, straight je, tengok signboard je and so on. (padahal dah kenal sebab itu hari dah lalu). Hikss. Sebab rumah dekat dengan Tepoh so kami masuk melalui simpang Tepoh tu.

Perjalanan lancar je. Cuma bosan lah. Sebelah kiri takde pantai. Sob. Kalau lalu jalan Marang tu boleh tengok pantai **Apesal dah macam orang tak pernah tengok pantai pulak lagaknya.

Maaplah. Sebab bosan jadi kiteww snap langit, awan,langit dan awan je kerjanya. Sekarang nak masuk musim tengkujuh di Terengganu. Jadi tiap-tiap petang hujan turun menimpa bumi. Bersorak riangla kau wahai katak. Jap. masa ni tak hujan lagi. Awan dah terkandung hujan dah tu.

Tu diaaa. Hujan turun dah. Ini gambar versi edit. Gambar asal suasana sangat gelap ok.
Macam jam 7.15 pm sebenarnya.

Dan makin lebat. Gambar tak tau dah mana satu atas mana satu bawah sebenarnya. Tol depan tu still tak leh guna. So, i pun usik la en.beliau.
'B, standby duit kecik, depan tu tol'
Haha. si suami pulak muka blur sambil duk renung toll depan tu.
'Btul ke. Toll start dah ke, kena bayar ke?
Haha. Ok.Tak pandai mengusik.
'Bayar. Bayar kat bangla duk bancuh simen tuh'
Hahahaha.

Ni suasana macam cerah lagi. Gambar mula-mula kot. Haha. Maaplah. Gambar tangkap muat.

Pokok kering tu korang yang lalu highway ni mesti familiar kan. Saya suka snap gambar pokok kering. Sebab ia macam satu seni abstrak yang sungguh menarik hati. Kan. Nasib baik naik kereta en.beliau so dapat lah i snap gambar suka hati. Kalau naik kereta i kot tiba-tiba en.beliau letih mengantuk sudahnya camera sumbat dalam beg saja. Point nak bagitahu saya tak reti pandu kereta manual.FINE.
 
Ok. En.beliau melawak.

Errr. Konpius kejap. Gambar ni sebelum hujan ke selepas hujan?? Errrrr..

Kasut. Wedges. Haha. Gelak dulu tengok kasut neh. Sebab lama sangat tak pakai. Almost 1year kot. Tiba-tiba pakai dia buat hal pulak.

Nanti saya story later.




***

Akhirnya sampai jugak setelah satu jam lalu highway. Ok lah kan. Kalau lalu jalan biasa tu dekat 1 jam setengah jugak. Jimat masa setengah jam. Itupun sebab hujan, so bawak kereta slow motion jer.

Sampai Dungun singgah KFC beli ayam goreng + my peberet wedges untuk bawak balik umah mertua. =)
Sebab konon-konon nak bagi suprise. Ahakz.

Mak mertua tak tahu pon kami balik.=)


Aktiviti hari Sabtu pulak langsung tak berada di rumah mertua. Sibuk ke sana-kemari. Ampunkan saya ma dan adik-adik.

Tempat wajib. Hee. Sape kenal kat mana pokok ni tumbuh sila angkat tangan =)




Ok. Nak cerita kisah tragis. Balik dungun pakai wedges macam atas tadi. Kemudian masa jalan-jalan kat town en.beliau sukahati terpijak wedges saya. Dah la wedges tu setahun tak pakai. Agaknya dia kecik hati terus tercabut tapak. Waaaa. Jalanlah saya macam orang sakit kaki terpijak paku. En.beliau pulak tak henti-henti gelakkan saya. Ok. Sila belikan saya selipar baru.*menangis disitu jugak.

Fine. Tipu je. Agak-agakla selipar tercabut pon nak menangis.   

En.beliau pegi beli selipar. Dekat Pasar Raya Ku je pon. Selipar murah je. Asalkan ada selipar pengganti. Sebab saya dah tak boleh jalan macam orang normal, so en.beliau masuk pegi settlekan bayaran semua.
Depan kedai tu jugak saya tukar wedges yang rosak tu. Waaaaaa.
Nampaknya kena hantar kedai kasut. Sangat sentimental value wedges tu tau. Sedih ahkakk.


Sebab pakai tema pink. So, en.beliau pilih selipar pink jugak. Sori, saya bukan peminat pink.

Renung gambar atas dan CUBA KIRA BERAPA EKOR BURUNG YANG ADA.=)

Ok. Kemudian pegi ambik angin kat Pantai Teluk Bidara. Ambik angin je. En.beliau macam tak suka sangat kat tempat ni. Ada sejarah hitam kot. Dan saya pon malas nak tanya lebih-lebih kenapa kan. So, duk jauh-jauh dari pantai. Tak kisahlah. Asalkan dapat hirup udara segar. Hilang stress*stress sangat ke hoii.

Inikah lokasi Mael Lambong tak makan rasuah tu berlakon? Yang adegan kejar mengejar tu?
 Sinikah?Sinikah?

Duk main teka-teki ngan en.beliau
"Kenapa tangga tu boleh ada kat situ?"

Sapa ada jawapan sila kemukakan.
^___________^

Kemudian nak balik berenti atas jambatan. Ambik angin sini pulak. Dulu masa jambatan ni masih dalam pembinaan dan baru siap 80% kitorang selalu datang lepak sini. Motif jadikan jambatan tempat lepak kan.
Mengimbau nostalgia kejap =) 


Awan terkandung air datang lagi.

So, jom kita pulangggg...
=)


P/s : Weekend lepas masa agak suntuk untuk bersama keluarga mertua tercinta.
So, weekend ni balik umah mertua lagi. Yeaaayyyyy!! 



4 comments:

  1. Banjir x kg ? nati balik kg leh main banjir wakakaka!

    ReplyDelete
  2. HH : Dop banjir lagi la sayam..nanti banjir nak wat rakit pisang =p

    ReplyDelete
  3. ija,weekend nie hani balik melaka jumpa hubby..rindu..=(

    ReplyDelete
  4. oneyy : heee..bawak cik lisa ek oneyy..drive carefully taww =))

    **Aummm..Kenyit2 mata.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...