Para Pengikut..

Sunday 4 November 2012

Hepi Besday!!

Salam uolls.

Selamat meningkat usia wahai Sajidah. Adik en.beliau yang berumur 7tahun. Adik bongsu dia. So, sambut jugak walaupun kecil-kecilan. Ma dah pesan siap-siap. Kalo tiba hari jadi adik ni, mesti dia akan mintak hadiah dari semua orang. Hari Khamis tu tak sempat nak keluar pegi beli hadiah. So, malam sebelum balik Dungun kitorang singgah pasaraya Sabasun sebab dah plan nak belikan tabung. Dah survey2 dah itu hari.  


Belek punya belek kat rak sourvenir tu tiba-tiba en.beliau terpandang la tabung kereta. Tabung kereta Myvi. Kaler putih pulak tu. Eksaited la terus dia beli. Mula-mula saya plan nak beli buku untuk adik. Tapi en.beliau dah bebel-bebel dah. Katanya budak-budak tak suka kalo belikan buku sebagai adiah ari jadi. Belilah something yang boleh tahan lama. Beli buku 2,3 hari dah rosak gamaknya. Pemikiran lelaki kan. Nak buat macam mana. I kan tenaga pendidik. Haruslah pemiikiran berakademik je. Ahakz. So beli tabung.

Eksaited sangat en.beliau neh. Lepas semayang raya terus panggil adik masuk bilik nak buka hadiah. Padahal besday adik keesokan harinya. Dasar tak leh sabar lah tuh.

Adik bongsu with abang sulong =)

Adik pula tiba-tiba jadi pemalu penyegan yang amat bila panggil nak buka hadiah. Haha. Macam tulah gaya budak-budak terharu.

Ayah beli kek. Mula-mula adik request nak kek bentuk love kaler pink. So sad nak kek bentuk hati kena tempah dulu. So, kek boolat je lah. Kek perisa stoberi. Nyummnyumm.



Hehe. Ma comel sangat. Katanya kucing pon nak bergambo jugak. Lantas dia amik kucing peluk. Alala. Comelnyaaa..

Masa potong kek ni kami je ada. En.beliau keluar jumpa kawan dia. Yang snap gambo adalah kawan adik ipor yang datang beraya. Auwww. Nampak sangat saya bukan adik beradik sedarah sedaging. Tengok senyum pon dah tahu. Hahaha.

Hoverr tau..Ni besday sape ni. Haha. Mekasih ma for the lovely moment. =)

Alhamdulillah. Saya sayang sangat keluarga mertua. Sayang macam saya sayang keluarga sendiri. Semoga kebahagiaan ini kekal sampai akhir hayat. Amin
^___________^





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...