Para Pengikut..

Tuesday 31 January 2012

Majlis Perkahwinan Sumayyah | 28.01.2012

Salam uolls.

Sumayyah ni tak aci tau. Dah langkah bendul. Bagila akak ni naik pelamin dulu. Hee. Well saya doakan supaya rumahtangga awak bahagia sentiasa, dikurniakan rezeki anak yang comel macam awak. Peewit.
Kemain amik aura pegang lace baju pengantin. Haha.




Auwww. Apesal pengantin lelaki tak pakai baju melayu??





Itu aja.
SELAMAT PENGANTIN BARU KAMU =)







Sunday 29 January 2012

Aktiviti suka-suka

Kemain kan. Dah bizi-bizi pun sempat lagi mengarut buat aktiviti suka-suka.
=)



Wednesday 25 January 2012

Update : 25 Januari

Salam uollls.

Rasa masa sangat mencemburui saya. Boleh tak saya nak 48 jam sehari? Errr. Tapi tu pun tak tahu la cukup ke tak. Rasa macam nak klonkan diri sendiri bahagikan tugas IzaFiza original berada di opis. IzaFiza klon berada dirumah menyiapkan apa-apa yang patut. Adoi. Tengokla. Sampai kesitu fikirnya. 

Sekarang dah jarang menjengah di group b2b 2012 sebab saya tahu kalau buka facebook masa akan berlari macam kijang (okey. Kenapa kijang mendapat nama?). Jadi kurangkan kegiatan di FB. Tapi blog tetap kena update (kalo berpeluang) kerana ini ibarat diari. Nanti anak nak tanya "Mama, dalam blog mama takde pon cerita pasal mama gubah bunga telur. Tiba-tiba siap. Mama tipu ey" (Okey. Berhalusinasi lagi). Abaikan saya.

1. Sekarang ni saya baru mula mengubah bunga telur. Mula-mula try buat bunga ntah apa-apa. Sampai mak cakap. Beli yang siap jela. Haha. Tapi tak give up. Orang cakap usaha tangga kejayaan kan. Perghhhh. Cakap macam nak start bisnes kan. Target bunga telur = sehari 2 pcs. 

2. Tengah hari tadi kedai cetak kad kahwin call bagitahu master atau dummy dah siap. Jadi dia suh datang cek ejaan nama tarikh semua betul ke tak. Alhamdulillah semua ok. Hari Sabtu dah boleh ambik 100pcs dulu. Sebab mak nak bagi ke sedara mara jauh-jauh yang kebetulan nak datang Sabtu ni. Jadi tak payah susah payah bermadah bertandang ke rumah mereka.

3. Paper bag dah beli. Cuma beli untuk satu versi dulu. Versi kedua kena beli yang tahan lasak skit. Maklumlah nak masukkan glass jar. Aspek keselamatan kena jaga. Ceewah. Sebab saya pernah tengok budak kecik hayun-hayun door gift yang dibawa sampai terpelanting kuih bahulu. Adoi.

****

Wah. Kembar tarikh lahir sama dah tunang. Dah ikut jejak langkah saya. Kau jangan kawin dulu dari aku tau Nani. Jangan langkah bendul wei. Haha. Selamat bertunang sayang. Semoga bersabar dan sentiasa cool sepanjang menjalani tempoh bertunang. =)






Sunday 22 January 2012

Beli doorgift di Cowboy

Salam uolls.

Kemain kan. Hari tu ushar kedai barang kahwin kat area Kuala Terengganu neh. Dah budjet nak beli itu ini banyak tu banyak neh. Last, menerjah Kuantan. Semata-mata nak menerjah Cowboy. Ingatkan Cowboy ni jual barang kahwin jer. Rupanya macam-macam ada. Dari makanan sampai la lesung batu semua ada.

Dah la nak cari kedai tu sesat dulu dua round. Call student yang biasa area Kuantan. Tu pun sesat jugak. Last tawakal carik sendiri. Jumpa jugak. Gilew excaited masuk tengok macam-macam ada. Nasib baik mood en.beliau masa tu ok. Jadi dia follow je saya kesana kemari. Haha. Maceh kamu. =D

Banyak jugak kami borong. Nasib baik muat my bff. Kalo ajak orang lain sumpah dia kena balik sendiri naik bas. Hehe. Budjet yang asalnya dekat 2k. Bila beli situ tak sampai 1k la. Cuma paper beg tak memenuhi kehendak saya. Cari kat Terengganu la jawabnnya.


Banyak sangat beli sampai tak muat bakul. Kitorang pun susun tepi tiang mintak tolong salesgirl tu angkut bawak turun bawah. Adalah dalam 5 troli jugak. Nasib baik diorang rajin nak tolong tolak sampai kat kereta. Siap tanya en.beliau tuh "Nak kawin ke bang?". Haha. Adik ingat kami nak bukak bisnes ke? Bila dah sumbat penuh seat belakang n bonet kitorang pun duk mengira duit keluar dan bakal keluar. Tiba-tiba saya teringat satu benda.

"Bunga saya tadi mana?"

Haru!! Satu troli tertinggal kat cashier. Sebab troli tu barang-barang bayar tunai. Jadi duk tersorok tepi dinding. Tak perasan la masa diorang tolak troli tadi. Diorang pun maybe ingat tu troli orang lain punya. Haha. En.beliau bergegas pegi amik. Takut jugak. yela dah bayar ratus-ratus kot tetiba hilang konpem takde orang nak ganti balik.

Ok. Setiap kali berenti trafik light orang akan pandang seat belakang. Fine!

Other preparation for doorgift :
1. Hias reben kat jar
2. Beli paperbag
3. Beli gula2 n cakes

=)



19 Januari

Salam uolss.

Rasa macam lama gileww tak update entri. Bajet ada orang kesah kan. Haha.

Alhamdulillah. Tahun ni meningkat usia lagi. Terima kasih Tuhan panjangkan umur saya lagi.
Dapat meneruskan hidup dengan orang yang saya sayang.
Diberi kesihatan untuk mencari rezeki.
Dikurniakan akal untuk terus berbakti pada anak bangsa (ceewah. Tak bleh blah)
Dikurniakan kesabaran untuk menempuh ujianMu.
Dikurniakan ketabahan dan kecekalan. Walaupun kadangkala menangis. Sob.
Terima kasih Tuhan.

Semoga dengan usia yang bertambah ini akan bertambah lagi orang yang sayang saya, yang mendoakan saya, yang menyayangi saya. Amin. Amin. Amin.




Ramai kawan-kawan wish 'Selamat Naik Pelamin'. Haha.
Ramai jugak yang doakan kebahagiaan saya.
Amin.


Sunday 15 January 2012

Plan hari ini

Salam uolls.

Wah. Hari ni sungguh penat. Seperti mengikut Plan untuk esok entri semalam, hari ni kental la meneruskan misi. Paksa en.beliau cuti sehari. Sebab nak ajak bff tiba-tiba dia pulak ada hal. Sob.


1. Tempah wedding card.

Okes. Baru boleh bernafas lega. Tapi tak lega sepenuhnya selagi kad tiada depan mata. Atau selagi kad tak sampai ke tangan tetamu jemputan. Hmm. Sebelum ni saya dah aim satu kedai neh. Harga ok jugak la. Then saya compare dengan online shop tetap kedai tu murah (yes, memang kualiti kertas biasa-biasa saja tapi saya masih boleh katakan ia sangat berbaloi). Sebelum pergi kedai tu hari ni terjah lagi dua buah kedai. Kualiti kertas yang sama saya boleh dapat jimat 20sen untuk satu kad. Jimat kan. Tak rugi kita survey banyak kedai buat muka tak bersalah tanya harga kad semua then blah. Yang penting kita dapat pilihan yang terbaik *BUAT KITA.


Kad simple jer you. Yang paling suka ada sekor rama-rama =)

**28 Januari Insya Allah kad siap.Yeay!!

2. Beli kain langsir.

Semalam ralit duk online then tertido. Sampai tak terukur tingkap dan pintu segala. Macam mana nak beli kain langsir. Sob.

3. Tempah baju.

Yes. Ini pun selagi paper bag berisi kain lace tu semua masih tersimpan elok dalam lemari selagi tu la fikiran asyik terbayang mesin jahit. Dan tadi tak tangguh lagi terus hantar tukang jahit. Tapi hantar ke tukang jahit yang biasa-biasa saja. First time hantar kat beliau. Dan saya harap beliau tukang jahit yang sejiwa dengan kain yang saya hantar.

4. Beli cat rumah.

Yang ni surrender. Serius tak reti pilih. Help me my bro.

5. Beli something for doorgift.

Terima kasih en.beliau. Awak sangat pandai mengkomen. Adoiii. Doorgift dah beli. Tapi sebab takde stok dapat tak sampai 200pcs. Ok. Fine. Semua tetamu akan dapat item yang berbeza.

Ok. Done with the next wedding preparation.


Friday 13 January 2012

Scrapaperclip Giveaway Anniversary

Salam uolls.

Korang b2b sekalian dah ada Guestbook ke? design sendiri? diy sendiri atau tempah?? Saya baru perasan kewujudan si tangan kreatif yang bikin guestbook yag boleh buat saya pengsan sebab teruja *over mak.

Nak diy sendiri macam ni memang patploh hari tak menjadik la kot. Sangat kemas, sangat kreatif. Owhh. Tak caya jom tengok!



Boleh jugak letak gambar. Tapi tak nak upload yang ada gambar tu sebab jeles. Haha.
Okey. Banyak lagi artwork beliau yang maha santek.

Giveaway ni akan dapat something spesel (kalo bertuah la kan. Harap2 saya bertuah)


Tarikh tutup 19 Januari 2012 ( Yes u rite.On my birthday =)

Okey. Jom sama2 join giveaway neh. Mana tau ada rezeki kita kan. Just klik :

Plan untuk esok

Salam uolls.

Kemain kan siap tulis plan untuk esok dalam blog. Dah macam diari bertulis dah. Eh, tapi memang betul la belog ni ibarat diari jugak la. Diari online kan.

*Susunan mengikut keutamaan.

1. Tempah wedding card.

Actually hari tu saya dah tempah. Tapi sebab lupa bawak sample card untuk peta ke rumah pengantin jadi baru esok nak terjah semula.Card pon dah pilih, dah booking bila nak ambil dan bayar deposit. Wah. Tak sabar tak tengok kad walimatul urus ada nama sendiri. Theeehee.

2. Beli kain langsir.
Ni lama tertangguh dah. Berbuih dah mak pesan suruh beli. Tapi tula. Asyik membizikan diri jer. Last-last esok jugak yang free. Nasib baik la akak jahit langsir tu depan rumah jer. Err. Tapi tak ukur pun lagi berapa meter semua. Tak fikir pun lagi warna apa nak pilih. Kira esok jumpa yang cantik harga berpatutan terus beli la tanpa survey banyak kedai. Sob.

3. Tempah baju.

Err. Kain lace tu saya dapat masa tunang. Kaler ala-ala cream. Esok baru nak tempah. Tapi tak decide lagi nak buat style yang macam mana. Maybe kurung moden jer kot. Cuma tak tahu nak pakai untuk apa. Outdoor shoot atau bertandang. Okey. Macam mak cakap la kot. Buat siap dulu. Kang dah siap dah sampai masa baru fikir nak pakai untuk event apa. Hadoii.

4. Beli cat rumah.
Mak dah pesan kat my bro suruh beli. Tapi dia asyik sibuk jer. Last-last saya jugak yang kena beli esok. Tapi saya bukannya reti bab nak pilih warna. Nak tanya tuan kedai bukannya dia tahu. Lain la kalau tanya tukang cat rumah mesti dia tahu kan. Adoi. Cuma sekarang ni color soft green and soft pink je terbayang di kepala.

5. Beli something for doorgift.
Yang nie saya nak terjah satu kedai yang jual peralatan dapur neh. Sebab dapat members card. So, hope dapat something yang menepati budjet =)

Ok. Dah. Dah. esok hanya ada 24 jam sahaja. Tak kan nak list macam esok ada 100 jam. Adoi. Hope boleh terjah semuanya supaya my mom berenti dari asyik tanya pasal langsir, cat, doorgift, kad, langsir, kad, cat. Heuwwww!*Sigh.


PEMENANG : Contest by IzaFiza!!!

Salam uollss..

Wah. Tak sabar-sabar nak umumkan pemenang. Walaupun tak sampai 20 orang yang join tapi saya nak buntu mana satu nak pilih. Semua menepati kriteria. Semua gambar ada cerita menarik disebaliknya.
ok. Malas sembang panjang lebar. Let's check it out!!

Gambar menarik sangat :
WANG TUNAI RM80


Gambar menarik la jugak :
WANG TUNAI RM50


Gambar boleh tahan la :
WANG TUNAI RM20



Done!

Tahniah kepada pemenang.
=)

***Kepada pemenang sila emelkan saya NAMA PENUH dan NUM.ACC CIMB untuk hadiah =)
Emel saya : fiezatj@yahoo.com



Tuesday 10 January 2012

Idea gubahan bunga dalam pasu

Salam uolls.

Owh. Malam ni seyes tak boleh tidur. Sebab petang tadi terlalu excercise kan. Jadi segar bugar je rasa malam neh. Jogging? Sila jangan perli saya. Tau la saya GEMUK nak kena pergi jogging segala. Sob!. Sebenarnya petang tadi main bowling. Perghh! Baru lagi rasa menerjah pusat bowling tuh. Now pergi lagik. Sila jangan bosan melayan kerenah kami-kami.

Eh, kejap!!

Apesal tajuk entri begitu menyimpang dari topik?? Now, sila mengadap sampai ke hujung ayat baru kamu tahu idea yang saya maksudkan.

Internet slow macam kura-kura. Nak loading gambar sampai tertido. Adoi.. 
Entri bersambung esok...

*****

Juara longkang!!

Auuwww. Pilih jangan tak pilih.


Inilah. Bunga yang dikatakan idea itu. Mula-mula tengok dari jauh. Wah. Santek  sangat. Tak puas hati pergi dekat sikit tengok.

 Ok fine! Rasa nak curik sumbat dalam beg bawak balik rumah.
^______________^

Dari jarak dekat. Nak gubah macam ni boleh? Tapi nak letak kat mana yer?
Deco atas meja guest corner ke? Atau dalam bilik pengantin ke? atau atas meja makan beradap ke??
So suuwwwettttt!!

Dah. Dah. Dah habis dah sesi idea gubahan bunga. 
Bye.


Monday 9 January 2012

Pengumuman : Peserta CONTEST BY IZAFIZA

Salam uollss.

Dengan ini secara rasminya Contest by IzaFiza : When u be the biggest part of me telah ditutup.

Dibawah ini adalah senarai blogger yang menjoinkan diri.
Gigih tau saya upload gambar walaupun internet slow mengalahkan kura-kura. Sob!









7. Miza



10. Cik Mila


11. Sarah Salihah


12. Picairin


13. Shayra


14. Asma Bluppy


15. Bahirah


16. Lina Nadirah


17. Nida

17 kesemuanya. Nanti saya akan pilih 10 terbaik.
Kemudian 3 daripada 10 tersebut akan terpilih untuk memenangi :

Gambar menarik sangat   : WANG TUNAI RM80
Gambar menarik la jugak : WANG TUNAI RM50
Gambar boleh tahan la     : WANG TUNAI RM20

GUD LUCK UOLLS
=)








Saturday 7 January 2012

Contest by IzaFiza : When u be the biggest part of me

Salam uolls.

JOM JOIN CONTEST!


Perghh! Punyala panjang tajuk contest kan. Contest ni senang saja. Sebab sekarang ni musim cuti sekolah ramai orang naik pelamin jadi contest ni bertemakan 'majlis perkahwinan'. Sila baca syarat-syarat berikut.

  1. Buat entri yang bertajuk Contest by IzaFiza : When u be the biggest part of me.
  2. Copy banner atas dan link ke entri contest.
  3. Pilih SEKEPING gambar bertemakan majlis perkahwinan.
  4. Anda bebas memilih gambar majlis anda sendiri atau perkahwinan sedara mara atau kawan-kawan.
  5. Kriteria yang dipilih adalah gambar yang CERIA, KREATIF dan TAK SKEMA sangat. Kalau CANDID lagi bagus.
  6. Tulis penerangan berkaitan gambar melebihi 3 baris ayat.
  7. Tag DUA orang blogger untuk sama-sama memeriahkan contest ini.
  8. Letakkan url entri anda di ruangan komen entri ini.
  9. Boleh jadi follower IzaFiza supaya anda sentiasa tahu perkembangan contest.
Hadiah-hadiahnya adalah :
Gambar menarik sangat   : WANG TUNAI RM80
Gambar menarik la jugak : WANG TUNAI RM50
Gambar boleh tahan la     : WANG TUNAI RM20

Tarikh tutup contest :
03 Januari 2012
07 Januari 2012
p/s : Contest ini akan terbatal sekiranya penyertaan kurang mendapat sambutan.


***


Contoh entri contest.



Daim, macam tak percaya kau dah kahwin. Dah la kau ni antara kawan kitew yang paling 'slow'. Akhirnya kau kawin dulu kan. Botak pon dah kawin dengan Elysa. Tinggal la aku sorang tak kawin-kawin lagi.

***

Selamat menjoinkan diri.
Gud Luck!







Friday 6 January 2012

Wedding preparation dilemma.

Salam uolls.

Eh, maaf. Akak lupa nak translate tajuk entri.
Kemain kan dilema bagai. 

Mula-mula ingat nak bubuh counting days untuk wedding day kat side bar belog. Errrr.. Tapi kang tak pasal-pasal cuak setiap kali bukak belog terus tak jadi. Yelah. Dah setiap hari number makin berkurang kan. Mau tak cuak. Jadi kalau nak counting day bukak calendar hp kira manual. Haha.

Ok now jom bersama-sama berdilema.

PELAMIN & so on
Disebabkan saya orang yang buat-buat sibuk. Asal weekend je mesti ada agenda lain selain dari menjengah butik pelamin jadi saya pergi menerjah sebanyak dua kali saja. Tapi ada la dalam lapan butik jugak yang saya terjah. Tu tak termasuk yang saya terjah tru FB atau belog. Dalam ramai-ramai tu saya berkenan dengan Butik E'wan. Becoz saya berkenan dengan sepasang baju warna pink di butik beliau. Kebetulan pulak tema saya pink+biru jadi terus grab that package include the outfit. Bayar deposit RM100.

Bila dah booking ada kawan-kawan cakap agak mahal compare dengan butik lain. And of cos i yang pemalas ni memang malas la nak terjah butik-butik lain lagi. Ada jugak my kazen cakap kena utamakan make up yang cantik dalam memilih pakej tu. Ada jugak kawan saya cakap dia pilih pakej yang ada fotografi siap-siap. Tapi saya pula photographer orang lain, tukang makeup orang lain. Cuma yang pakej tu dia bagi makeup 1 kali. Maybe masa akad nikah la kot. 

Dan ada seseorang tu pulak tak habis-habis cakap TAK PAYAH PELAMIN-PELAMIN LA. Sob. Tapi malas nak layan. I'm sorry. Langsung tak guna duit awak tau. Suka hati saya la nak pelamin in garden ke, fairy tales ke, pedulik hape. Huhu.
BOOKED

DOORGIFT
Ini pun dalam dilema jugak. Sampai ke sudah tak tahu nak bagi apa. Sob.
NOTHING AT ALL

BARANG HANTARAN
Ini lagi lah haru. Memandangkan fmil nak saya deco hantaran from his side jadi saya dah konpius sekarang nak bagi berapa. Fmil dah pesan siap-siap bilangan hantaran tu sama. Kalau dia bagi 7 saya pun bagi 7. Hari tu dah discus dengan en.beliau nak berbalas 9 hantaran. Bila mak duk sembang-sembang dengan mak sedara pulak dia cakap kenapa sikit sangat. 11 la baru ok. Haihssshh. Now saya dah buntu tak tahu nak bagi apa lagi. Adeh.
20% PROGRESS

MINI PELAMIN
Perlu ke saya buat mini pelamin? Situasinya pelamin saya luar rumah. Jadi sebab akad nikah dibuat di rumah, harusla ada mini pelamin kan? Itulah. Saya masih mencari idea untuk d.i.y my mini pelamin. Berangan-angan nak deco sendiri. Tapi angan-angan je la. Harap jadi kenyataan la.
10% PROGRESS
INCIK PHOTOGRAPHER
Saya hire opismate. Beliau memang ambil gambar orang kawin. Harga berpatutan plus saya dah kenal dia jadi ambil gambar tak la segan sangat. Boleh gitu?
BOOKED
CIK TUKANG MAKEUP
Untuk pakej pelamin tu termasuk 1x sesi makeup. Jadi saya pilih diorang makeup untuk nikah. Untuk sanding saya suh fren of mine yang makeupkan saya masa tunang itu hari. Suka sebab dia makeup natural je. Tak over sangat.
BOOKED

BRIDESMAID
Pengapit di kiri kanan pengantin ialah adik laki saya dan kawan pompuan dia. Pandai-pandai la Hafiz Hafizol ko carik sendiri kawan pompuan kau. x-gf ke, gf ke, kekasih gelap ke. Cuma baju untuk pengapit takde lagi. Kesian kan kau HH.

Then ada 9-10 orang dayangs yang comel-comel. Sebenarnya tak terfikir pun nak ajak diorang join. Tapi yelah, bukan senang kan nak libatkan diorang. Alang-alang nak naik pelamin suh mereka turut merasai. Gembira bukan kepalang la mereka-mereka neh. Semangat nak survey kain, satin la hape la. Saya cakap tema pink. So diorang macam nak carik shocking pink. Pandai-pandai korang la anak-anak.
DONE

KAD KAHWIN
Yang ni pun haru. Tak tahu nak tempah berapa. Sebab ayah belum buat keputusan pasti berapa jemputan. Kang kalau tempah banyak xcukup makanan pulak. Tempah sikit terlebih makanan pulak. Tunggu sampai ayah bagi jawapan pasti. Boleh lah saya survey dulu mana yang berkualiti, cantik dan harga berpatutan.
NOTHING AT ALL

BAJU NIKAH dan SANDING
Baju sanding tu pakai yang tempah tu jer la. Cuma masih duk terfikir-fikir nak pakai warna pink atau biru. Nanti masa fitting la kot buat keputusan. Sekarang ni baju nikah dalam dilema. Hari tu masa hantaran tunang saya dapat kain lace kaler cream Then masa dinner hari tu buat baju kaler putih.

Cantik la pulak nikah pakai putih kan. Fikir-fikir nak pakai baju tu jer untuk nikah. Tapi baju cream tu pulak macam mana? Adoi. Betul-betul dalam dilema.

Ok. Dah. Malas dah fikir pasal dilema neh. Nak pergi pasar beli bahan-bahan nak buat nasi ayam.
 (errr. Pektis masak sebelum en tunang request.winkwink)


Wednesday 4 January 2012

PENGUMUMAN - Contest by IzaFiza akan dilanjutkan!!!!

Salam uolls.

Kelmarin ada beberapa orang pm me.

'Iza dah tamat ke contest?'
'Dah tak boleh join eyyy?'
'Agak-agak kalau nak hantar jugak pengadil terima tak?'

Heeee..

Dengan itu contest by IzaFiza akan dilanjutkan.

Jom godek-godek gambar kawin kawan-kawan, sedara mara dalam foder anda.


Gud luck darls!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...