Para Pengikut..

Sunday 13 January 2013

Masak di hujung minggu.

Salam uollss..

Weekend pertama sebagai suami-isteri yang baru belajar hidup berdikari. Ewahhh. Berdikari la sangat la kan. Alhamdulillah en.beliau sangat tak berkira bab makan-makan neh. Tapi ada jugak pantangnya. Ayam kampung, ikan keli, ikan haruan, belut semua dia tak sentuh. Tekak BANDAR konon..

Kalau hari-hari masak kicap pon dia tak kesah. Senang kak jah!!

Hari Khamis balik keje saya ke rumah mak. Tengahhari tu call mak siap-siap nak mintak nyior. Hari Jumaat buat nasi lemak. Makan untuk breakfast plus lunch = Brunch. Jimat hokehh. Petang Jumaat ke rumah mak. Setiap hari balik rumah mak kan. Al-maklumlah 10minit je jaraknya. Ayah beli laksa. So,prepare buat kuah laksa. Makan malam kat rumah mak..Errr..Tapi balik rumah makan nasi lemak lagi. En.beliau dah risau dah tu. Takut badan naik. Ngehngeh.. 

Eh. Apesal blog neh dah jadik blog resepi ke ha??Takdelah. Saya tempek gambar je. Nak resepi pegi terjah blog-blog resepi yang lain. Theheee. Saya suka blog Cik Mat Gebu, blog Aku Bukan Cheff pon suka jugak. Satu lagi blog Secubit Garam.

Ok. Hari Sabtu barulah masak berlauk. En.beliau jarang breakfast. Dia memang tak breakfast sebenarnya. Takut sakit perut. Biasa dia akan minum air jer. So, saya goreng jemput ikan untuk saya makan sorang jer.
^___________^


Budu dan sambal belacan.

Belacan tu untuk en.beliau. Dan budu tu untuk saya. Kan dah cakap tadi en.beliau ni tekak BANDAR. Tak layanlah dia makan budu. Sebenarnya dia fobia kat budu. Katanya kalau makan budu konpem bertambah nasi. Takut kembali gemuk macam dulu. So, dia dah tak sentuh budu.


Resepi orang bujang. Eh, rumah bujang. Rumah bujang konon means rumah yang hanya dihuni oleh isteri dan suami tanpa penyeri anak-anak atau ahli keluarga yang lain.

Sambal ikan bilis tu yang baki sambal nasi lemak. Sambal ni makin lama makin sedap kan. (puji sambal sendiri) Maksudnya makin lama kita panaskan rasa dia makin ummmphh.

Ikan goreng berlada. Yer? Nak bagi rasa dia pedas-pedas skit kena gaul dengan bawang + lada. Ikan goreng tu kalau makan gitu jer tanpa lauk yang lain ok i ok jer. Makan ngan nasi panas-panas.

Gulai ayam pencen. Gulai tu mak bagi. Hari Jumaat kan balik rumah mak. Siap dapat bekal lagi. Tapi en.beliau tak makan spesis ayam pencen. So, saya kena habiskan. Gemuk sorang-soranglah jawabnya.

Budu dan sambal belacan. Dah mention atas tadi kan. Eh, balik rumah mak pon dapat tempoyak. Heaven betol. Makan budu ngan tempoyak.

Ok. Tu je masak simple di hujung minggu. Hafiz Hafizol nanti awak datang saya masak kuah singgang dah la yerrr.. =)


4 comments:

  1. pinggan mangkuk mesti baru keluor dari kotak tu..huhuhu..slamat hidup berdua..lalalala..

    ReplyDelete
  2. Sis Mieyza : Haha.Tau dakpe..pinggan sape bg tu?ngaku cepattt..heee....

    ReplyDelete
  3. lame tak menjenguk disini...waa dah pindah rumah..sedapnye budu....

    ReplyDelete
  4. sis ina : heee..jempuh singgah..pndh seb takir kak na =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...