Para Pengikut..

Tuesday 8 January 2013

Suka duka di tahun 2012 (Gambar)

Salam uollss..

Jom mengimbau kenangan sepanjang 2012. Eh. Hari ni dah 8 hari dah di tahun 2013. Aci tak baru nak review neh. Aci tak??

Alhamdulillah.
2012 meninggalkan kenangan yang suwet-suwet buat saya. Walaupun ada jugak kenangan yang agak pahit. Namun semua tu jadikan pengajaran.
InsyaAllah.

2012 jugak adalah tahun paling banyak berjalan-jalan. Paling banyak duit keluar.

Januari - Februari

Bulan pertama dan kedua di tahun 2012 merupakan bulan yang maha sibuk buat saya. Membuat persiapan untuk bertukar status. Ewaaahhh. Bulan ni jugak emosi sering tak stabil, masa tido dah tak bersistematik. Kadang-kala bertukar jadik kelawar dan burung hantu.

Ke Cowboy di Kuantan untuk beli menda alah doorgift dan barang-barang untuk gubahan. Penuh satu kereta. Terima kasih bf ke2 yang sangat berbakti pada saya.


Bulan ni jugak sibuk dengan kad kawin. Pos kad situ sini. Hantar kad situ sini.


Mac

Bulan yang paling memberi makna sepanjang bulan-bulan yang dilalui seusia hidup. Alhamdulillah. Bergelar isteri kepada Mohd Zulriduwan bin Othman pada 9hb Mac 2012. Setelah bertahun-tahun kami menempuh alam perchentaan. Cheewahh.

Dengan sekali lafaz telah selamat bergelar isteri. Alhamdulillah.



Kemudian kami ke Cameron Highland. Tempat yang dari sejak kecik nak pergi tapi tak pernah berpeluang untuk pergi. Dapat jugak mencium bunga rose dari puncak bukit. Dapat jugak memetik daun teh yang diminum hari-hari dari ladang teh.



April

Preparation untuk ke Vietnam. Siapkan passport dengan muka sememeh baru balik kerja. Mata kuyu macam nak tido jer. Haha.

Bulan April ada duka sedikit. Saya dan en.beliau kemalangan. Kereta bergesel dengan lori kecik. Alhamdulillah Tuhan masih bagi kesempatan untuk meneruskan hidup bersama orang tersayang. bf ke2 masuk workshop. Saya menumpang opismate ke tempat kerja.

Mei - Jun

Mengikuti lawatan ke Vietnam. Seronok dapat kenal negara orang. Dapat timba banyak pengalaman.







Dapat jumpa en.beliau sebulan sekali jer. Jadi masa yang ada dipenuhi dengan sebaiknya.


Julai - Ogos - September


Ramadhan dan Syawal pertama sebagai isteri. Ceewahh. Tapi sebab pjj tak banyak sangat masa untuk berbuka dan bersahur bersama. Sempat jugak saya kental naik bas ke Kuantan untuk berpuasa bersama en.beliau. Kental la sangat kan...







Harap Ramadhan dan Syawal tahun 2013 kami raya bertiga pulak. Ameen..

September bulan bertuah bagi kami bilamana en.beliau pindah keje di KT. Jadi kami tidak PJJ lagi. Hureyyyy..

Oktober

Sambutan Aidiladha di rumah mertua.



Hari raya pegi mandi air terjun!!!


Ada Team Building untuk staff opis. Best jugak sebab aktiviti yang diadakan tu kreatif. Lain dari yang lain. Langsung tak membosankan.

=)





November

Lawatan bersama student ke KL. Antaranya yang best adalah menziarah upin ipin. Betol betol betol..



Disember

Ke KL lagi. Kali ni atas urusan dinner dan bengkel. Bersama opismate sebuah kereta gamble bersama-sama. Alhamdulillah selamat pergi dan balik.







 Disember jugak bulan yang maha sibuk. Sebab buat persiapan untuk pindah rumah sewa.
Alhamdulillah..semuanya mengikut perancangan. Semoga perancangan lain di masa akan datang berjalan dengan lancar..Ameen..







2 comments:

  1. yeah.. nak dapat nak buah baru lagi nie.. eh

    ReplyDelete
  2. HH : Sila bersabar hokeh!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...