Para Pengikut..

Tuesday 9 April 2013

Malang tak pernah berbau.

Salam uollss.


Hari Rabu lepas Alhamdulillah kereta dah siap baiki. Tapi saya macam yakin-tak yakin jer nak bawak kan. Jadi sekarang pergi balik kerja dihantar oleh en.beliau. Tu pun time dia free kan. Masa mula-mula ambik kereta kat bengkel en.beliau ambik kunci dan terus pergi cek bateri. Al-kisahnya masa hantar bengkel tahun lepas diorang punya tak jujur pegi tukar bateri yang kong. Bawak kereta seminggu terus bateri out. Sabar jelah. Takut jugak kejadian sama berulang kembali kan. Tapi bengkel ni bagi waranty tiga bulan, kalau rosak boleh datang semula. Hurm. Setakat ni ok jer. Cuma en.beliau cakap kereta pun macam 'berat' je. Ai is tak perasan lah. Sebabnya sepanjang kereta keluar bengkel baru sekali drive. Tupun drive dari rumah kawan beliau balik ke rumah sewa. Tak sampai 1km kot. En.beliau pun follow kat belakang. Owhh. Nampak sangat tak konpideng lagi isteri nak drive. Errrr..sebenarnya saya pon tak berapa nak konfident pada diri sendirik. Ampunkan saya diri sendirik. Belum punya kekuatan yang kuat lagi.


Ramai lah orang tua-tua cakap suruh tukar kereta nie. Jadi kami dah macam ditelan sakit tekak, diluah sakit lidah. Tak tahu nak buat keputusan apa. Mula-mula dah nekad nak jual, kemudian satu malam yang sunyi tu en.beliau balik dia cakap dia duk diskus dengan kawan-kawan dia n diorang nasihat tak payah lah jual kereta ni. Kata orang malang tu tak pernah berbau. Macam tak best kan peribahasa ni. Atau maksudnya Tuhan uji kita dengan macam-macam cara yang tak pernah kita ketahui. Jadi mungkin bukan salah kereta neh atau esok lusa beli kereta lain belum tentu ia tak akan diuji. Okes. #Insapp.


Sekarang biarlah masa dan keadaan yang menentukan.
K. Bye!


P/s : Nak kena cari air dari TUJUH kolah. Semoga berjaya!




1 comment:

  1. air semayang hajat/ air yasin jelaa jaja eh :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...