Para Pengikut..

Saturday 6 April 2013

Review Filem Sembunyi : Amukan Azazil

Salam uollss..

Dah tengok ke citer neh. Seram jugak la kan. Semalam saya tengok di TGV cinema Mesra Mall. Yelah. Mana lagi nak tengok kalau dah kat Terengganu ni situ je yang ada wayangnya kan. #Pasrahh.


Filem Sembunyi : Amukan Azazil


Filem ni lakonan para pelakon yang mantop-mantop semuanya antaranya Diana Danielle, Umie Aida, Remy Ishak, Sharnaaz Ahmad, Fizo Omar, Emelda Rosmila dan ramai lagi lah kan.

Mengisahkan Aishah (Diana) yang dilarikan oleh askar Jepun kemudian diselamatkan oleh Kamal (Remy Ishak). Aishah dibawa ke kampung Kamal dan disembuhkan oleh Ibu Yani (Umie Aida). Satu demi satu misteri muncul bila Aishah berada di kampung ni. Dengan mahkluk bernama Azazil yang menyerang kampung ni, dengan kanak-kanak bermuka cacat yang sering datang pada Aishah. Eh, sampai ke sudah sebenarnya misteri tu masih lagi mengejar si Aishah ni. 

Jadi siapakah sebenarnya makhluk bernama Azazil tu. Kenapa dia menyerang kampung dimana Aishah berada tuh. Siapa pulak sebenarnya kanak-kanak dan orang tua berwajah cacat yang sering menggamit Aishah untuk mengekorinya. Dan yang paling penting siapa pulak sebenarnya Kamal dan Ibu Yani??

Ok. Lemak lah saya nak citer sampai habis. Tak suspens la kan.Kan. Sila terjah wayang berhampiran anda. Atau tunggu je cd keluar. Muahaha.

*****

Citer ni bagus sangat opkos la sebab ianya diarah oleh pengarah yang semua ceritanya best-best sangat kan iaitu Kabir Bhatia. Kemudian sebabnya jalan cerita ni tak macam cerita seram lain yang mengarut macam-macam kan. Bila tengok citer ni mula-mula rasa 'Eh, tak logik langsung la'. Kemudian bila pahamkan betul-betul "owhh, patutlah macam ni, patutlah macam tu". Kan. 

Best lagi sampai en.beliau kata 'Nanti keluar cd nak beli cd la pulak'. haha. Nampak sangat tak paham sepenuhnya kan.

Berbaloi tengok muvie ni even last minute decide nak pegi Mesra Mall

=)



4 comments:

  1. oo..best ek cter ni...hurmm...tunggu kuar kat astrofirst lagi sng ! atau donlod ajerr..kikiki

    ReplyDelete
  2. Mama iqy : best jugak. 5 bintang la bagik. Thehehee..

    ReplyDelete
  3. wahh best sgt la tu yer.. takut pulak nak tgk citer seram2 time pregnant ni..hee

    ReplyDelete
  4. Jijah : Best2. Cuma kalo Jijah tgk takut terkejut pulak kan. Boleh tgk tapi sila tutup mata okeh. Hehe.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...