Para Pengikut..

Tuesday, 7 May 2013

Makan-makan sempena hari perpisahan

Salam uollss

Tajuk kemain kan. Eh, lama tak menulis. Sibuk dengan rutin harian, ceeewah macamlah haku ni surirumah tangga sepenuh masa mempunyai sepuluh orang anak dan sekandang kambing untuk dijaga kan. Sibuk sangat kan. Hakhak.

Okes. Alkisahnya adalah minggu lepas (cerita basi neh) adalah minggu terakhir ketua department kami berada di sini. Maksudnya di opis ini. Sedih melampau-lampau. Ok. Jadi mari saya perkenalkan beliau sebagai Kak Yam. Kak Yam sebagai seorang ketua department beliau sangat mengambil berat hal kami adik-beradik. Eh? Kalau tengok dari luarannya memang kita boleh baca beliau seorang yang lemah lembut, baik hati. Kalau dah kenal lagi lah. Memang sangat baik. Sangat mengambil berat masalah kami, baik masalah di tempat kerja mahupun masalah peribadi.

Sejujurnya sangat tak suka dengan perpisahan ini. Semua orang dah tak semangat kerja. Tapi nak buat macam mana. Hidup kena teruskan. Bertemu dan berpisah tu adatlah di dunia kan. Lagi pun Kak Yam bukan jauh pun. Boleh jer nak jumpa kalau ada kelapangan kan Kak Yam.

Jadi kami plan nak buat sedikit makan-makan. Haruslah makan kat luar baru privacy skit kan. Fikir punya fikir teringat lah Restoren Matahari neh. Hari tu bos pernah belanja department kitorang makan kat sini. Servis dia bagus. Makanan pun boleh tahan lah. Harga pun berpatutan. Jadi kami pakat rahsia-rahsia. kata nak suprise kan. Saya dan sorang kawan pegi booking lunch kat Restoren Matahari neh. Siap mintak kerjasama diorang untuk bawak kek lagi ke meja untuk suprise kedua kan.

So, hari yang ditunggu pun tiba. Seorang daripada kami, Kak Siti bawak Kak Yam keluar sebab kebetulan Kak Yam nak keluar beli hadiah kawin untuk opis mate. Jadi peluang keemasan lah. Kak Siti ajak Kak Yam ke Restoren Matahari konon-kononnya nak booking dinner untuk famili dia. Hakhak. Kami berenam singgah SC dulu beli kek. Sebab itu hari Kak Yam pernah cakap nak makan kek SC. Muahaha.



Bila dah sampai kat Restoren Matahari, saya dan Kak Amy tunggu kat meja, lagi empat orang keluar beli hadiah. Lambatnya diorang neh. Perut dah berdendang sayang dah.

So, sebelum semua orang datang kita snap gambo makanan dulu hokeh.






Sampai je makanan makan dengan lahap sekali. Sebab lapar kan.

Kemudian pekerja dia datang bawak kek. Suprise lagikkkkk..

I loike sangat. Suka sangat kek. Eh, hover. Macamlah kek ni untuk kamu kan.


Saya doakan moga Kak Yam sentiasa dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan berpanjangan dan bahagia sentiasa bersama famili tercinta.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...