Para Pengikut..

Sunday 9 June 2013

Kejadian makan-makan minggu lepas.

Salam uollss..

Ok. Lepas melepaskan ketensenan pagi tadi terus kirim nasi dagang kat student. Then makan nasi dagang. Ya. Sebenarnya tensen sebab lapar kan. So dah kenyang terus hati lega. Amboihh. Over kau wahai perut.

Jadi bila dah kenyang sangat lunch tak de rasa nak makan makanan berat da. Beli kuih muih jer. Beli kuih gulung dan bingka ubi. Makan sampai licin. Haaa. Ambik kata kenyang kan.

Okes. Alkisahnya minggu lepas sangat malas ke dapur plus sibuk dengan audit kan. Rasanya 2-3 hari jugak balik malam lewat malam sampai tak terdating dengan bff. Kesian bff kan. En.beliau pun makan kat luar jer dah tau bini penat kan. Hikss. Lagipun kebetulan minggu lepas en.beliau sibuk sangat duk tolong kawan dia kemas barang baru pindah rumah. So, kitorang jarang dapat masa berkualiti untuk sembang-sembang. Sembang dalam kereta time pegi balik keje je la jawabnya. Huaaaa...

Tapi kan, aiolss ada jugak time rasa nak makan nasi kat rumah. Tetap gigih ke dapur. Masak simple jer.

Sotong masak kicap. Nyumnyum. Sedapnya hirup kuah sotong yang manis itueww..

Sayur campur goreng versi pedas.

Lepas tu keesokannya en.beliau sampai demam konon bersungguh sangat duk kemas rumah kawan dia tuh. Beliau rekues la nak makan nasi goreng kampung pedas. Ingatkan dia takde selera nak makan kan. Jadi masak sikit jer dengan harapan dia tak dapat habiskan dan isteri boleh tolong habiskan kan. Eh. Eh. Sudahnya dia habiskan pulok aoiii. Aiollss makan sesudu jer kot. Bila asben tanya nak tak aiollss jawab NAK dalam hati jer, keluar kat mulut cakap TAK NAK kan. Kesian kot tengok dia sehari tak makan sebab xde selera. Haha. Boleh tak hati nak berbunga riang disitu bila tengok orang demam makan sampai licin. Saya rela tak makan asalkan awak kenyang. Auuuww. 


Nasi goreng with ayam goreng kunyit.


Heee. Ok ni malam keesokannya kami ke Giant nak beli ayam dan sayuran. Kemudian opkos la list paling atas adalah eskrem kan. Dua-dua hantu eskrem neh.


Kemudian nak makan sate. Kat kedai yang biasa kami makan tu la. Eh, sate dah naik harga dah la. Dulu 50sen secucuk. Now dah 60sen secucuk.



Jadi nisbah makan sate saya dan awak adalah 1 nisbah tiga.

Lipton pon best jugak kan.

En.beliau...sangat kesian la awak neh. Keesokannnya terus takde selera nak makan nasi. Jadi buat sup + nasi air. So kalau takde selera makan nasi sila hirup sup banyak-banyak supaya demam cepat sembuh hokehhh..


Ok. Tu je kejadian makan-makan minggu lepas. Minggu ni dah kurang sibuk boleh balik macam sediakala dan boleh masak macam sediakala. Yeayyyy!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...