Para Pengikut..

Sunday, 2 June 2013

Masak lemak jambu golok.

Salam uollss..


Now bersiaran dari rumah sambil menonton Cinta Jangan Pergi. Eh, tension aiollss tengok citer dengan housemate neh. Sebaris ayat je ai bersuara pasal citer neh konpem bertalu-talu dia tanya macam-macam. Hish. Hilang fokus ai tau. Dia ni gamaknya mata je tengok citer tapi fikiran tembus tv, tembus dinding. Sebab tu kot dia orang laki tak minat sangat drama-drama neh. Sebab fikiran dia selari jer kan. Pompuan ni fikiran dia bercabang-cabang. Episod pertama jer keluar konpem pompuan dah reka macam-macam kesimpulan untuk episod seterusnya kan.

Ok. Citer dah habis now boleh sambung membebel kan. Internet malam nie lembeb gilos okeh. Sabar jer la. Sebenarnya nak story pasal jambu golok. Eh, jambu golok ni panggilan orang Tganu kan. Jambu golok ni adalah buah gajus. Orang Kelate panggil buah ketereh kan. So ceritanya balik rumah mak semalam en.beliau la punya idea neh "jom kait buah jambu golok balik masak kat rumah". Ok. Fine. Pergilah dua orang neh masuk dalam semak nak carik jambu golok kan. Kemudian en.beliau mesin kelapa. Tak best langsung kot beli santan kotak tuh. Sobsob. Kadang-kadang beli jugak bila takde pilihan kan. Jadi time balik rumah mak jer mesti culik nyior. Hikss. Pastu singgah pasaraya beli sotong. Masak untuk makan malam.




Lepas tu goreng kacang buncis. Yeke nama dia kacang buncis? Hehe.
Ikan goreng. Nak sangat garing kan. Saya goreng sampai tulang nya rapuh boleh kunyah. Ok.

Sambal belacan. Selalunya buh perahan asam limau jer. Tapi tadi beli pauh. Terus tumbuk dengan pauh. Masamnyerrr.

Nyumnyum. Agaknya ni kali terakhir untuk tahun ni makan sayur lemak jambu golok. Sebabnya buah kat pokok tu dah habis stok da. Tunggu stok tahun depan la jawabnya. Daaa..




5 comments:

  1. aw x sabar rasanya nak rasa air tangan isteri sendiri LOL kbai

    ReplyDelete
  2. HH : auwwwww..gedik uollss..

    ReplyDelete
  3. Anonymous8:28 am

    haha..gedikss jojo..makkkk... anak mak dh nak kawin...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...