Para Pengikut..

Sunday 29 September 2013

Biniku gangster.

Salam uollss.

Malam tadi kami keluar ambik angin. Pegi town pusing-pusing ukur jalan. Pastu dalam kereta tu terkeluar la cerita pasal kawan dia ni sorang yang dipanggil Ki. Kiranya en.beliau ni baru kenal jugak Ki ni. Baru kenal sekarang dah kamcing uolls. Jeles ai. Asyik duk bercerita pasal Ki je setiap hari. Oiii. Agak-agak la nak jeles kat kawan laki dia kot. Hehe.

Satu hari tu Ki datang rumah weolls then diorang nak keluar mengeteh.  So dia naik la kereta saya kan.
Ki : Gangster jugak bini mu Wan.
En.beliau : Bakpe dok gangsternya. (mengiakan). Tapi dia gangster kalau naik kereta sorang-sorang je. Kalau naik ngan aku dia terus tukar jadi gadis melayu terakhir. 
Ki : Hahahahaha


Tak pasal-pasal ai dapat title gangster kan. Haha. Sebenarnya Ki cakap bini Iwan ni gangster sebab saya bukak volume radio kereta sampai 25. Haha. Bergegar la kereta. Terus diorang slow kan jadi volume 20 kan. Eh, saya rasa takde la kuat sangat pon kan. Ke kuat 25 tuh? Ehehehe.

Sebenarnya time pegi keja saya jarang bukak aircond. Ai kan puteri salji. Dah sedia sejuk so tak leh sejuk-sejuk lagi. Haha. Jadi bukak tingkap bising la kat luar kan. Haruslah kena bukak volume kuat. Kalau tak camno ai nak dengar JOHARA berceloteh setiap pagi kan.kan.kan.

Terus saya terpikir. Patut la setiap kali pegi kerja mak cik pak cik tepi jalan pandang ai pelik jer. Agaknya kuat bergegar kereta kot. Dengan speaker lagi kan. Bergegar satu kampung. Maaf pak cik mak cik. Thehehe.




Friday 27 September 2013

Resepi mengikat perut suami.

Salam uollss..

Ewahh..tajuk entri semanis kurma sangat kan. Hakhak. Hari ni hari Jumaat dan macam minggu lepas jugak saya bekerja hari ni sebab ada exam. So Sabtu dan Ahad cuti. Yeahuuuu. Malam ni boleh tido lewat layan bw, fb,ig dan media-media sosial yang lain kan. Kata hari minggu kenn.

Macam yang saya selalu cakap la. Setiap hari tak boleh kalau tak makan nasi. Dasar napsu makan yang membuak-buak betol. Apesal Ramadhan yang lalu boleh je sehari tanpa nasi. Mencik tau napsu ai neh.

Takpe.Takpe. Selagi bernafsu makan kita makan jer kan. Nanti kalau dah tak bernapsu makan susah pulak kan. Tak pasal-pasal kurus cekeding . Dasar nak ambik hati diri sendiri lertuuu.

Pagi tadi saya tak masak pon. Sampai opis nasib baik la ada mak cik tu bukak gerai kuih-muih beliau. So beli mee goreng+nasi himpit+pulutnyior+burgermini..Ewahhh. Kemain kan. Mentang-mentang dah pujuk diri sendiri atas tadi kan. Pulut nyior dan kuih burger mini tu untuk sarapan, tengahhari skit makan nasi himpit, dalam kul 4.00 petang pulak makan mee goreng. So, saya dah cakap kat diri sendiri saya tak kan makan malam nanti.

Balik kerja singgah kedai jual barang-barang basah sayuran-ikan-kerang semua ada. Beli ikan tongkol seekor dan ikan selayang. Balik kerja tengok en.beliau takde. Pukul 7 lebih dia sampai rumah terus saya tanya nak makan apa. Dia cakap dah kenyang. Dah makan lewat tadi. Jadi saya tanya je la beliau ada idea tak. Sebab saya tak tau nak makan apa kan. Terasa lapar nasi la. Hahahha. Nampak tak. Memang napsu ni tak bleh dipercayai langsung.

Encik beliau cakap goreng nasi je la simple. Tapi saya tetap nak masak nasi berlauk. Nasi berlauk tu tak sama dengan nasi goreng ke nasi lemak ke kan. Lalu saya ke dapur. Nak masak simple je. Masa tengah goreng ikan tiba-tiba ada orang datang kat dapur. Ceewahh. Cakap je suami datang kan, mana ada lagi orang lain dalam rumah. Terus dia menyibukkan diri usik itu usik ini. Ehemm. Usik ikan dalam kuali okey.

Pastu dia bosan terus masuk ke ruang tamu balik. Eh, tiba-tiba dia cakap..
 "Masak nasi lebih tau sayang"..
Yes yes yes.
Haha. Tau takpe kan. Ai baru goreng ikan u dah terliur. Tadi cakap dah kenyang kan. Nasib baik tak tanak nasi lagi tau.

Malam ni masak simple je. Habiskan sayur sawi yang ada.

  Tumbuk lada hitam dan ikan bilis. Hiris bawang merah dan bawang putih. Tumis kemudian masuk kan lada hitam dan ikan bilis tadi. Letak air. Pandai-pandai la agak sendiri kan. Masuk perasa. Siap.

Kat rumah mak kalau tak tau nak masak apa masak macam ni je. Makan panas-panas best. Kalau sayur kangkung lagi saya suka. En.beliau tak makan pon lauk ni. So, satu mangkuk tu ai habiskan sorang-sorang.

Sambal ikan masin kesukaan dia. Terima kasih tolong tumbuk. Ni la jugak yang membuatkan dia terliur makan malam ini. Hehehee.


Ikan goreng. Asal masuk je dalam piring mesti cacat ikan tu ada yang curik makan sebelum sempat hidang. Sabo je la.

Okey. Nasi dah masak. 

Bismillah...

Tajuk tu saja je bagi gempak. Takde pon resepi sebenarnya. Setiap isteri harus carigali sendiri apa resepi mengikat perut suami masing-masing kan. Hanya kamu yang tahu kesukaan suami kamu. Citarasa suami kamu kan =)



Tuesday 24 September 2013

Niat dihati.

Salam uollss.

Hari tu sy dah pernah skali cash out pendapatan hasil berNuffnang. Alhamdulilah walaupun takde la lumayan sangat tapi dapat la jugak kan. At least ada hasil jugak saya duk membebel merapu dalam blog kan. Hehe. Pendapatan Nuffnang yang dulu saya langsung takde perancangan. Saya pun dah tak ingat saya beli apa kan. Rasanya belanja en.beliau makan eh. Lupa la. Jadi misi saya untuk cash out 2nd ni untuk beli oven atau blender. Haha.Gigih sangat nak beli guna pendapatan Nuffnang. Padahal guna duit gaji pun boleh kan.

 Sebabnye saya nak hasil berblog ni nampak dimata la. Nanti tengah baking termenung tengok oven terus terfikir kan " Ni la pendapatan aku sebagai seorang blogger cabuk" hakhak. Motif la berangan sangat kannn. Jadi saya bertahan lu jangan sampai terklik cash out kan. Pastu start 1hb Sept takde satu pn dpt CPUV. Sedih sangat. Padahal ada je iklan kuar kat header dan kat end of my entry. Ada la dalam dua minggu kot tak kuar. Jadi terus berfikir -ve. Macam mana kalau tetiba pendapatan yang dah ada tu zappp hilang. Haha. Kelaut betol fikiran. Terus tangan gatal pegi klik cash out. Jadi perancangan nak beli oven tak dapat dilaksanakan la. Beli blender lepas la. Takpe. Takpe.


 Kemudian lepas dua hari cash out terus masuk cpuv. Huuwaa. Kalaulah saya ni bersabar sikit kan. Takpe la. Kita tunggu taun depan pulak la simpan pendapatan banyak skit dapat beli oven so now tunggu cek sampai la. Lama jugak kan 30 hari lepas end of the month. Mudah- mudahan Allah permudahkan. Amin.

Tadi gigih duk mengira CPUV. Rupanya untuk tahun 2013 setakat hari ni belog ni dah dapat mengumpul 57 CPUV. Cuma CPC la tak berapa meriah sangat kan. Takpelah. Bersyukur dengan rezeki yang diperolehi kan. Mekasih Nuffnang. Mekasih semua. Hiksss.


Sedikit nasihat untuk diri sendiri :
Hermmm. Tanpa kita sedar kan kadangkala penulisan kita mungkin ada yang menguris hati sesiapa, atau lebih dasyat kita memfitnah tanpa kita sedar. dan kita pulak guna duit upah dari penulisan kita bagi makan keluarga atau beli pape yang kita guna atau menjadi darah daging kita dan keluarga kita kan. hurm. Nauzubilah. Jauhkanlah kami semua dari berbuat yang tidak-tidak ya Allah. Hope dapat sama- sama bagi teguran. eh.eh. Tetiba topik serius pulak kan. okey. bai.

Sunday 22 September 2013

#Meaw kami manja sangat

Salam uolls.

Kemain sejak ber-instageram ni asyik nak hashtag jer kerjanya kan. Jangkit sampai ke blog suda. Macam la orang boleh klik kat # kita kan. Hehe. Sekarang kat rumah mak dah ada kucing-kucing kesayangan kami yang manja sangat.

Alkesahnya dalam adik-beradik kitorang dan termasuk emak ayah sejumlah 14 semuanya tak ramai sangat kot yang suka kucing. Maksudnya cat lovers. Yang bila jumpa kucing kat kedai makan pon terus angkat peluk kiss-kiss kan. Ada la sorang adik laki saya Nuar ni dia je yang paling suka sayang cinta kat kucing. Kitorang yang lain-lain ni biasa-biasa jer. Pernah masa Nuar ni sekolah rendah darjah satu kot eh ada la kitorang bela sekor kucing bagi nama Pok Mbong (kucing pon nak nama macam orang kan). Kucing tu mati tak ingat la sebab apa. Nuar ni menangis gila-gila jugak lah. Pastu nangis kat kubur Pok Mbong pulak tu. Sedih sangat. Saya ni bukan sedih sebab Pok Mbong mati tapi sebab tengok adik nangis kan, kita pon sedih jugak la.

Mak pulak langsung tak suka kucing kan. Hehe. Takdenya mak nak peluk-peluk kucing bagai. Setakat bagi makan tu boleh la. Ayah pun dulu takde jugak manjakan kucing sangat. Dan sebelum-sebelum ni kucing yang tiba-tiba muncul kat rumah dan tiba-tiba jadik kucing belaan kitorang adalah kucing sesat mana ntah. Sebab rumah kitorang kat jalan mati so agaknya dia sesat sampai rumah kitorang, Nuar la yang suka kutip bagi makan semua otomatik jadi kucing kitorang la eh. Hehe.

Sebab tak obses sangat dengan haiwan kesayangan Rasulullah ni jadi takdepon kitorang gigih bagi nama kat kucing, takde pon masa nampak kucing kat rumah bunting dah plan nak buh nama Justin Bieber ke Selena Gomez ke, Kak Limah ke kan.

Alkisahnya hari tu ayah pegi pasar terjumpalah beliau dengan seekor kucing ni yang comelness sangat. Biasanya kalau kucing berkeliaran kat pasar kat kawasan tempat jual-jual ikan tu mesti kucing sesat atau kucing terbuang. Ok sedih sangat sebut kucing terbuang. Bukan, mungkin ada sebab tertentu tuan dia tak mampu bela dia kan #positifsangatfikiran.

Kucing ni la yang ayah jumpa. Masa tu dia dewasa lagi. Eh, nak samakan kucing macam orang pulak siap ada peringkat dewasa kan. Hehe. Mungkin sebab selama ni kucing kat rumah tu semuanya kucing yang sesat tumpang bertebuh takdelah kami nak belai-belai sangat. Bila ada kucing ni semua orang sayang dia. Termasuklah anak buah yang duk rumah lain. Selalu datang rumah tok ki mesti gomol kucing ni. Time anak-anak buah dari KL balik pon semua pakat nak hug dia.


Lepastu dia beranak. 1st batch anak. Tak tahu sape bapak dia.Kitorang suka sangat. Mesti anak dia comel macam dia kan. Thehehe.

Si hitam ni dah mati. Kesian sangat. Diorang ni suka tau main lari-lari kat atas rumput depan rumah tu. Macam mana ntah hari tu terlanggar dengan pak cik jual ikan bawak moto tiga tayar tu. Sobsobsob. Kesian. Ajal maut di tangan Tuhan kan.


Yang ni hidup lagi. Comel sangat. Pastu manja. Bila kita ambik belai gosok-gosok dia takde nak protes pon. Ni spesis suka dibelai neh. Hehe. Dah besar dah sekarang. Dah besar baru dapat nama. Chombi. Ni ApihApijo la yang bagi nama. Kitorang layankan jela. Cuma mak ayah takdela nak panggil dia Chombi...oh Chombi...hehe..kitorang je yang gedik panggil kan. Thankz ApihApijo bagi nama kat meaw.


Ibu Chombi ni pon manja jugak. Kucing kan kenal bau tuan dia kan. Time Nuar balik keje je mesti mengiaw kat kaki Nuar. Time ayah lepak kat luar  mesti ibu meaw datang bertempek kat ayah. Kat rumah tu yang paling concern pasal meaw ni Nuar la. Balik kerja bukak periuk letak nasi kat meaw. Malam-malam ajak meaw masuk dalam rumah tido dalam bilik dia. Nak tido sekatil sebantal ngan dia pon lagi dia suka.

p/s : tapi mak cakap time semorang dah tido mak senyap-senyap keluarkan semua. Sebab takut dia be**k dalam rumah kan. 

Baru ingat, masa ibu meaw baru sampai kat rumah dia clever sangat. Nak be**k je pegi bilik air. Kiranya dia pandai la tau tu bilik air nak memudahkan kitorang kan. Kadang-kadang belakang mesin basuh. Hehe. Bising la mak weolls. Sebab mak tak tahan kot bau. Tapi weolls kira hidung tersumbat kot. Haha. Saya pon selalu la jugak bersihkan .



Chombi ni manja kan. Time kita lepak-lepak kat luar ni ada la dia datang bertempek kat kita. Tu saya tengah bungkus hadiah untuk wedding kawan, eh dia datang tiba-tiba landing kat situ.

Ibu meaw beranak lagi hari tu. Beranak dalam bilik Nuar. Nuar mu jadi bidan ke Wa?? Haha. Dapat tiga ekor anak. Kali ni jaga baik-baik anak tau. Jangan bagi bapak terkam anak tu tau ibu.

Putih, Kelabu dan Cokelat kekuningan. Eh, tu bukan nama kucing ni tau. Biasalah tak standby nama pon kat diorang. Tunggu ApihApijo bagi nama lah.

Mula-mula ambik gambo tak perasan pon dia tengah hug. Comey sangat. Sejuk kot tu. Terus crop gambar dia kan.

Chombi dah ada adik. Dah besar pon. Tapi kadang-kadang dia buang tebiat jugak pegi isap susu ibu jugak. Haih la Chombi malu kat adik-adik kau tau.

Ni datang kat kita nak bagitau apa sebenarnya ha??

Hari tu ada la sorang jiran lama kitorang datang rumah. Lama sangat tak jumpa almost 15years kot eh. Pastu dia berkenan la kat kucim-kucim ni. Huwaaaa..Ayah macam berat hati nak bagi. Ayah cakap budak-budak sayang nak bagi. Huhu. Tapi sebab kesian jugak kat jiran tu pujuk nak jugak ayah bagi jugak yang betina kaler putih tu. Sobsob. Hope putih sihat kat sana, nanti besar beranak anak-anak yang comelness tau.

Semalam balik rumah mak, ApihApijo perkenalkan nama diorang. Yang kelabu tu nama dia Diego. Diego ni pasif skit. So saya agak dia adik la berbanding yang seekor lagi kan. 

Yang ni pulak nama Dora. Eh, ApihApijo bukan dia jantan ke ha? ke betina? Hakhak. Sukati korang la. Dora ni manja, aktif. Suka buat aksi comelness dia bagi kita puji dia. Kembang la bulu tu kena puji. Hakhak.

Terhibur kadang-kadang tengok keletah diorang. Yela rumah kami takde budak kecik. So dengan kucing la nak hug-kiss nak belai-belai manja kan.

Ni Dora. Comelness sangat dia. Tak tahu la dia nak wat aksi kuak lentang apa sebenarnya atau nak garu kepala yang gatal ke ntah la. Sempat snap aksi dia. Hehe. Tapi guna kamera hp so blur la.


Okey, tu je citer tentang #Meaw kami manja sangat. Hehe. Korang pon ada kisah meaw yang manja share ngan kita jugak plissss..

Friday 20 September 2013

Seyes berat dah naik???

Salam uollss..

Pompuan kalau sebut berat naik terus meraung kan. Haha. Saya masa zaman kurus melidi ritu YES sangat la kalau timbang berat naik. Suka sangat. Sebabnya masa tu pakwe kita selalu suruh kita makan banyak biar berisi sikit. #Tiba-tiba bahasakan diri kita pulak apa kes.

Start kerja kat opis yang saya kerja sekarang berat memang naik. Tapi saya ni jenis berat susah nak naik kan. Makan banyak pon kat muka je membulat. Jadi tak efek berat kot. Muahaha.

Ni gambar masa awal tahun 2009. Masa ni tak kerja kat opis sekarang lagi. Kurus kan. Lengan melidi je. Kesian sangat. Sampai ada sorang mak cik tu tanya saya "Kurus sangat ada penyakit ke?" Hak. Terkedu aiolls disitu.
Ingat lagi kalau keluar makan ngan buah hati selalu kena marah la kalau makanan tak habis. Macam makan kat kepci selalunya tak dapat habiskan ayam goreng yang part isi menebal tu. So dia bebel la macam mana nak berisi kalau makan asyik tak habis je. Stress. Haha. Sampaikan kalau tak habis makan tu siap mintak izin "Rasa macam tak bleh habiskan la nasi ni. Takpe kan?". Kasihan sangat. Hehe. Pastu nekad la konon nak naik berat badan. Tapi makan banyak tak naik jugak.

Sampaila masuk kerja masa tu berat dalam 45 kot eh. Pastu naik sekilo setiap tahun. Dah kawin hari tu 50kg kot eh berat. Lupa la. So kalau time makan je saya perli la buah hati kita yang dah jadi husbeng kita dah " Nak makan banyak la, kan awak nak saya berisi kan". Teruslah dia bunyi "Jangan ngada-ngada. Ok dah ni. Tak payah gemuk-gemuk dah". Haha. Taupun kan. Hari tu bising nak kita berisi kan. 

Lepas setahun kawin ni saya rasa saya makin bulat (muka la especeli), pastu baju banyak da ketat tapi bila timbang sama je 50kg.  Seminggu sekali kot timbang berat statik je..

Eh, semalam setelah dua minggu tengok berat dah 51kg!!OMG!! Baru rasa risaunya owhh berat dah naik, nanti banyak baju tak muat takutnyeeee...


Balik keje terus ajak en.beliau pegi jogging. Muahaha. Tapi tak dapat la sebab kasut pon takde kan. Kena masukkan sport shoes dalam #wishlist la jawabnye.

Ok. Dah kenyang makan nasi tadi. Pastu opismate keluar pegi kepci aiollss order chezzywedges pulokk. Camno nak diet sila jawab sekarang!


Wednesday 18 September 2013

Jemu.

Salam uollss.

Hari ni just nak mengadu kat korang. Saya rasa sejak akhir-akhir ni badan makin mengembang dah. Ni ada beberapa baju yang saya bukak balik dart especeli baju kurung moden la kan. Tapi bila timbang berat tu statik je 50kg. Huwaaa. Debar tengok angka  tuh. Ni konon nak turun balik jadi 48kg ke kan. Tapi makan tak henti-henti camno la mengecut kan.

Dah la asyik duk beli ayam ayam dan ayam lagi. Masak lauk ayam ayam dan ayam lagi. Bosan aihhh. Eh, sebenarnya nak cerita pasal jemu duk makan ayam. Bukan pasal berat. Tapi awal-awal lagi duk sembang kencang dah pasal berat kan. Haha. Motip disitu adalah kena kurangkan berat la. Haha.

Bff kat whatapps selalu marah tau saya cakap saya ni berisi. Diorang cakap kalau saya yang kurus ni cakap saya dah berisi habis tu diorang yang dah berisi comelness tu kira macam ne plak. Hehe. Comel je kekawan tak suka kita cakap kita makin berisi. Baiklah kekawan. Kita nak diet senyap-senyap tanpa bagitau korang la okeyyyy.

#airtangansaya. Motip dalam blog pon nak hashtag.

Nak buat sambal sotong jadi sotong masak kicap.

Ikan kerisi goreng.

Sayur kobis goreng.

Semalam dah tak bleh tengok muka ayam lagi. Terus berdesup ke pasaraya balik kerja tu. Dengan baju kurung ayu selembut sutera shawl ditiup angin sepoi-sepoi #ootd masuk pasaraya ambik bakul terus pilih ikan kerisi dan sotong untuk masak dinner atas tu. Gud bye ayam. Kita jumpa minggu depan la pulak.


Sapa ajak pegi Giant beli ayam kita sorok kunci moto dan kereta. Bye!!



Sunday 15 September 2013

Sembang kosong hari ni dan semalam.

Salam uollss.

Hari ni saya cuti. Saje je apply cuti konon nak berehat di rumah. Tapi petang nanti macam kena pegi opis jugak je. Sebab ada keja sikit kena settlekan. Okey. Alkisahnya bangun pagi tadi untuk buat air kat en.beliau. Dia kan jenis tak makan pagi. So, buat air je. Pastu dia macam pelik la masa tu dah jam 9.00 pagi saya tak bersiap pon lagi. Dia tanya la "Hari ni tak nak pegi keja ke?". Hehe. Saya rasa macam dah pernah bagitahu dia saya cuti direct 4 hari. Tapi dia lupa kot. "Saje je, hari ni malas nak pegi keje boleh. Esok pon malas jugak". Hahaha. Motif hari Malaysia pon kena keje kan. Haruslah cuti. Tapi saya rasa dia ni memang lupa kot. Esok pon dia keja. Sobsob. "Sukati syg la, tak nak pegi keje sebulan pon takpe jer". Hahaha.

Nasib baik la dia tak cakap "Tak nak keje sampai bila-bila pon takpe". Ai is bosan kalau kena jadi surirumah tangga sepenuh masa kan. Pagi ni sebab tak kena masak pon untuk en.beliau jadi saya malas jugak nak masak breakfast untuk diri sendiri. Lalu bancuh nestum makan bersama kek gulung. Tapi tiba-tiba perut saya sakit semacam ni. Dah dua kali ia menyerang ni. Adakah kerana saya tak boleh makan nestum? atau sebab tak makan berat untuk breakfast atau kek gulung dah expired date? Muahaha.

Ok. Lepastu terus pegi tanak nasi. Intai dalam peti ais ada sosej. So, makan nasi dengan sosej suda. Sosej sambal atau sosej kicap atau sosej sos? Makan sorang-sorang tak perlu havoc sangat la. Masak satu lauk suda.

SEMALAM saya balik rumah mak. Eh, lama tak balik kot. Tengok Chombi dan adik-adiknya dah besor dah.






Geramnya tengok masing-masing neh. Nak gigit-gigit rasa. Hehe. Over haih nak gigit kucing.

Pastu mak bagi rambutan. Jojo la pegi kait belakang rumah. Wah. Dapnya rambutan. Ngadap seplastik tu pon tak sedar habis. Ni rambutan anak sekolah. Rambutan ni manis. Sedap. Sebab tu makan banyak pon tak sedar. Masa kecik dulu panjat pokok rambutan. Makan dari atas pokok je. Heheh.


Semalam sebelum pegi rumah mak saya snap gambar. Hehe. Macam hobila kan. Sehari tu mesti snap gambar sendiri. Pastu time saya tido ada je la orang geledah folder Pics dalam henfon neh. Konon-konon nak stalk gambar kita la. Pastu gelak sorang-sorang. Saya terjaga bukak mata tengok dia tengah ushar gambar bawah..




Tu ada dua keping je sy upload. Dalam henfon tu banyak lagi versi camtu. Haha. Tengah mamai-mamai tu saya tanya en.beliau "Kenapa gelak?". Selamba badak je dia jawab "Ni, gelak tengok budak POYO".

FINE!!!!!!!!

Pasni aiolls nak set password kat hp lah..

^__^

Friday 13 September 2013

Malang nasib mihun goreng.

Salam uollss..


Bersiaran dari opis. Bizi-bizi pon boleh update entri kejap. Heheh. Hari ni Jumaat. Sepatutnya saya bersenang lenang dirumah. Eh, takde maknanya hari Jumaat nak bersenang lenang kan. Macam-macam kerja dirumah harus dibereskan. Tapi memandangkan tanggungjawab terhadap keroje belum diselesaikan sepenuhnya marilah kita bersenang lenang di opis. Hahaha.

Eh, pagi tadi konon tak sempat breakfast nak masak bawak bekal brunch di opis. Pastu gigihlah nak goreng mihun. Dah potong bawang potong sayur semua tumis bawang tiba-tiba terpikir.."Ni mihun aku ni bukan ke kena buh cili boh aka lada giling". Pelupa tahap gaban oii. Lada pon belum rendam air panas, belum tumbuk (umah kitew kan takde blender). Huwaaa...terus derhaka pada resepi mihun goreng.

Inilah dia menu bihun rekaan sendiri on de spot. Sapa mintak resepi gua tampar laju-laju. Haha. Motif nak tampar orang dari dalam lappy boleh kew??



Pastu kang saya bagitahu saya ni kureng la kesukaan terhadap mihun ni. Kalau mihun tu sedap makan jer. Haha. Macam nak bagitahu kat semua orang je yang mihun saya sedap kan. Haha Gelakkan diri sendiri plisss. Jadi marilah kita add on makanan kesukaan yang lain kan. Barulah boleh makan mihun tu sampai licin nanti. Sosej idaman hati.

Okey. Sampai opis buat keje. Tengahhari kot baru sentuh mihun rekaan sendiri on de spot ni. 

Kenyang perut suka hati.
Alhamdulillah.
=)


Wednesday 11 September 2013

Lesung batu.

Salam uoolllss..
Eh pliss la. Lesung batu pon nak glamor jugak dalam blog saya. Haha. Suka hati ni. Tumbuk bawang sambil senyum-senyum boley? Thehehe.


Lesung batu salah satu list yang paling atas jugak masa beli barang dapur sebelum duk rumah sewa dulu. En.beliau la duk tanya sokmo nak beli kat mana. Sampai la jumpa lesung ni kecil molek je saiznya terus dia jatuh hati. Beli kecik je katanya senang. Kita pon berdua jer. Sangat berjasa lesung tu. Sebab rumah kami ni takde blender so nak tumbuk apa saja guna lesung tu je la. Tapi sebab kecik tiap kali tumbuk bawang mesti tercampak keluar. Sadis sangat.


Pastu suatu hari tu macam mana ntah alu lesung tu tergolek terhempas jatuh ke lantai. Terus patah terbahagi tiga. Aihhh. Biasalah. Masa mak mertua call terus mengadu lesung kiteww patah. Skit-skit nak ngadu kat mak mertua kan. #Mintaksimpatilatu.

Masa balik rumah ma, beliau gantikan alu lesung. Sebab rumah ma ada lebih yang tak guna.
Tu gambar dari instagram. Sebab tu siap ada sebelah menyebelah gitu. Hehe. Kecik cinonet je alu yang ma bagi.  Ma suruh guna dulu nanti dia nak beli yang lain yang besar sikit. Heee.
So raya hari tu masa balik kampung ma pegi beli. Kat Rantau Panjang kot eh. Tak ingat nak tanya. Suka sangat lesung ni. Sebab luas dan dalam. Nak tumbuk dah takdelah sampai tercampak keluar kan. Nak tumbuk banyak-banyak pon takde masalah. Mekasih ma =)



Asal balik rumah ma macam-macam la ma kirim. Mekasih sangat ma. Semoga Allah murahkan rezeki ma sentiasa. Aminnnn.


Tuesday 10 September 2013

Majlis pertunangan adik ipar.

Salam uollss.
Weekend yang lalu saya balik rumah mertua sebabnya adik ipar nak bertunang. Bertunang dengan jiran sekampung neneknya. Kawan masa kecik duk main kejar sama-sama. Hakhak. Pandai-pandai je. Eh, tapi diorang memang dah lama kenal la. Abang-abang dia pon semua kawan adik ipar dan kawan en.beliau. Ok. Now nak cerita sebelum hari kejadian la baru best ikut kronologi kan. Hehe.

Hari Khamis saya da ambik cuti. Sebab saya kena tolong gubah hantaran especeli sireh tuh. So, plan malam Rabu nak gerak balik. Balik ngan kereta en.beliau. Baru setengah jam perjalanan tiba-tiba kereta rosak. Aduyaiii. Lampu makin lama makin malap. Jadi kami patah balik. En.beliau bawak pegi rumah kawan dia. Diorang duk baiki kereta sampai setengah jam tak ok jugak. N maybe masalah bateri. Balik rumah saya pulak sambung baiki kat rumah. Saya siap ambik laptop dalam kereta masuk rumah bukak fb n blog. Ingatkan tak jadi dah nak balik. Huwaaaaa. Kemudian en.beliau col suruh turun. Masa tu dalam kul 12.45am. Turun je transfer barang-barang dari kereta en.beliau redah balik ngan kereta saya akhirnya.

Sampai rumah mak mertua dalam kul 2.30am. Penatnya. Sampai je sembang mak mertua. en.beliau pulak nak makan durian. Tunggu dia pulak. Rasanya kul 3.00am kot baru tido.

Khamis.
Hari ni sibuk menyiapkan kuih. Sebab plannya hari Jumaat tu semua akan berkumpul kat rumah tok en.beliau. So, jalan kaki je dari rumah tok ke rumah yang nak dituju. Jadi sementara berkumpul kat rumah tok tu hidangkan dulu kuih-muih la. Nanti kat majlis tu baru makan nasi.

So, adik ipar gigih kukus apam dewa. Senang je rupanya. En.beliau pun suka je makan. Ok. Pasni saya akan try buat kat rumah. Heeeee.
Sebenarnya acuan asal adalah untuk kuih yang ada kelapa tu. Ape ntah nama dia. Tapi tak kisah la. Janji sedap dimakan. Hee. Pastu orang asyik duk tanya mana kelapa? Tak letak kelapa ke?Kelapa takde, kepala ada nak? Haha. Motif nak emo.


Banyak jugak buat kuih ni dalam 200biji kot. Petang pulak lepas Asar gubah hantaran pulak. Hantaran lima berbalas tujuh. Hantaran dari pihak lelaki untuk perempuan : Sireh, Cincin, Tuala, Sejadah, Kain (untuk baju kawin) dan buah-buahan. So dah jadik enam kan. Jadi kita akan combine siren bersama-sama cincin. Sepupu en.beliau pun ada datang. So kami duk godek-godek la sama-sama dengan adik ipar sekali. Mak mertua pon join sekali. Penuh bilik duk mengadap menda alah hantaran neh.

-Sejadah-

-Kain untuk baju kawen nanti-

-Tuala-

Buah dan sireh kitorang gubah pagi Jumaat tu.

-Buah-buahan-

-Sireh + Cincin-

Dalam jam 2.30petang tu gerak ke rumah tok. Kumpul sana ramai-ramai. Saya naik kereta pasal nak bawak hantaran kan. Yang jalan kaki sampai dulu. Fine!





Kak Long haruslah diva. Takdenya nak bawak hantaran ni kan. Haha. Padahal rebut nak bawak jugak tapi sebab hantaran sikit tak sempat nak rebut. Tunggu kawin nanti sila bagi hantaran banyak sikit. Muahaha.

-Hantaran dari pihak perempuan untuk pihak laki-

 -Mini pelamin tu tunang adik ipar (Emma) deco sendiri. Dia keje kat kedai jahit. Nanti nak try jugak upah dia jahit baju. Heee. Boleh mintak diskaun kat bakal biras. Heeee. Yang bestnya owner kedai jahit dia tu ada butik pengantin jugak. So senang la dia nak sewa pape.



-Yang kelakarnya masa ayah-ayah nak diskas ni masing-masing kelu lidah tak tau nak start macam mana. Haha. Masing-masing duk senyum-sengih-senyum-sengih je kan-






-Mak mertua dari pagi tadi lagi kata perut tak sedap la, macam-macam rasa la,mual la. Nebesnya ma. Hikhik. Pastu dia cerita la masa pegang tangan Emma tangan Emma menggeletar. Hehe. Pastu suruh Emma rileks dulu barulah dia sarung cincin-

Kikiki. Dan-dan tanya ma masa kitorang tunang dulu ma debar x???Hehe. Debar jugak ma cakap =)
Saya punya debaran masa tunang tu lagi kuat berbanding masa akad nikah tau.

Tahniah Emma & Achik. Tahniah ma bakal dapat menantu. Tahniah kat diri sendiri jugak bakal dapat biras perempuan =)










Alhamdulillah dah selesai. Lepas makan kenyang balik rumah tok semula. Lepak-lepak kejap kemas-basuh pinggan cawan semua. En.beliau pulak ajak pegi lepak kat pantai. Yeahuuu.

Pantai ni amat sinonim dengan ABC. Suka sangat kalau lepak-lepak pantai sambil menghirup ABC. Orang lain semua minum air panas sebab masa ni tengah hujan. Aiolls bantai ABC. Ni en.beliau la yang mempengaruhi saya neh. Tapi licin la ABC aiollss.




Okey. Pastu baru balik. Penat sangat rasa. Malam tu nak balik rumah daa.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...