Para Pengikut..

Friday 27 September 2013

Resepi mengikat perut suami.

Salam uollss..

Ewahh..tajuk entri semanis kurma sangat kan. Hakhak. Hari ni hari Jumaat dan macam minggu lepas jugak saya bekerja hari ni sebab ada exam. So Sabtu dan Ahad cuti. Yeahuuuu. Malam ni boleh tido lewat layan bw, fb,ig dan media-media sosial yang lain kan. Kata hari minggu kenn.

Macam yang saya selalu cakap la. Setiap hari tak boleh kalau tak makan nasi. Dasar napsu makan yang membuak-buak betol. Apesal Ramadhan yang lalu boleh je sehari tanpa nasi. Mencik tau napsu ai neh.

Takpe.Takpe. Selagi bernafsu makan kita makan jer kan. Nanti kalau dah tak bernapsu makan susah pulak kan. Tak pasal-pasal kurus cekeding . Dasar nak ambik hati diri sendiri lertuuu.

Pagi tadi saya tak masak pon. Sampai opis nasib baik la ada mak cik tu bukak gerai kuih-muih beliau. So beli mee goreng+nasi himpit+pulutnyior+burgermini..Ewahhh. Kemain kan. Mentang-mentang dah pujuk diri sendiri atas tadi kan. Pulut nyior dan kuih burger mini tu untuk sarapan, tengahhari skit makan nasi himpit, dalam kul 4.00 petang pulak makan mee goreng. So, saya dah cakap kat diri sendiri saya tak kan makan malam nanti.

Balik kerja singgah kedai jual barang-barang basah sayuran-ikan-kerang semua ada. Beli ikan tongkol seekor dan ikan selayang. Balik kerja tengok en.beliau takde. Pukul 7 lebih dia sampai rumah terus saya tanya nak makan apa. Dia cakap dah kenyang. Dah makan lewat tadi. Jadi saya tanya je la beliau ada idea tak. Sebab saya tak tau nak makan apa kan. Terasa lapar nasi la. Hahahha. Nampak tak. Memang napsu ni tak bleh dipercayai langsung.

Encik beliau cakap goreng nasi je la simple. Tapi saya tetap nak masak nasi berlauk. Nasi berlauk tu tak sama dengan nasi goreng ke nasi lemak ke kan. Lalu saya ke dapur. Nak masak simple je. Masa tengah goreng ikan tiba-tiba ada orang datang kat dapur. Ceewahh. Cakap je suami datang kan, mana ada lagi orang lain dalam rumah. Terus dia menyibukkan diri usik itu usik ini. Ehemm. Usik ikan dalam kuali okey.

Pastu dia bosan terus masuk ke ruang tamu balik. Eh, tiba-tiba dia cakap..
 "Masak nasi lebih tau sayang"..
Yes yes yes.
Haha. Tau takpe kan. Ai baru goreng ikan u dah terliur. Tadi cakap dah kenyang kan. Nasib baik tak tanak nasi lagi tau.

Malam ni masak simple je. Habiskan sayur sawi yang ada.

  Tumbuk lada hitam dan ikan bilis. Hiris bawang merah dan bawang putih. Tumis kemudian masuk kan lada hitam dan ikan bilis tadi. Letak air. Pandai-pandai la agak sendiri kan. Masuk perasa. Siap.

Kat rumah mak kalau tak tau nak masak apa masak macam ni je. Makan panas-panas best. Kalau sayur kangkung lagi saya suka. En.beliau tak makan pon lauk ni. So, satu mangkuk tu ai habiskan sorang-sorang.

Sambal ikan masin kesukaan dia. Terima kasih tolong tumbuk. Ni la jugak yang membuatkan dia terliur makan malam ini. Hehehee.


Ikan goreng. Asal masuk je dalam piring mesti cacat ikan tu ada yang curik makan sebelum sempat hidang. Sabo je la.

Okey. Nasi dah masak. 

Bismillah...

Tajuk tu saja je bagi gempak. Takde pon resepi sebenarnya. Setiap isteri harus carigali sendiri apa resepi mengikat perut suami masing-masing kan. Hanya kamu yang tahu kesukaan suami kamu. Citarasa suami kamu kan =)



8 comments:

  1. salam,

    lauk simple memang best.saya pun terliur tgk lauk tu..hehe

    Btw, kalau berminat dengan supplement from Shaklee saya ada buat promo ESP Shaklee..do visit my blog ye
    http://ainasuraya.blogspot.com/2013/09/promo-shaklee-esp.html

    thanks!

    ReplyDelete
  2. Encik beliau suka belacan tumbuk ikan masin ye jaja? haha

    ReplyDelete
  3. HH : Perlu ke tanya weiiiii???

    ReplyDelete
  4. HH : Perlu ke tanya weiiiii???

    ReplyDelete
  5. cmni pny lauk simple tp sedap,perut suami jiran pun bole ikat skli.hahhahaha

    ReplyDelete
  6. En.superman : haha.jiran suh bini sndiri la masak.

    ReplyDelete
  7. sambal ikan masin tu, nyior + ikan masin ye? abg f pun suke smbal nyior + ikan rebus tu..huhu..terangkat

    ReplyDelete
  8. Sis Eyta : Tak la awak.lada + ikan masin +gula sikit. Tu jer. Hehe.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...