Para Pengikut..

Friday 4 October 2013

Kalaulah ada mesin lipat baju.

Salam uollss..



Malasnya nak lipat baju. Siapa berperangai macam saya jugak angkat tangan nak kira berapa orang. Hewhew. Buat-buat tak mengaku pulak kan. Seyes malas sangat nak lipat baju tau. Dalam banyak-banyak aktiviti yang saya harus lakukan dirumah ni lipat baju la yang paling malas sekali tau. Tu ada menunggu penuh sebakul saya jeling manja je kat bakul tu. Hehe.

Time basuh baju rajin je, time jemur on rajin jugak kan. Masuk part nak lipat tu ya ampunn laju-laju jer saiton merayu di telinga ni jangan lipat..jangan lipat...haha. En.beliau pon dah sedia maklum akan kemalasan diri ini. Jadi dia redho je la kalau baju penuh sebakul kan. Saya pon pernah la ngadu kat dia..

“Saya malas la nak lipat baju. Aci tak?”

“Suka hati awak la. Jangan malas nak masak sudah”

Hehehe. Sebab tu la saya rajin masak kan. Hahaha. Motif sangat.

Tu la. Langsung tak bagi kita motivasi kan. So makin naik lemak la tahap kemalasan ini. Bila jer saya lipat baju? Bila mood rajin tu datang. Tak perlu diseru pon. Dia akan datang sendirik. Kalau mood rajin tu datang t-shirt en.beliau pon saya gosok. Tapi yelah. Mood rajin pliss datang hari-hari boleh tak.

Minggu ni lagi la. Minggu sibuk sedunia. Langsung tak de nak hiraukan baju-baju tu semua. Basuh sidai angkat pastu peram dalam bakul. Hehehe. Terbaik sangat kau NoorHafizah binti Musa. Tapi saya rasa la kan, kemalasan lipat baju ni takdelah kronik sangat berbanding kemalasan memasak. Ehem.. saya rasa okey. Bukan awak yang rasa. Sebab saya selalu jugak tanya kawan-kawan dan ramai je sependapat dengan saya. Yeayyy ada geng. Hehehe. Nanti kita create group kat fb ‘geng surirumah malas lipat baju’. Kahkahkah. Kelaut da fikiran neh.

Eh, saya teringat pulak masa matrik roommate saya ni rajin sangat lipat baju. Kalau sembang-sembang ngan dia saya sambil baca buku ekonomi *aauuww ulat bukunya. Dia sibuk ngan lipat baju dia. Pastu baju dalam loker dia kemas je lipat. Sama saiz je okey. Yang baju kurung sama saiz dengan baju kurung. Yang t-shirt pulak sama saiz jer ngan t-shirt. Pastu siap susun sama kaler okey. Dari ton cerah sampai to gelap. Saya suka la duk perati dia kan. Kalau saiz tu lari skit je satu inci pon dia akan bukak balik lipatan, lipat balik. Huwaaaa. Kenapa awak gigih sangat Idah.

See, sekarang memang terbukti sangat malas lipat baju. Sanggup saya taip entri pasal kemalasan lipat baju ni padahal ada baju sebakul menanti. Ni kalau aktiviti menaip entri ditukar ke ipat baju konpem habis da sebakul kan.

Okey. Mood rajin dah datang. 1.30 am baru nak lipat baju. Wanita bekerjaya sangat kannnn.

2 comments:

  1. sambil taip entri sambil lipat baju. hehe.. mana gambar baju penuh 1 bakul nak tengok

    ReplyDelete
  2. HH : haha.tak boleh.sensor okey.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...