Para Pengikut..

Wednesday, 20 November 2013

Rumah untuk disewa.

Salam uollss.


Ehemmm. Entri ni agak panjang nak membebel. Hope korang sudi mendengar luahan masalah saya. Hikhik.

Dua-tiga hari saya gigih angkut sepupu en.beliau dan suaminya untuk carik rumah sewa. Sebab diorang duk sekampung ngan kami, dah masuk 9 tahun menetap situ haruslah dia banyak kenal warga kampung tuh. Kalau korang perasan saya pernah cerita rumah yang saya sewa ni ada beberapa kelemahan yang kami rasa tak bleh bla lah. Huhu. Maybe bagi korang kelemahan tu biasa-biasa jer kan setiap rumah sewa pasti ada kelemahan masing-masing. Tapi tak kisah kami cari rumah yang menyenangkan kami kan. Kami yang bayor sewa haruslah berbaloi kannnn.

Rumah saya duduk ni rumah kedai. Bawah kedai runcit rumah saya kat atas. Mula-mula nak cerita dulu pasal kelebihan rumah ni.

KELEBIHAN

1. Penyewa - Penyewa rumah ni adalah seorang pak cik yang sangat baik hati. Dia ada satu lot kedai dua tingkat, kat bawah dia bukak kedai runcit kitorang sewa di atas. Pak cik ni memang baik dan kadang-kadang kalau bayar sewa lambat skit pon dia tak kesah sangat. Bil api air kitorang pon dia tolong bayarkan, maksudnya kami bagi duit dia pegi bayar sebab katanya kami ni sibuk takut takde masa nak pegi bayar.
See, baik kan.

2.Kemudahan & Prasarana #sangatcikguBMgunayatprasaranahaha -  Okey. Sebab bawah tu ada kedai runcit, jadi sangat senang aiolls nak beli pape. Kejap-kejap garam takde tengah-tengah singgang atas dapur tu, turun kejap beli garam. Kat situ dekat jugak ngan kedai peralatan dapur dan rumah. Ada jugak cyber cafe. Siap ada spa lagi. Tapi tak penah pergi pon.

Yang penting ada WIFI FREE. Hehe. Dapat wifi KTW (Kampung Tanpa Wayar).

Okey. ada lagi ke kelebihan???

3.Saiz rumah - Rumah ni bentuk memanjang. Sangat besar dan luas. Tak larat aiolls nak menyapu. Lagi-lagi kalau nak mop lantai. Haduii, berpeluh tau kalau menyapu satu rumah. Kalau hp dalam bilik dan saya kat dapur konfirm tak dengar la bunyik hp tuh kan. Eh, macam kelemahan jer. Haha. Tapi baguslah rumah besar kan. Kalau orang ramai-ramai nak datang senang. Tapi ramai ke orang datang rumah kau Kak Jah??

KELEMAHAN

1. Tiada laman -  Yer, dulu saya sangat menginginkan rumah yang ada laman. Sebab saya plan nak bercucuk tanam konon, daun pandan, serai ke, kunyit, halia, lengkuas. Haha. En.beliau pon memahami hasrat hati saya. Tapi sebab tergesa-gesa sangat nak duk rumah sewa kan. Konon nak duk sementara hambik ko dah nak masuk setahun dah pon.

2. Tangga - Ada tangga sebab tingkat atas kan , takkan nak naik lif pulak. Jadi penat sangat turun naik. Tambah-tambah bila balik shopping barang dapur dua-tiga kali angkut. Pastu kalau teman en.beliau baiki kereta dia kat bawah. Kejap-kejap nak spanar, kejap-kejap mintak lampu suluh. Kalau berat badan ai turun takpe jugak kan. Ni makin naik ada lahhh.

3. Tiada balkoni - Dah nama kedai kan, sah-sah takde balkoni pon. So, kitorang ada satu bilik untuk jadikan tempat jemur baju. Satu bilik jadikan stor dan satu bilik tidur kitorang, jadi takde pun bilik khusus untuk tetamu kan. Sadis sangat.

4. Siaran TV - Tak tahu lah sebab kawasan atau memang tv kitorang tak support arial kecik. TV3 langsung tak boleh tengok Yang paling jelas hanya TV9 dan TV Hijrah. Yang lain tu mati hidup segan tak mahu. Eh, macam salah jer. Heheh.

5. Dapur - Dapur saya walaupun luas hingga boleh memuatkan 10 orang chef mungkin tapi tingkap dapur tu tinggi dari atas sampai kat sinki. Pastu dari hujung dinding sana sampai hujung sini kan. Kalau hari cuti saya masuk dapur waktu tertentu saja sebab panas sangat pancaran matahari.

6. Bil letrik dan air - Sebab rumah ni adalah rumah kedai, jadi tarif letrik dan air pon tak sama macam rumah biasa. Bil air biasanya RM15 ke atas pastu yang tension bil letrik la pernah sampai mencecah RM60. Huwaaaaa. 


*****

Pastu kan pastu kan nak cerita kisah seram tau...

Masa keluar ngan sepupu en beliau tu  adalah dia cakap ada satu rumah ni cantik sangat. Dah la cantik, besar pulak tuh. Eksaited la pegi tengok. Bayangkan harga sewa rumah tu RM250 je tau. Pastu bawak la sepupu en.beliau ke kawasan tu. Masuk satu lorong kiri kana semua rumah batu besar dalam pagar. Eh, tiba-tiba dada saya berdegup kenyang terus bulu roma meremang. TIBA-TIBA je kan. Sebab saya ternampak satu rumah kosong tepi jalan tu la tetiba je berdebar. Pastu en.beliau tanya la Abang Nazri (sepupu en.beliau) mana satu rumah yang dia maksudkan. 

Rupanya rumah yang buat saya berdebar dan meremang bulu roma tiba-tiba tu lah rumah yang Abang Nazri maksudkan.  Okeyy. Terus tak jadi lah nak sewa rumah tu. Perasaan berdebar tu punya kuat sampai kat luar jalan besar baru hilang tau.

Tapi bila en.beliau tanya kawan dia Ki memang Ki pon tak syorkan rumah tu. Macam ada sesuatu yang en beliau sembunyikan dari saya. Takpe, lebih baik tak tahu daripada tahu dan menjadi igauan. Kikikikikiki (bunyi gelak serammm)

8 comments:

  1. simpang jauhhhhh umah seram seriauuuuu tuh. hahahaha

    ReplyDelete
  2. sama la.. kite pun bile tengok je kawasan tu semacam, takut nak sewa.

    iza cari rumah dekat mane tu? kite pun tengah cari rumah nak sewa ni. huarghhh... tak jumpa lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dhiera,ha ah diera. Takut lau rumah semacam je. Dahla kadang2 kita duk sorang.huhu.

      Kita duk kuala terengganu dhiera. Biasa kta cr umah time mlm.tgk umah gelap je esok pegi terjah tanya jiran umah tu kosong x.hee.

      Delete
  3. Hati2 cari rumah sewa jah..survey btl2...lebih2 lg kalao kene duduk sorg mlm2..hikhokhikhok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Na : ai is takottt..

      Delete
  4. mmg seram..better x payah lah kan..nnt seram sorang2 pulak kt rmh..hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saila, kan. Tengok dr luar pn dah berdebar, mcm mne ntah kalau duk dalam.huhuhu.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...