Para Pengikut..

Sunday 8 December 2013

Roti ala-ala pizza.

Salam uollss.

Lama tak bersiaran. Weekend balik melepaskan rindu pada ma mertua tercinta. Tu story lain lah. Nak cerita hari sebelum balik rumah ma mertua.

Hari Khamis tu saya rushing nak pegi kerja. Sebab baju tak iron malam. Bila kena iron pagi alamatnya terkejar-kejar lah. Husben pulak kebetulan dia tak kerja hari Khamis. Jadi plan nak masak untuk dia makan lunch. Boleh jugak saya bawak bekal ke opis sekali...tapi fail disitu. Memang tak sempat pon nak masak.

Lalu saya selongkar dapur tengok ada roti. Konon nak buat pizza di hari-hari sebelumnya kan tapi asyik tertangguh je. Jadi pagi tu buat pizza la. Kejap jer pon. Kemain ko kan nak bagi nama pizza kat roti ko. Agak-agaklahh. Haha.

Zapp zupp zappp..siap letak dalam pemanggang ajaib kiter pastu pegi iron baju. Siap pizza 6 keping. Bawak pegi opis skit.

Kat opis plak tengahhari jugak la..dapat msj dari +Buah Hati+
"Sedap la syg, malam ni buat lagi tau"

Ehem.Ehem.Ehem..

Ni akhir-akhir ni asyik puji ni nak pape kerrrr?Hahaha.
Apapun terima kasih sudi puji saya masak even saya lempar-lempar jer pon roti tu. Hehehh.

Balik kerja lewat. Pastu dengan baju tak packing lagi (nak balik rumah mil malam tu). Nak masak pizza lagi. Nak kemas-kemas rumah dulu skit sebelum tinggalkan rumah. Nasib baik balik tu asben dah settle hiriskan sosej.

Asben datang mengintai jugak aiollss masak. Tapi macam intai jer kot. Nak buat sendiri kalau aiolls takde taknya kan asben. Hehehe.

Senang jer. Letak jer apa-apa yang ada dalam peti ais tu atas roti. Hehe.
Saya punya style :-
1. Hirisan sosej yang digoreng dulu sekejap
2. Bawang besar dihiris kecik-kecik
3. Cili dihiris
4. Tomato dipotong kecik-kecik

(Susun la nak susun macam mana pon. Letak sosej banyak-banyak sedaplah)
Taburkan dengan lada sulah.
Potong kepingan Kraft Single tu susun la atas roti tuh. Suka hati la nak susun macam mana pon.

Bakar dalam pemanggang ajaib ke yang tak ajaib pon boleh. Tengok kraft tu dah mencair tu dah boleh angkat la tuh. Makan panas-panas. Nyumnyummm.

4 comments:

  1. Replies
    1. HH : Mari la makan rumah sy.heheh.

      Delete
  2. nak jugak..awk dh ade pemanggang ajaib ek.. syok la..mcm2 leh masak..

    ReplyDelete
  3. sis, hehe.beli la awk.murah jer.macam2 leh wat =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...