Para Pengikut..

Wednesday 8 January 2014

Imbasan 2013 blog izahafizah

Salam uollss..

Sekejapnya dan setahun berlalu. Dah seminggu lebih baru nak buat imbasan setahun yang berlalu. Biasalah. Aiolss kan selalu buat-buat sibuk. Ekekeke. Kesian ko belog.

JANUARI
5/1/2013 start bermastautin rumah sewa. Duk berdua ngan suami setelah 9 bulan stay dengan family. Tapi takdelah jauh pon rumah sewa dengan rumah mak. Tiap minggu boleh balik. Kadang-kadang seminggu dua-tiga kali. Alhamdulillah. Dapat jugak rasa hidup berdikari. Selama ni kita penat kat tempat kerja balik rumah mak dah siapkan makanan untuk kita untuk suami kita sekali, now semua untuk suami kita yang uruskan.


 Kadang-kadang penat jugak kan. Hehe. Tapi nasib baik suami aiolls ni jenis tak kesah sangat. Even kerja dapur dan kerja-kerja yang sinonim dengan kaum isteri ni dia jarang nak handle tapi banyak sangat kot pertolongan dia yang saya tak mampu buat -pecahkan tombol pintu bila kami terkunci dari luar, baiki lampu rosak, baiki sinki tersumbat, vakum karpet, ubah kedudukan perabot, pasang tali untuk jemuran, tukang lap meja makan dan perabot dan seumpamanya lah. Dan yang paling penting jadi hero bila lipas terbang datang kacau aiolss kat dapur. Hahaha.

Januari bulan saya dilahirkan. Alhamdulillah punya kawan yang sangat penyayang tiap-tiap tahun tak lupakan kek untuk birthday saya. Huhuuu. Terharu..



FEBRUARI
Bulan Februari pergi piknik kat Chemerong. Suka sangat. 1st time pegi berkhemah tidur kat air terjun dengan asben dan kekawan beliau. 


Amna, anak angkat weolls ada sekali. Lamanya tak jumpa Amna. Rindunya. Sobsobsob.

Ferbruari jugak ada terpalit sedikit kenangan hitam. Saya ditimpa kemalangan. Alhamdulillah Tuhan panjangkan umur masih boleh merasa dan memberi kasih sayang buat orang tersayang.

MAC
Mac 2013 bulan anniversary pertama. Tapi takde pegi honeymoon kat mana-mana pon. Honeymoon kat rumah jer. Kesan kemalangan tu rasanya dua bulan jugak saya moody memanjang.

APRIL
Murah rezeki ada kawan adik belanja makan SC. Pastu siap bagi hadiah skirt lagi. Ai is terharu. Tq sayam =)



MEI
Murah rezeki lagi. Dua orang xstudent baik hati baik budi belanja kami steamboat. Enjoy sangat. Next time kita pegi lagi eh.

JULAI
Ramadhan kembali lagi. Menyambut berdua dengan husband. Tak terkata indahnya perasaan bila suami kejut bangun untuk masak waktu sahur. Terima kasih Allah atas kurniaan pengalaman ini.

 OGOS
 Aidilfitri. Pertama kali menyambut raya pertama di rumah famili mertua. Alhamdulillah. Syukur sangat dikurniakan mertua yang sangat baik hati+penyayang . Hikmah Aidilfitri menyatukan kembali hubungan keluarga yang dulunya renggang. Alhamdulillah.




Seronok jugak dapat raya dengan kawan-kawan. Setahun sekali kot baru jumpa.









Tak lupa jugak my bff datang raya di rumah. Gigih pertama kali masak rendang ngan kuah kacang nasi himpit.


SEPTEMBER

Adik ipar bertunang. 



DISEMBER
Annual Dinner kat Setia City.

Terima kasih 2013 kerana memberi saya kenangan-kenangan indah ini. 2014 mungkin terpaksa hidup berdikari sendiri pulak. Semoga diri ini terus tabah dan kuat. Aamiin.

6 comments:

  1. hor. wahi niru. org wat entri gini, ye wat etek.. btway, jemput lah baca entri sy jugak hahaha..

    ReplyDelete
  2. HH : Hey plisss la. Saya tulis 31 dis lg tau. Harap bizi ngat duk dlm draft..hehehehe..

    ReplyDelete
  3. wa..rupanya birthday kita dalam bulan yang sama. january. banyak kenangan time 2013 kan. semoga tahun 2014 lebih baik untuk awak

    ReplyDelete
  4. umah awk ade lipas ye? takuttnya.. teringat ms berlari2 takut lipas kat umah mak. :)

    ReplyDelete
  5. Imah : Yeke Imah. Meningkat usia lagi kita eh..hehe..tq Imah =)

    ReplyDelete
  6. Sis Eyta : Ha ah awk, sokmo dia masuk ikut tingkap dapur. Takottt!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...