Para Pengikut..

Monday 2 June 2014

Trauma cicak tak hilang lagi.

Salam uolls.

Wah, lepas dah berjaya update fb pasal keberanian mennyahkan lipas terbang terus update blog. kahkahkah. Kata diari kan.

Sebelum ni kan saya citer pasal penakut geli tak suka dengan lipas especeli yang versi terbang. Tapi ntah kenapa tiba-tiba tadi berani pulak. Thehehe. Langsung tak menjerit seperti sebelumnya. Tapi mungkin sebab tadi lipas tu pasif je. Cuba kalau agresif, mau satu kampung dengar kami menjerit. Haha.

Eh, sebenarnya nak story pasal cicak. Yang ni memang trauma lagi la. Sape yang ikut blog saya dari zaman sebelum kawin mungkin pernah teringat cerita cicak sesat masuk dalam jeans saya. Merayap sampai kat lutut. Cer bayangkan. Cer bayangkan. Haha. Masa tu sehari sebelum kawin, saya gigih duk siapkan doorgift. Menjerit masuk bilik sambil genggam kuat2 seluar jeans bersama-sama cicak tu. Kakak ipar datang tolong. Kahkah. Terus saya lempar jeans keluar tingkap. Hahahaha. Gelakkan diri sendiri. Tapi memang tak kan pakai dah pun jeans tu. Kalau tak saya terasa je dia merayap-rayap. Euwwwww.

Kemudian Sabtu lepas kan balik rumah mak. Pegi berarak hantar pengantin laki iaitu my kazen, kemudian malam buat bbq pulak with my family. Jadi bawak baju seluar siap-siap. Boleh pulak masa nak pakai seluar track tu terasa ada sesuatu kt zip bawah seluar. Terus terbayangkan cicak. Menjerit satu rumah panggil my sister.

Tapi lepas adik dan anak buah selongkar seluar tu rupanya takde pape pun. Tapi sebab trauma terus tak pakai seluar tu. Nak buang tapi anak buah i nak, so bagi kat dia. Ya Allah, dengan cicak memang boleh luruh jantung.

I hate u cicak!!

2 comments:

  1. Ahahaha..sian cicak tu. Tak bersalah pun. Dia tersesat je tu kat dalam seluar kak iza. XD

    ReplyDelete
  2. Ana : Haha. Tak aci, kira dia telah menceroboh kedamaian hidup akak. Haha.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...