Para Pengikut..

Monday, 4 August 2014

Cerita Eidulfitri 2014

Salam uollsss..

Cuti lagi ke korang? ke tengah sembang-sembang cerita raya kat opis sambil makan biskut raya. Ewahh. Kemain kan cakap orang. Padahal orang lain sibuk dah duk pulun siapkan kan kerja kat opis kau je yang baru terhegeh-hegeh nak update pasal raya. Muahaha.

Mengikut giliran raya tahun ni di rumah mak saya. Tapi sebab dah ada rumah sendiri kan, umah mak pon dekat je dari umah sewa, so pagi raya baru gerak balik rumah mak. Malam raya saya masak rendang ayam je rekues by en.beliau. Ayah tempah ketupat, jadi saya pun selit jugak tempah 50 biji. Nak bagi jiran, makan sendiri lebih nak bawak lik umah mak mertua. Tengah-tengah syok masak rendang asben ajak kuar tengok orang main mercun dan bunga api.

Siap stop buat rendang okey. Rendang pon tak kering lagi. Kesian kau rendang. Kitorang kuar jalan kaki jer pun. Takdelah jauh sangat pon. Sini dah jadi kelaziman tetiap tahun mesti main mercun n bunga api. Yang stok macam ambang merdeka tuh. Ada pak cik situ cakap yang main tu geng-geng tokey mercun. Mercun yang tak habis jual diorang bakar la malam raya tuh. Meriah sangat. Tapi kesian jugak lah. Coz ni jalan utama nak ke Kelantan. Jem terus tak bergerak kereta sebab ada yang parking tengah jalan la kot.



Balik rumah rendang tak kering pon lagi ada yang tak sabar-sabar nak makan rendang cicah ngan ketupat. Fine asben. Awak rasmi dulu lahh.


Tema weolls tahun ni pink. Ramai cakap baju cantik. Masuk bakul jap. Haha. Tapi dah ketinggalan zaman dah pon. Tu baju raya tahun lepas yang tak sempat siap untuk pakai raya. Jadi tahun lepas tema ekspress je kitorang. Pakai tahun ni la jawabnya. Asben pon tak kisah. Dia memang suka kaler pink pon. Ngan sampin nak kaler pink. Bhahaha.

Baju ni plain kaler je. Saya beli lace jahit kat pinggang. Kat tangan tuh jahit manik tabur. Haha. Tak kemas langsung kan. Lantak lah. Nak jahit jugak. Haha.
  

Pagi raya balik rumah mak. Takdelah jauh pon. 1km je eh. Ke 2km. Jalan hening je. Raya 1st biasa tak jem lagi kan.

Okeyy. Takde mood nak story lagi lah. Sambung hari lain lah. Hukhuk.







4 comments:

  1. omeyy kakak titew. auww!

    ReplyDelete
  2. Cantik baju kak. Adudu.. I like!! ^_^

    ReplyDelete
  3. Ana : Tengkiuuu dik!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...