Para Pengikut..

Friday 26 September 2014

Jalan-jalan ke Masjid Kristal, Pulau Wan Man, Terengganu

Salam uollss..

Hari tu lepas kenduri Achik & Emma keesokann harinya lah asben nak hantar saya balik KT. Kebetulan mak ayah sedara asben nak pegi KT jugak nak kenal masjid kristal. So konvoi dua buah kereta. Saya dah pernah jugak pegi Masjid Kristal ni tapi tak masuk lah kat dalam tu. Mahal jugak tiket. Tapi berbaloi la kat jelajah kat dalam tu. One day nanti nak masuk jugak lah.  

Ateh awak membebel apa tuh. Hehehe.

 
Gambo di capture oleh Along. Tengkiu Along.




Ni map kalau yang nak masuk kawasan ada monumen-monumen tu. Cantik-cantiknya. Asben plissss, kita masuk sekali nak. Ehehe. Bodek dalam blog sia-sia je la kannn.


Gambar sekeluarga ke hapa ni. Muahaha.


So jalan-jalan kat jeti tu je sampai la kat area masjid kristal.


Ateh with sepupu weolls, Amsyar. Amsyar ni budaknya behave sangat. Senyum je manjang. Mengekek je suka manjang. Sepanjang dua hari baru sekali dengar dia nangis. Tu pun sopan-sopan je. Hope ada anak behave macam ni gak. Muahaha.












Okeh. Tu je kisah jalan-jalan di Masjid Kristal. Korang kalau datang Terengganu silalah jengah ke masjid kristal okeyyy..Daaaa..








Thursday 25 September 2014

Pedoman hidup.

Salam uolls.
Selalu dapat panduan, pedoman hidup kat whatapp. Tapi bila nak baca balik jenuh nak skroll semula. So alternatifnya kita tempek kat blog la. Semoga dapat manfaat sama-sama.

**********

LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA AL QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB...
Tulisan Dato Roslan Abd Hamid
Saya jumpa lelaki tua ini..
Selalu lepas Asar, dia iktikaf di Masjid..
Baca al Quran..
Umur dlm 70an..
Duduk rumah dkt masjid..
Rumah agam besar & menarik..
Hartanya di sana sini..
Ada bangunan komesil tengah bandar, bernilai dlm RM 35 juta..
Pendapatan pasif kutip sewa dlm RM70k sebln...
Belanja RM 20k & baki RM50k, dia sedekah & infaq..
Dia tenang bersendirian melayani anak cucu..
Saya mahu ambil gambar, tapi dia menolak..
Katanya malu..
Saya minta 1 formula, dia berikan 10...
Saya catat & mahu kongsikan..

1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa..
Doa ibubapa adalah segala galanya..
Ia tiada hijab, terus termakbul..
Raikan ibubapa & jaga mereka sepanjang usia..
Doakan mereka apabila telah tiada..

2. Jaga masa..
Ia datang & berakhir..
Urus masa antara 5 waktu solat..
Atur kerja dgn sebaik cara..
Pada setiap waktu, ada perkara yg kita mulakan..
Berada di masjid, sebelum azan..
Masuk waktu, terus lah solat.. Selepas solat, bertebaran lah berusaha cari rezeki..

3. Berdoa dgn khusyuk..
Berserah pada Allah & bertawakal lah..
Allah tahu apa yg terbaik utk kita..

4. Namun begitu, kena lah berusaha..
Usaha pagi ptg siang & mlm..
Usaha lah bersungguh2..
Usaha bermula dgn berniat..
Lepas itu buat, sampai dpt..
Kalau tak dpt, usaha yg lain pula..
Adakan masa utk baca
Al-Quran..
Maka dia pun nasihatkan saya..
"Org yg membaca surah Al-Ikhlas satu kali, sama ganjarannya dgn memperolehi ganjaran membaca 1/3 Al-Quran..
Jadi jika membaca surah
Al-Ikhlas 3 kali, mendpt ganjaran seperti membaca 1 naskah Al-Quran..
Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas..
Kadang2 sampai 1000 kali sehari..

5. Jaga Kesihatan..
Banyak kan berjalan kaki..
Banyaknkan minum air masak atau air mineral..
Jaga pemakanan..

6. Hidup kena buat target & kena ada wawasan..
Ikat perut & usah membazir..
Makanan & minuman mesti lah dihabiskan..
Usah berlagak org kaya, padahal kita teman pada syait an..
Sentiasa lah belanja org mkn & minum..
Apabila mkn di kedai yg kecil,  perhatikan kebersihan kedai itu..
Apabila bersih masuk..
Disitu kita akan temui ramai org susah..
Belanja mereka mkn & minum..

7. Bila waktu maghrib, usah berada di atas jln...
Apabila dlm perjalanan, berhenti..
Cari lah masjid..
Apabila di rumah, tutup pintu rapat2..
Malam, buang sampah sarap..
Basuh pinggan mangkuk..
Pastikan semua teratur sebelum tidur..
Gunakan waktu antara maghrib & isyak utk tuntut ilmu agama..
Boleh dgr org mengajar..
Boleh juga baca kitab..
Lepas Isyak, buat kira2 untung & rugi..
Siapkan bahan utk kerja esok hari..

8. Usah takut jumpa org..
Walau pun 5 minit mahu berjumpa., pergi lah sendiri..
Usah pakai posmen apabila depani soal penting..
Biar kita merangkak panjat bangunan..
Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan..
Yg penting, sampaikan dgn tgn sendiri..

9. Balik mlm, usah cakap penat, usah cakap letih..
Usah cakap sakit..
Apabila sakit, senyum..
Allah sedang luruhkan dosa.. Lepas sakit, kita akan lagi bertenaga..
Siapakah dlm dunia nie yg tidak pernah rasa sakit, jatuh & dihina..
Semua pernah, termasuk lah Rasulullah SAW..
Namun, baginda ajar kita utk maafkan semua org..

10. Niat kan mahu kaya..
Niat kan mahu bantu ramai org..
Niat mahu jadi manusia berguna..
Niat itu macam tulis surat..
Dulu tiada internet, mcm tulis surat lah..
Salah tulis alamat, akan sampai salah tempatlah surat itu..

Maka tulis alamat betul2..

Wednesday 24 September 2014

Kenduri kahwin adik ipar.

Salam uollss..

Alhamdulillah kenduri adik ipar dah selesai dah.  Kenduri hari Sabtu dua minggu lepas. Tapi awal-awal mil dah booking suruh saya balik awal untuk settlekan apa yang patut. So saya ambik cuti Rabu dan Khamis. Hover. Macam kau je yang nak kahwinkan. Thehehe. Tapi saya memang suka la kenduri kahwin. Suka dengan persiapan buat hantaran semua. Suka tengok deko pelamin, makan beradap, berarak bawak hantaran. Kekeke. Mengembalikan kenangan sangat.

Ni malam nak pegi akad nikah. Semua nak pakai pink terpaksa pinjam shawl adik ipar la. Hehe.


Akad nikah malam Jumaat kat rumah pengantin perempuan. Umah mil ni jauh sikit la dari umah pengantin perempuan. Adalah 10 - 15 minit naik kereta. Kalau dari umah mok (nenek) en.beliau tu jalan kaki jer.

Alhamdulillah sekali lafaz adik ipar dah sah jadi suami orang. Dapat biras la kita. Weehuuuu..


My adik ipar bertemu jodoh dengan kawan sepermainan sejak kecik. Masa kecik kan diorang duk kat umah tok (nenek). Dekat la umah wife dia dengan umah tok. Dah en.beliau ngan adik ipar pun memang rapat ngan adik beradik laki my biras. Dah jodoh kan. Senangla dekat je nak balik jenguk mil pun. 


My biras, mil n adik ipar.


  
  
 Esoknya majlis berarak dan bersanding pulak. Pagi tu kitorang goreng karipap je then buat agar-agar. Coz semua sedara mara yang nak berarak tu berkumpul rumah mok en.beliau. Sementara tu makan ringan-ringan la. So semua jalan kaki la dari rumah mok. Dalam kul 2.30 petang berarak.
Ayah mertua, jiran sebelah rumah & asben. Eh asben, nape nampak kurus benor tu. Jeles aiollss. Haha.


Me bawak buah-buahan. Sebab takut tergolek atas jalan raya. Haha. So me bawak dengan berhati-hati la. Dah la berat ya ampunnn. Sampai ketar tangan dibuatnya.
Ateh apesal muka macam tu. Telur nak bergolek ker? Muahaha.

Mak sedara, adik ipar, kakak ipar.

Mak sedara lagi, mak mertua, menantu kesayangan.LOL.

Kakak ipar, adik-adik ipar.

Mak mertua yang gojess. Hehe.
Tema adalah hijau + putih. Semua baju pengantin perempuan yang jahitkan. Beliau memang pandai jahit, baju melayu ke, baju pengantin ke, semua boleh.












Ni pulak hantaran-hantaran. Me godek-godek simple je pon. Deko yang bawah tu biras dah siapkan. Kitorang cuma letak barang hantaran je plus hias skit-skit. 

Sireh + bekas cincin. 


Buah-buahan


Handbeg + wallet

Kain pasang


Kek

  

Penjagaan diri
 

Kasut


Telekung



 
Hantaran dari pihak perempuan tak ambik gambar banyak sangat. Huhu.

 



Alhamdulillah. Akhirnya selesai jugak majlis kenduri adik ipar. Berjalan dengan lancar. Semoga hubungan mereka kekal bahagia sampai akhir hayat. Aamiin.. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...