Para Pengikut..

Wednesday 24 September 2014

Kenduri kahwin adik ipar.

Salam uollss..

Alhamdulillah kenduri adik ipar dah selesai dah.  Kenduri hari Sabtu dua minggu lepas. Tapi awal-awal mil dah booking suruh saya balik awal untuk settlekan apa yang patut. So saya ambik cuti Rabu dan Khamis. Hover. Macam kau je yang nak kahwinkan. Thehehe. Tapi saya memang suka la kenduri kahwin. Suka dengan persiapan buat hantaran semua. Suka tengok deko pelamin, makan beradap, berarak bawak hantaran. Kekeke. Mengembalikan kenangan sangat.

Ni malam nak pegi akad nikah. Semua nak pakai pink terpaksa pinjam shawl adik ipar la. Hehe.


Akad nikah malam Jumaat kat rumah pengantin perempuan. Umah mil ni jauh sikit la dari umah pengantin perempuan. Adalah 10 - 15 minit naik kereta. Kalau dari umah mok (nenek) en.beliau tu jalan kaki jer.

Alhamdulillah sekali lafaz adik ipar dah sah jadi suami orang. Dapat biras la kita. Weehuuuu..


My adik ipar bertemu jodoh dengan kawan sepermainan sejak kecik. Masa kecik kan diorang duk kat umah tok (nenek). Dekat la umah wife dia dengan umah tok. Dah en.beliau ngan adik ipar pun memang rapat ngan adik beradik laki my biras. Dah jodoh kan. Senangla dekat je nak balik jenguk mil pun. 


My biras, mil n adik ipar.


  
  
 Esoknya majlis berarak dan bersanding pulak. Pagi tu kitorang goreng karipap je then buat agar-agar. Coz semua sedara mara yang nak berarak tu berkumpul rumah mok en.beliau. Sementara tu makan ringan-ringan la. So semua jalan kaki la dari rumah mok. Dalam kul 2.30 petang berarak.
Ayah mertua, jiran sebelah rumah & asben. Eh asben, nape nampak kurus benor tu. Jeles aiollss. Haha.


Me bawak buah-buahan. Sebab takut tergolek atas jalan raya. Haha. So me bawak dengan berhati-hati la. Dah la berat ya ampunnn. Sampai ketar tangan dibuatnya.
Ateh apesal muka macam tu. Telur nak bergolek ker? Muahaha.

Mak sedara, adik ipar, kakak ipar.

Mak sedara lagi, mak mertua, menantu kesayangan.LOL.

Kakak ipar, adik-adik ipar.

Mak mertua yang gojess. Hehe.
Tema adalah hijau + putih. Semua baju pengantin perempuan yang jahitkan. Beliau memang pandai jahit, baju melayu ke, baju pengantin ke, semua boleh.












Ni pulak hantaran-hantaran. Me godek-godek simple je pon. Deko yang bawah tu biras dah siapkan. Kitorang cuma letak barang hantaran je plus hias skit-skit. 

Sireh + bekas cincin. 


Buah-buahan


Handbeg + wallet

Kain pasang


Kek

  

Penjagaan diri
 

Kasut


Telekung



 
Hantaran dari pihak perempuan tak ambik gambar banyak sangat. Huhu.

 



Alhamdulillah. Akhirnya selesai jugak majlis kenduri adik ipar. Berjalan dengan lancar. Semoga hubungan mereka kekal bahagia sampai akhir hayat. Aamiin.. 


6 comments:

  1. Cun meh bini fizi .. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jojo : tau dakpe uolls..cun melecun.macam retiss.

      Delete
  2. jojo pun kene cari yg cun mcm retisss.. hehe

    ReplyDelete
  3. My sis : Hahaha..jojo cari retis je la.

    ReplyDelete
  4. Cantik pengantinnye. ^_^ semoga kekal hinggan ke akhir hayat. Amin..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...