Para Pengikut..

Wednesday, 15 October 2014

Hari Raya Aidiladha yang lalu.

Salam uollss..
Hehe. Macam biasalah aiolls kan. cerita basi nih. Haha. Apapun kita tempek jela gambo kat sini supaya jadik kenangan kan.
Awal-awal dah buh gambar makanan. Raya haji ni masak nasi ayam. Tapi bukan saya la yang masak. Saya tolong potong-potong jer. Haha. Malam raya pulak asben ajak kuar lepak-lepak ngan kawan dia. Balik rumah tau-tau adik ipar settle semua dah. Tunggu goreng ayam je esok pagi. Heee. Dasar menantu hantu neh.


Lepas semayang raya acara bergambo. Wah dah besor-besor semua anak ma eh. Heee.

 
Tak bleh terima betol gambar ni. Apesal gemuk benar diri ini. Macam dah sarat benar tuh. Haha. Tapi sekeping jer gambar berdua. So, masuk jugak sini.


Gambo sorang-sorang pulak. Redupnya duk bawah pokok ceri tu. Suka tau.


Then macam biasa pegi raya. Mula-mula raya ke rumah mok (nenek). Salam-salam raya, makan-makan, sembang-sembang kemudian balik rumah.

Lepas zohor pulak raya ke Paka rumah sepupu sepapat. Eh, siap pusing keliling rumah orang nak bergambo punya pasal.



Adik-adik ipar kesayangan.


Ni kat rumah sepupu en.beliau. Dia ada kedai makan. So, suka la kami ni. Sampai-sampai je dia masak mee goreng makan kat kedai dia jer. Hiks.

Sampai lewat petang beraya. Suka sangat kalau sedara mara belah en.beliau ni semua ramah jenis buat lawak gelak-gelak punya orang. Sampai pipi sakit duk gelak je. Tambah lagi si en.beliau ni suka sangat mengenakan adik-adik dia. So, adik-adik berserah je la sementara masih bujang. nanti masing-masing dah ada suami abang takut da nak kacau. Heheheheh. 


Lepas tu terus balik ke rumah. Raya haji saya cuti lama sangat. Dah la sepanjang cuti duk umah fil asyik makan je kerjanya. Masa makan tak fikir dah berat nak naik ke hapa. Pastu balik opis naik penimbang mulalah nak diet. Tapi diet di mulut je la, di perut kelaut.

Takpelah. Yang penting sihat (ayat sedapkan hati). Kikikiki.  



4 comments:

  1. Ayat sedapkan hati tu paling tak tahan. Ekekeke. >< Bestnye makan mee goreng panas. Huhu

    ReplyDelete
  2. Ana : Hehe..sedap. Tapi dah kenyang sangat makan sikit jer.

    ReplyDelete
  3. saya dah follow blog ini.kalau sudi follow balik. http://bicarabihah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Miss Nabihah : tq drop here =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...