Para Pengikut..

Monday, 30 June 2014

Cerita pertama Ramadhan.

Salam uollss..

Wahh kau, gigih nak update jugak hari pertama ramadhan. Hehehe. Tahun ni memang patah kaki betul. Nak pegi beli barang  basah pun susah. Hurmm. Pasrah je la aiolls. Nasib baik la kedai runcit dekat jer. Plus depan kedai runcit tu jugak ada jual barang basah sikit-sikit. Boleh lah nak beli ayam sayur tu semua. Nasib baik jugak duk dengan anak buah. Dia balik sekolah dia keluarkan kan siap-siap ayam or ikan ke. Saya ni tak suka rendam ayam ikan tu semua. nanti kang rasa tak sedap, rasa tawar. So kena keluarkan awal-awal la. Sempat la saya balik kerja dah mencair ikan tu.

Malam sebelum puasa tu saya dah masak gulai siap-siap. Masak gulai ikan masin jer. Bangun sahur hangatkan gulai tu then tanak nasi. Eh, malam tu pon sempat buat agar-agar jugak. Agar-agar kopi + susu. Sebab tu je bahan yang ada. Kahkah.
Sahur pertama tu kemain set alarm kul 4.00am kau. Haha. Semangat kan. Pastu bunyi alarm tu ntah berapa kali pegi tekan button sampai la jam 4.30am baru betul-betul bangun. Saya ni kan wajib ada nasi. So kena sahur dengan nasi lah jawabnya. Heeeee.
Semalam balik kerja singgah bank dulu settlekan urusan yang patut. Sampai rumah dalam 6.40pm. Panaskan gulai ikan masin, goreng ikan dan goreng kacang panjang, tanak nasi. Alhamdulillah ada pak cik tu jiran sekampung tu bagi kurma satu kotak. Macam tau-tau je weolls takde lagi stok kurma. Pak cik tu baik betul. Dia selalu duk sembang ngan anak buah saya time anak buah nak pegi sekolah, kemudian dulu kalau lalu depan umah dia mesti dia senyum angkat tangan. Kita pon tak kenal dia. Rumah pon jauh jugak dari rumah dia. Alhamdulillah, kita buat baik dengan orang Allah hantarkan orang baik-baik untuk kita.

Duk umah sewa sekarang pun surau dekat dengan rumah. Jalan kaki tak sampai 5 minit dah sampai. 

Eh, sahur pagi tadi dah mula liat dah. Berapa kali dah jam bunyi. Dah la set 10 minit sekali bermula kul 4.00 am. Mesti stress jiran kalau dengar alarm saya bunyik. Kakaka. Tadi pukul 4.50am baru betul-betul bangun. Sebab dah plan nak goreng nasi je. Nasi dah tanak siap-siap malam tadi. 

Okey, now berbuka petang ni nak masak apa yer??kemain list menu ramadhan tulis sangat tapi kelaut. Hahahaha.

Saturday, 28 June 2014

Esok dah Ramadhan

Salam uollss..

Kejap sangat masa berlalu kan. Dah ketemu Ramadhan pulak esok. Alhamdulilah masih berpeluang temui RamadhanMu yaAllah. InsyaAllah.

Tahun ni berpjj dengan en.beliau. Tak dapat la luangkan banyak masa untuk masak untuk beliau, berbuka dan bersahur sama-sama macam tahun lepas. Ramadhan ni jugak Allah uji lagi sekali. Tak dapat nak pegi mana-mana. Kereta dah masuk bengkel. Huwaa..Nak balik berbuka umah mak pun tak dapat kot. Huwaaa.. Takpela. aiolls redha dan pasrah. Nasib baik la duk ngan anak buah. Ada jugak geng bersahur dan berbuka.

Macam tahun lepas jugak saya ni mesti tulis plan juadah berbuka sepanjang Ramadhan. Even tak la 100% follow tapi at least ada perancangan jugak nak beli lauk apa. Lauk barang basah beli seminggu sekali je.
Pagi tadi masak bihun rebus. Masak banyak konon nak makan tengah hari. Konon tak nak makan nasi dah. Minum air je banyak-banyak sekarang kan musim panas. Pastu jam 3.30pm perut dah mula buat hal. Minta diisi nasi jugak. Nak masak lauk da malas dah. Panaskan sambal ikan yang mak kirim hari tu. Pastu terasa nak makan ikan bilis goreng pulak. Sambil-sambil tunggu nasi masak tu sempat la goreng sambal cili padi ikan bilis tempoyak. Amboi panjangnya nama. Hahaha. Alhamdulilah. Kenyang. Hehehe. Itulah alkisah seorang saya yang tak boleh kalau tak jumpa nasi sehari. Ewah. Esok dah puasa. Bawak-bawak la insaf perut oii..

Dikesempatan ni saya nak ucap Salam Ramadhan buat semua. Semoga di bulan yang mulia ini Allah kurniakan kesihatan pada kita supaya dapat menjalankan ibadah dengan sebaiknya. Aamiin.

Tuesday, 24 June 2014

Jogging di suatu pagi yang dingin (tak bleh blah punya tajuk)

Salam uollss.
Plan nak jog sebenarnya dah lama didiskus di opis. Tapi saya ni la yang diskus dimulut je. Pasal sport shoes takde. Pastu sampai ke sudahla tak jog pun. Berat naik bertubi-tubi. Even orang cakap awk kurus la, saya lagi gemuk tau. Tapi badan saya ni saya la yang rasa kan. Bila naik penimbang jer mesti jarum bergerak. Arghhhh stress kak jah. Bila tanya asben dia pulak mengiyakan (pasal diri ini makin berisi) bertambahlah rasa membuak-buak nak diet. Konon. Haha. 

Saya bukan jenis makan banyak. Sama je macam bujang dulu jugak. Dulu lagi lah makan umah mak siap tambah-tambah lagi. Tapi saya syak sejak duk umah sewa la. Umah sewa ni saya rileks skit la. Dulu umah mak ramai orang. Start saya masak kemudian siap makan lama jugak duk dapur berdiri basuh pinggan. Kemas dapur lagi. Lap situ sini. Now duk umah sewa berdua ngan anak buah apa sangat nak dibuat. Siap makan basuh pinggan dua-tiga bijik kemudian santai-santai tengok tv. Yahh,itulah sebenarnya punca keberisian ini. 

Kemudian kebetulan dis weekend balik umah fil. Duk sembang ngan fil via whatapp tetiba terlintas "jom jogging!" adik ipar semua setuju. Mil pun nak join. Semangat la saya pegi kedai cari kasut. Beli yang murah-murah je pun. Kat PasarayaKu RM23.90 pun nak bagitahu harga dah kenapa. Haha. Takpela murah pun. Asalkan selesa. Asalkan ada sport shoes. Selagi tak ada selagi tu kau sayang lemak-lemak tu kan. 


Pagi bangun awal-awal. Dalam jam 7 jugak turun ke taman. Takde sorang pun lagi jog. Matahari pon malu-malu lagi ni. Best sangat. Even penat tapi coz ada geng tak la bosan sangat. 


Jog kejap pastu berenti. Sian ma. Ma kata lama sangat dah tak jog. Tak leh laju-laju kang semput ma. Hehee. Berenti take five kejap. Bhahaha. Ada jugak eh take five.

Eh, ni take five ke take ten ni. Siap bukak meeting tingkap pulak neh. Tak boleh jadi. Baru satu round peluh pon tak keluar lagi neh. Hehe.


Pastu asal kal long nak selfie ada je nyibuk kat belakang kan. Rosak tau gambo selfie aii. HEhehe.


Ok. Jom sambung lagi. Kat taman ni best. Ada tempat stop nak fit kan badan. Macam-macam jenis ada. Tapi seksa skit la nak baring tempat-tempat public cenggini.




Dua kali percubaan untuk saya bergayut kat situ tak berjaga. Konon lepas dua round jogging badan dah ringan skit boleh lah nak bergayut. Dengan konfident lagi bagitau masa kecik-kecik dulu kak long biasalah panjat rambutan. Ambik ko. Bergayut kat satu palang tu je, masuk palang kedua bergedebuk jatuh. Kahkahkah.

 
Uikhsss, apesal adik laju sangat kat depan tu. orang jalan, jogging bukan lumba lari la dik.
 


Cukup 5 round, peluh pun dah tak segan silu keluar. Barulah kitorang berenti. Rehat-rehat dulu sejukkan badan. Adik duk main kat playground. Kitorang lepak-lepak tengok gelagat orang jogging.



Alalala. Apesal suwet sangat ma mertua aiolls siap peace lagi. Kekeke.



Then balik umah. Singgah beli kuih-muih. Teringin nak makan nasi pulut ni ha. Terbaik la. Lemak yang hilang tadi kembali datang dengan eksaitednya. Bhahaha.


Monday, 23 June 2014

Friday, 20 June 2014

Samosa yang sedap.

Salam uollss..

Bersiaran dari umah mil. Pagi tadi asben nak pegi pasor nak beli perfume kereta yang gantung tu. Ntah kenapa tiba-tiba terasa nak makan sangat samosa yang dijual kat pasor tu. Sedapnya. Pastu kirim kat asben belikan.

Asben ni plak tak kenal samosa. Padahal dah pernah beli dah hari tu. Siap call semula tanya kat mana area kedai, macam mana rupa samosa tu. Lama sangat tunggu tak balik-balik. Asben awak ni pegi beli samosa ke pegi goreng samosa? Sampai tertido atas kusyen. Haha.over.

Akhirnya asben balik bawak samosa. Feeling senyum sampai telinga la aiolls. Kau dah kenapa kalah org pregnant mengidam ni. Kau ni mengidam nak gemuk je pun. Kahkahkah.

Btw, tq asben layan mengidam ai. haha.

Wednesday, 18 June 2014

Pizza tyme with anak-anak.

Salam uollss..

Semalam bawak anak-anak besar aiolls makan kat pizza. Ewahh. Syukurlah. Bukak mata tengok anak dah besar mengalah semua. Bhhaaha. Eh, ada jer anak-anak didik panggil ai mama. Haha. Mula-mula panggil main-main je sekarang dah lekat dah nama tu. Hope masin mulut korang larh!!

Dah lama sangat tak ajak korang makan-makan kan. Nak buat camno, ai is bizi. Kahkah. Ayat nak melarikan diri tu ada je kan.

So, ke pizza hut la kita. Ada sorang tak dapat datang sebab demam. Takpe, nanti puasa kita bukak puasa reramai lagi okeyyy.




Kitorang order dua set. Dapat 4 bijik pizza. Jenuh nak habiskan. Saya berjaya makan dua slice je pun. Biasanya kalau makan pizza paling banyak dua slice je berjaya sumbat. Lepas tu no space dah.


Gegirls yang join. Eh, saya termasuk kategori gegirls jugak kan. Bhahaha.



Akhirnya licin jugak korang makan eh. Untung la ajak korang. Tak membazir makanan. Haha.


Ada sup lebih. Tak pasal-pasal aiolls yang kena habiskan. Perut dah tak bleh sumbat dah neh. Tapi makan jugak separuh. 


Tq korang semua. Next time kita makan-makan lagi. Dah kenapa perut ni asyik teringat makan je kan.

 

Tuesday, 17 June 2014

Lampu dapur.

Salam uolls..

Minggu lepas lampu dapur lip lap lip lap. Dah jadi lampu disko dah. Punya la stress nak masak gelap. Nasib baik ada table lamp hadiah kawin. So kita guna lampu tu. Tapi tak la terang sangat cahayanya. At least nampak la ikan dah masak ke dah hangus. Bhahaha.

Pastu macam biasa la mengadu kat en.beliau. Padahal boleh je citer kat tuan rumah. Tapi dah kita sampai rumah pun nak dekat kul 7 malam dah. Macam tak best pulak nak pegi kacau tuan rumah malam-malam.

Tuan rumah baik hati sangat. Kang tak memasal malam tu jugak dia panggil orang betulkan. Huhuhu.
Pastu semalam asben call bagitau nak balik. Ai is rasa bersalah pulak bagitahu kat dia. Balik dari Dungun semata-mata nak baiki lampu. Tapi dia bawak kazen dia. Dia pandai baiki aircond,lampu,kipas.

So, malam tadi asben balik. Siap rekues nak makan nasi goreng + ayam goreng kunyit. Eksaited tau bila asben rekues nak makan. Yela. Kita pjj. Jarang sangat dapat masak untuk asben.

Alhamdulilah, lampu dah ok. Asben pun makan sampai bertambah-tambah. Lega aiolls. Eh,ke tambah sebab lapar sangat. Bhahaha.

Monday, 16 June 2014

Kisah cinta-cintun

Salam uollsss...

14.6.2005.

Tarikh yang tak kan saya lupa. Tapi tahun je selalu konfius. Haha. Masuk tahun ni dah 9 tahun kenal asben. Ya Allah cepat sangat masa berlalu. Haih.

Tarikh tu adalah tarikh start kapel. Tapi kapel macam cinta monyet kot. Masa ni celcom bagi free sms & call start jam 12am sampai 6am kot eh. Masa ni la declare kapel. Saya pun tak ingat dah macamane dialog ajak kapel tu. Tak ingat declare via sms ke hp ntah. Haha. Eh, rasa macam dah pernah story je tapi takpe la. Saja bagi hangat balik. Ceewah.
Now nak cerita macam mana kitorang mula-mula kenal. Tapi sebelum tu kita flash back jauh kebelakang skit okeyyy.

Zaman sekolah
Zaman sekolah takde pun nak cinta cintun ni. Yela saya selekeh gile kot zaman sekolah. Pastu pendiam, tak ramai pun kawan laki. Eh ada jugak kot. Tapi macam cinta monyet tak berapa nak cerdik. Haha. Masa sekolah ramai betul yang suka call rumah. Masa tu takde hp pun lagi. Kejap nama Mie, kejap nama Sepul. Diorang ni macam pakat pass number umah kita kat kawan-kawan pulak. Tapi cakap je pun. Cuma tak pernah bagitau perkara betul la. Semua saya reka. Siap bagitahu umur dah 25. Pun nak cakap jugak nak jadikan kakak angkat. Bhahaha.

Lepas SPM
Lepas SPM kerja kat kedai buku. Satu hari tu sorang customer masuk nak potostat. Tak tahu kenapa masa tu masing-masing terpaku. Dia macam ada magnet tau. Haha. Pastu nak potostat konon, siap bagitahu kawan kita, dia nak yang pakai baju pink potostat (saya lah hoiii). Boleh plak macam-macam dia tanya hal peribadi masa potostat tu. Pastu siap tertinggal dokumen yg nak potostat tu, ada number hp lagi. Bhahaha. Skill nak mengorat ker. Call dia bagitahu ada dokumen dia tertinggal. Esok dia datang balik. Dan itulah permulaan cinta saya. Dah tak perlu nak cerita panjang sangat pasal dia kot.

Matrik
Saya dapat sambung belajar di Kolej Mara Kuala Nerang, Kedah. Masa ni still kapel ngan orang atas tadi. Tapi kapel kejap masa matrik tu dia tiba-tiba senyap. Takde coll takde msj. Tapi sebelum tu dia pernah cakap la nak akhiri hubungan ni. Emosi betul saya masa tu. Nangis jer kerja. Huhuhu =( Tengah-tengah studi tiba-tiba nangis teresak-esak. Terkejut roomate, dia ingat kita kena rasuk. Haha. 
Kemudian ada sorang kawan ni duk satu aras la ngan saya. Nama Areda. Kitorang baik jugak. Dia selalu la datang lepak kat bilik saya. Sebab sama-sama orang Ganu kita kan. Areda pon selalu la tengok saya nangis. Selalu la duk nasihatkan saya. Satu hari tu Areda dapat number tak dikenali kacau dia kt hp. Kitorang yang nakal ni saja la nak 'lancarkan perang' pada mamat tu. Bahahaha. Pastu Areda malas nak layan perang, dia suh saya kacau. Memang msj tu bukan nak bertanya khabar ke nak tanya a/s/l ke hape memang kaw kaw la perang mulut.

Kemudian Areda citer la rupanya laki yang saya hentam tu sepupu dia. OMG!!!penat-penat dah saya duk kutuk kaw kaw neh!!Kemudian mintak maaf. Saya lah yang kena mintak dah saya yang mula lancarkan perang kan. Start tu kot kitorang baik balik. Selalu la duk msj-msj. Tak pernah pun jumpa. Akhir tahun 2005 jumpa dia baru kenal rupa paras.

USM
Kemudian saya dapat sambung belajar ke USM. Kitorang masih lagi kapel la.  Ada jugak la badai melanda. Tapi yang membadai tu saya lah biasanya. Saya macam kurang yakin dengan dia, boleh ke dia jadi suami saya. Takut pisang berbuah dua kali kan. Ada jugak berkawan dengan orang lain tapi tetap masih kawan dengan dia. Susah nak berpisah. Mungkin sebab dia terlalu baik sampai saya rasa tiada alasan untuk saya tinggalkan dia. Eh, macam tu ker. (apesal terasa macam emo jer ni)

Kiki. Gambar bawah ni tahun 2007. Ni pertama kali kot publish. Bhahaha. Sememeh je masa tuh. Tu handbeg merah tu dia bagi hadiah. Eh, aiolls tak suka tau hbeg tu. Tapi kena paksa guna jugak la. Hahaha. Kitorang kan kontra jer. Masa mula-mula kenal banyak jugak barang yang dia hadiahkan tak kena dengan selera saya, dengan minat saya. Pakai jugak untuk ambik hati dia. Heeee...


Aidilfitri 2009 - Hahaha. Asben rambut style ape macam tuh???
KERJA
Bila dah kerja baru mula fikir untuk lebih serius. Baru fikir nak bina masjid. Kumpul duit sikit-sikit. Saya tak pernah cerita kat mak pasal dia. Tapi tiap kali raya dia akan datang rumah bawak kawan dia. Tapi mak pun tak saspek apa-apa la sebab ada jugak kawan laki lain datang raya kat rumah.

Then, bila satu hari tu famili dia singgah dari Kelantan. Singgah makan malam. Start hari tu la mak asyik duk tanya bila nak masuk mintak bila nak masuk mintak. Bahahaha. Alhamdulillah akhirnya merisik, bertunang dan berkawin.. Yeayyyyy..hehehe.

  Bila fikir balik hebatnya perancangan Allah. Even macam-macam dugaan yang kami hadapi, ada orang tak suka kami bersama, ada halangan dan ujian yang saya tak sangka sampai ke tahap ini. Syukur. Dia sangat sabar melayan kerenah saya. Sebab dia pernah cakap bila dia dah jatuh cinta, dengan orang tu la dia akan kahwin. Saya cinta pertama dia dan semoga saya jugak lah cinta terakhir dia. Semoga Allah panjangkan jodoh kami sampai akhir hayat kami. Aamiin.




Thursday, 12 June 2014

Jejalan ke Kuantan

Salam uolls..

Hari Khamis lepas saya ambik cuti. Lama tak cuti jalan-jalan. Sebenarnya dah lama plan nak pegi ni. Konon nak pegi honeymoon la. Tapi sebut honeymoon ni saya terbayang tempat yang tenang je. Yang macam pegi pulau ke tapi dah nama ni macam pegi shopping je kempiskan wallet so tak aci la kita panggil honeymoon eh asben. Kikiki. Dua-dua ikat perut berjimat konon nak pegi shopping raya. Tahu je la kat Kuala Terengganu ni tak banyak choice untuk baju laki. Terutama buat asben ai yang cerewet tuh. Okey. Jadi mari puaskan hati beli apa yang dihajati. Bukan selalu pun shopping banyak-banyak cengini. 

Khamis asben ambik cuti. Even kerja sendiri tapi nak cuti punyalah susah. Bukan susah apa, dia yang susah hati. Teringat kat bengkel je sokmo. Takpela. Khamis je eh cuti. Jumaat memang tak kerja dah. Kul 9.00am bertolak. Mandikan my bff dulu. Comot sangat haih. 


Singgah Watson dulu konon nak beli minyak rambut asben je. Tapi dah terjebak macam-macam dibeli. 

Haha. Eh, aiolls siap terjebak buat kad watson lagi. Sebab kad takde lagi. Dapat bodek banyak free gift pulak. Hahaha.

 

Sampai Paka singgah makan nasi lemak ayam goreng berempah. Asben dah lama bagitahu nak ajak makan sini coz sedap katanya. Okey la rasa. Boleh tahan la. Nasib baik tak ngantuk kan makan lemak.


Sampai je sana dalam jam 1.00 pm lebih terus pusing-pusing carik hotel. Kitorang tak booking pun. Kira terjah jer hotel bajet yang ada. Lagipun nak tido 1 night je pun. Jumpa hotel Classic tanya nasib baik ada kosong.

Naik bilik yang mengadap sungai Kuantan. Terus keluarkan barang-barang yang dibeli tadi. Hambik ko, macam nak travel banyak hari je. Siap beli travel kit lagi asben oiiii. Eye mask tu saya beli sebab mata sembab giler uollss. Sebenarnya saya sakit mata. Dah seminggu mata bengkak masa pegi Kuantan ni la baru nampak merah-merah. Pasrah je la ai. Huhuhu.


Hasil buat kad ahli dapat macam-macam free gift. 

Mula-mula jom kita selfie kat cermin dulu. Bhaha. Biasalah pompuan dan cermin memang tak dapat dipisahkan kan. Lagi besar cermin lagi lah bff. Haha.


Asben belakang duk tilik apa khusyuk sangat tuh.

Photobomb. Sengaja nak rosakkan selfie ai kan.

Comel pulak heater tu.

Ok je la bilik ni. Selesa untuk tido satu malam. Yang penting bilik air selesa.



View dari bilik kitorang. Belakang tu sungai Kuantan.

Ada la TV sebijik. Siaran Astro pun ada. So tak la bosan sangat. Ceh, macam la lama sangat stay. Thehehe. 

Bancuh tea o ngan kopi dulu. 


Bersiap-siap untuk keluar pulak. Petang ni plan nak terjah mall. Nak carik ECM tak jumpa. Bhahaha. So pegi Berjaya Megamall. Tak menarik sangat pon. Then makan KFC kenyang-kenyang.

Kemudian tempat wajib pergi adalah Teluk Cempedak. Mula-mula nak pegi malam, tapi malam ni nak pegi ECM, nak jumpa my bff Asma lagi lepak-lepak ngan Asma. Takpelah Teluk Cempedak waktu malam, next time kami terjah okeyyyy.


Lepas maghrib follow Asma ke ECM. Ambik ko, sampai mall tutup pon tak puas hati lagi membeli. Huwaaa. So,  kitorang beli mana yang sempat esok nak datang lagi. Dah kenal jalan kan. Muahaha.

Kemudian ajak Asma ngan adik beliau makan ikan bakar kat Ana Ikan Bakar Tanjung Lumpur. Ni la yang duk femes sangat orang sebut tuh. Ramai sangat orang. Nasib baik ada meja kosong.

Asma - Skulmate dari zaman u dulu. Dia orang Kuantan. So, alang-alang pegi Kuantan ajak dia lepak skali. Lama tak jumpa. Macam-macam story. kalau ramai-ramai lagi best kan. Hukhuk.

Us..asben bukan suka bergambo sangat. Tak kisah pon dia gambonya takde. 




Ikan kerapu sweet sour sampai dulu, kitorang ni dah habis makan nasi dengan ikan baru lauk lain sampai. Ratah la jawabnya. Tapi tom yam cini sangat sedap.


Siap makan tengok awal lagi ajak diorang pegi lepak-lepak kat benteng. Ramai orang mancing kat sini. Kitorang sukahati gelak-gelak hope pak cik pancing tak marah. Hahaha.

Gossip time, asben duk atas bangku jauh skit. Terima kasih sudi bagi masa aiolls lepak ngan kekawan. Biasa turn awak je kan. Ni turn saya plak. Heeee..



Balik hotel selongkar baju t-shirt yang dibeli. Tak puas hati betol. Tak sempat jelajah banyak kedai. Next time pegi lagi eh asben.


Bangun pagi sebenarnya kitorang dapat breakfast. Tapi aiolls malas nak turun. So, minum air jela. Hehehe. Check out jam 11.00am terus menuju ke ECM sambung shopping.


Eh, ralit sangat kot aiolls shopping takde pon gambo kat mall.  Singgah kedai hp beli charger. Charger saya dah tak detect. Kecik hati. Baru lagi kot. Agaknya selalu terhempas kot.

Masuk Daiso je dah setengah jam. Suka sangat barang-barang kat Daiso no. Comel-comel jer. Haha. Asben dah geleng-geleng dah tengok bini dia. Memang tak bleh masuk tempat comel-comel macam ni. Tapi nak beli takot pulak. En.beliau dah warning datang Kuantan beli yang dah plan jer. Baiklah. Baiklah.

Tapi bila dia beli takpe pulakkkkk
^_________^

Asben beli. Senang katanya nak on call tengah drive. 

Beli untuk isteri same color.

Kemudian pusing-pusing sampai lenguh kaki. Tau je la seorang Mohd Zulriduwan kalau shopping atau sekadar window shopping memang tak tau penat. Nasib baik ingat lagi isteri di sebelah. Muahaha.

Dah settle shopping naik kat food court makan nasi kukus.

Kemudian tak tau nak jalan mana. Tengok jam aal lagi. Sebab budjet nak sampai rumah malam. So dia ajak pusing-pusing dulu. Suami cakap "Jom g tengok buaya". Muahaha. Macam takde tempat lain nak dating kan. Takpelah tengok buaya pon buaya lah.

Taman Teruntum macam mini zoo la. tapi masuk tak payah bayar pon.



Serius pertama kali kot tengok binatang neh - burung unta-





Okey..kemudian alang-alang dah pegi kat Teluk Chempedak singah la kejap shopping kempiskan wallet. Belikan something untuk family.

Pastu barulah gerak balik. Maghrib singgah kat Mesra Mall. Beli hadiah untuk wedding kawan asben. Eh, tiba-tiba asben ajak tengok wayang. Tak tau nak tengok citer apa. Tengok Edge of Tomorrow. Best jugak citer ni. Cuma asben pening skit tengok. Haha. Aiollss nak wat review pon tak tau nak start macam mana. Tapi kalau korang yang suka citer yang perlu berfikir perlu kerah otak tu skit boleh la tengok. Kalau korang suka citer yang santai-santai tu bukan pilihan lah. hehehehee.



Dah tengok wayang terus balik rumah. Alhamdulillah dah settle jalan-jalan habiskan duit kita. Hahaha. Daaaa..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...