Para Pengikut..

Monday, 16 March 2015

Spaghetti pedas berapi yang simple

Salam uolls..

Hari tu asben teringin nak makan spaghetti. Lama dah tak masak spaghetti neh. Taun lepas kot eh. Terus terjah pasaraya beli bahan-bahan. Gugel kat internet ni macam-macam resepi kan. So aiolls derhaka lah pada resepi-resepi yang ada.
 
Bahan-bahan yang diperlukan :
 
Spaghetti (saya makan untuk dua orang tak sampai separuh pun guna). Rebus mee spaghetti ni. Buh minyak sikit supaya tak melekat nanti. Buh garam skit. Nak tau masak tu pandai-pandai la. Haha. Ada orang baling kat dinding eh nak tau dah masak ke tak. Haha. masa 1st time buat dulu pernah jugak lempar. Gigih sangat haku. Padahal rasa je la dah masak ke belom kan.
 
Untuk kuah spaghetti :
 
Bawang putih (tiga ulas - cincang halus2)
Bawang besar sebiji (yang holland tu sedap skit - potong dadu)
Ayam (asben kureng sangat daging. So beli ayam la. Yang hancur bentuk bunjut tu)
Sos prego (saya guna jenama Kimball tu)
Capsicum (potong kecik2)
Cili api (sebab kitorang berdua suka makan pedas2)
Bahan perasa (saya letak garam, lada sulah, daun pasley ngan oregano)
 
Mula-mula tumis bawang putih sampai naik bau. Kemudian bawang besar pulak. Pastu letak la ayam. Gaul-gaul sebati kemudian buh sos prego. Saya main agak-agak jer sukatannya. Tambah air skit. Kemudian letak la capsicum. Jangan lupa bahan perasa. Saya tak suka masam sangat so tak letak buah tomato ke tomato puri ke. Biasa tengok orang lain letak kan. Rasanya sos prego tu pon dah masam dah. Bergantung pada selera masing-masing lah.
 
 
Terima kasih asben sebab puji sedap, makan bertambah sampai menjilat jari. Kikiki.
 
Tiba-tiba rekues nak rendang ayam la pulak. Mengidam betul dia neh. Heheh.

6 comments:

  1. yummy..sedapnya... tu spageti ke..?knp lain rupe dia? xmcm biasa..Faiz sgt2 suke spagetii .makaroni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis, tak tau la awak..itulah spegeti resepi campak-campak.haha.tp mee dia tu memang banyak bentuk ada kan.

      Delete
  2. Replies
    1. siti rohaida..best2 =)

      Delete
  3. rindu nak makan spageti jaja.. terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hh, awak pernah makan ke spegeti sy.haha..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...