Para Pengikut..

Monday, 18 May 2015

Kisah rumah sewa.

Salam uollss..

Masuk kali ni kali ketiga pindah rumah. Rumah ketiga ni dekat ngan rumah mak. Kira kalau mak nak panggil kita pun,laung dari umah mak pun kita boleh dengar dah. Haha. Over. Nak bagitahu dekatnya kan. Alhamdulilah rezeki dapat umah ni. Umah my cousin je pun. Kebetulan penyewa keluar jadi terus dia cop untuk saya coz dulu pernah tanya pasal umah tu. Mahal RM150 dari rumah sewa sekarang. Takpela. Berkorban skit. Maybe ni rezeki anak. Elok-elok tau je preggy terus adik bagitau mak sedara tanya kita jadi tak nak duk umah ni. Senang la pape dekat ngan umah mak. Nak lawat mak hari-hari pun takde masalah.

Mula-mula kita macam 50-50 jugak. Asben biasa la dia, ikut syg la b ok je. Tu jela ayat dia. Kebetulan weekend lepas balik umah mak, asben pun ajak abg pegi tengok dalam rumah. Eksaited sangat asben. Rumah besar, dapur pun besar. Parking berbumbung. Petang tu terus confirm kan ngan sepupu. InsyaAllah akhir bulan ni start duk situ. Penat pulak nak mengemas,mengangkut segala mak nenek. Tapi asben dah pesan siap-siap jangan angkat berat-berat. So kita dah plan nak ajak adik ngan anak buah tolong angkat. Kita tukang kemas-kemas je. Muahaha.

Hurm, aritu pegi umah sedara dia cakap la kat kita "kenapa susah-susah nak duk umah sewa,duk je la umah mak besar gedabak tu. Duit sewa tu bleh simpan buat rumah". Kita senyum jela. Sebelum kawin lagi memang dah plan ngan asben kawin nanti kita akan duk sendiri. Even pjj pun kita nak ada rumah sendiri, privasi sendiri. Biarlah umah sewa pun. Dah 26 tahun duk ngan mak. Tak kan dah kawin pun still duk ngan mak lagi. Nanti ada anak nak duk ngan mak lagi jugak ke?? Hurm. Nak je kita tanya sedara tu habis anak dia yg dah kawin dah ada anak tu yang still duduk ngan dia tu banyak mana dah duit dia kumpul nak buat rumah. Ke dah dirikan rumah?? hahaha. Soalan dalam hati je la. Mak mertua pon memang pesan siap-siap duk umah sendiri belajar berdikari. Kalau kita pindah balik Dungun pon mak mertua cakap jangan duk ngan ma yer, cari rumah sewa sendiri. Heheheh. Alhamdulillah duk umah sewa ni pelan-pelan beli perabut rumah, kelengkapan rumah. Nanti dah pindah umah sendiri tak la banyak sangat nak dibeli. Duk umah mak masa bujang dulu pon ada jugak kita beli mesin basuh, almari kat dapur, rak buku semua. Then dah pindah takkan nak angkut semua tu kan. Buruk siku la. So duk umah sewa masa ni pelan-pelan kumpul perkakas rumah.

Tak kisahla kan. Ada pro n kontra. Masing-masing ada pendapat sendiri. Mak pun tak kisah kita nak duk mana. Tapi elok jugak kita ada umah sendiri. Kita keluarga besar okey. Balik raya penuh rumah mak tak muat bilik. Pasni adik beradik jangan risau, boleh check in umah saya jugak okey. Hikhik.
 
Nanti nak jumpa sepupu nak mintak masuk barang-barang awal skit. Yela, asben ku ni weekend baru ada, weekend ni plan nak angkut semua perabot. Nanti akhir bulan kebetulan mak mertua, adik-adik ipar, sepupu asben ramai nak datang bleh terus tido rumah sewa baru.
 
Semoga Allah permudahkan. Aamiin.....

6 comments:

  1. betul tu sis.. duduk asing dengan keluarga walaupon dekat..sebab kite nak privasi kita sendiri.. kalau ada masalah dlm hubungan kite, biarlah kite sendiri yg tau and jaga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol kan.setuju sesangat =)

      Delete
  2. wah bestnya... bestnya kalau sy pun ada kat kampung.. huhu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnya awkkkk..nanti puasa ambiklah cuti lama-lama awk ehhh =)

      Delete
  3. ank2 sy pun dah tau awk nk pindah umah..siap dia tanya.." umi , mok jah nk duk umah shakir ke? hehe.. sy ckp kat dorang, nanti senang la kakak nak g umah mok jah, main ngan baby..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.glemer syakir eh.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...